window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k!

Khairil ยท Feb 8, 2023 04:00 PM

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k! 01

Selain model yang ditunggu-tunggu Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), Kawasaki Amerika Syarikat (AS) turut memperkenalkan versi kemas kini jentera 'Sport touring' aras tingginya, Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023).

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k! 02

Sejak generasi kedua motosikal canggih ini diperkenalkan pada 2021, tiada pembaharuan mendadak dibuat Kawasaki bagi Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023) terutama dari sudut rekaan dengan satu-satunya perubahan 'besar' berbanding model terdahulu adalah pengenalan sistem auto 'high beam'.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k! 01

Sebagai info, sistem auto 'high-beam' memanfaatkan teknologi sensor kamera yang ada di Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023). Untuk mengaktifkan sistem itu, pengguna perlu ditetapkan kepada 'high beam' dan bergerak melebihi 20 km/j dalam keadaan gelap.

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k! 02

Apabila sistem itu berfungsi, skrin instrumen meter akan memaparkan ikon berwarna hijau.

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k! 03

Dan sebagai jentera aras tinggi, ia turut dipadankan dengan pelbagai pakej elektronik canggih, komponen premium dan beberapa lagi perubahan terutama untuk generasi terbaharunya yang dilancarkan pada tahun lalu.

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k! 04

Di bahagian trenkuasa, Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023) kekal dengan enjin bersesaran 998 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang turut dipacu 'Supercharge'.

Sistem transmisi menggunakan kotak gear 6 kelajuan klac manual lengkap dengan ciri 'Quickshifter'.

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k! 05

Kuasa yang dihamburkan adalah 200 PS pada 11,000 rpm dan tork 137.3 Nm pada 8,500 rpm.

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k! 06

Di bahagian suspensi, Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023) menggunakan sistem suspensi elektronik penuh Showa (KECS) dengan fork terbalik (USD) di depan dan penyerap hentak tunggal di belakang.

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k! 07

Kuasa membrek ditugaskan kepada brek cakera berkembar bersaiz 320 mm dengan kaliper Brembo Stylema radial empat piston (depan) dan brek cakera tunggal bersaiz 250 mm bersama kaliper Brembo dua piston belakang.

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k! 08

Menggunakan kerangka 'Trellis' yang ringan, sebagai motosikal 'Sport touring', Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023) dihasilkan dengan kemampuan untuk mengharungi perjalanan jarak jauh dengan selesa.

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k! 09

Mengulas lanjut pakej elektronik Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), motosikal ini lengkap dengan sistem seperti 'Advanced Rider Assist System' (ARAS), 'Adaptive Cruise Control' (ACC), 'Forward Collision Warning' (FCW) dan 'Blind Spot Detection' (BSD).

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k! 10

Informasi lain adalah seperti penggunaan panel meter digital TFT penuh, set lampu LED penuh, set roda bersaiz 120/70-17 (depan) dan 190/55-17 (belakang), berat 268 kg dan kapasiti tangki bahan api 18.9 liter.

Kawasaki AS lancar Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023), 200 PS, 'Supercharge', harga RM 120k! 11

Tiga pilihan warna iaitu Emerald Blazed Green, Metallic Diablo Black dan Metallic Graphite Gray ditawarkan di pasaran USA dengan harga jualan $ 28,000 (RM 120,359).

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda