window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Katil bertingkat bentuk bas VW Kombi karya seorang ayah, anda berminat nak beli?

Mersita · May 21, 2021 10:00 AM

Katil bertingkat bentuk bas VW Kombi karya seorang ayah, anda berminat nak beli? 01

Kasih seorang ayah memang tiada tandingannya, dan minat untuk kereta dipupuk pada anak sejak dari kecil lagi.

Hasil dorongan untuk membina sesuatu yang istimewa untuk dua anak lelakinya serta kepakaran dalam kerja kayu, Rich Samuel membina sebuah katil bertingkat berbentuk sebuah Volkswagen Bus Type 2 yang juga dikenali sebagai Kombi.

Katil bertingkat bentuk bas VW Kombi karya seorang ayah, anda berminat nak beli? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Katil ‘bas’ dua tingkat ini diperbuat sepenuhnya daripada kayu. Ia lengkap dengan ‘pintu bas’ yang boleh dibuka dan ditutup bagi katil bawah serta tangga berbentuk papan luncur untuk akses ke katil atas!

Menurut muatnaik Rich Samuel di Facebook, beliau mengambil masa 600 jam untuk mereka dan membina katil bertingkat ini. Katil istimewa ini mengambil masa 8 bulan untuk disiapkan kerana beliau melakukan kesemua kerja kayu ini seorang diri.

Katil bertingkat bentuk bas VW Kombi karya seorang ayah, anda berminat nak beli? 01

Selain daripada pintu dan tangga katil istimewa ini, beliau juga tidak lokek dalam menambah perincian lain seperti lampu hadapan, jalur radiator, bampar, logo VW, dan juga pemegang bagasi yang membuatkannya tampak ‘real’ – seolah-olah bas ini membawa muatan bagasi penuh di atasnya!

Katil bertingkat bentuk bas VW Kombi karya seorang ayah, anda berminat nak beli? 02

Dari mana beliau dapat inspirasi? Rupa-rupanya, perincian ini diambil daripada Kombi sebenar milik beliau! Memang peminat tegar bas Volkswagen rupanya!

Katil bertingkat bentuk bas VW Kombi karya seorang ayah, anda berminat nak beli? 03

Namun, kini anak-anak beliau sudah meningkat dewasa dan saiz katil ini sudah tidak sesuai bagi mereka. Oleh itu, beliau berhasrat untuk menjual ‘karya agung’ ini dengan harga RM 10,000 – termasuk penghantaran dalam lingkungan 200 km dari kediamannya di Kuala Lumpur dan pemasangan percuma.

Katil bertingkat bentuk bas VW Kombi karya seorang ayah, anda berminat nak beli? 04

Siap ada rak buku!

Diharapkan katil bertingkat ala-bas VW Kombi ini menemui pemilik barunya tak lama lagi. Jika anda berminat, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda