window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki perkenal Z900RS SE 2022 di pasaran Eropah, apa yang istimewa?

Khairil ยท Aug 22, 2021 10:00 AM

Kawasaki perkenal Z900RS SE 2022 di pasaran Eropah, apa yang istimewa? 01

Ketika dilancarkan pada 2018, Kawasaki Z900RS sememangnya menjadi antara pilihan penggemar motosikal bergaya retro dan terbaharu, model berkenaan diberi penawaran edisi istimewa di pasaran Eropah.

Seperti namanya, Kawasaki Z900RS SE (Edisi Istimewa) 2022, model ini mendapat beberapa sentuhan khas terutama dari sudut pilihan warna yang mengimbau memori dan naik taraf spesifikasi.

Juga baca: Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 dah tiba di Thailand, harga kekal, Malaysia 'letih' menunggu!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kawasaki perkenal Z900RS SE 2022 di pasaran Eropah, apa yang istimewa? 01

Tampil dengan warna Metallic Diablo Black yang datang dengan skim warna Hitam-Kuning Keemasan, gabungan warna istimewa dikenali 'Yellow Ball' itu mengambil inspirasi daripada model legenda Kawasaki Z1 yang dikeluarkan pada tahun 1972.

Kawasaki perkenal Z900RS SE 2022 di pasaran Eropah, apa yang istimewa? 02

Dan bukan saja menerusi penawaran warna istimewa yang jelas cukup menarik, Z900RS SE 2022 turut menerima naik taraf dari sudut suspensi dan brek berbanding versi standard.

Di bahagian suspensi depan, model berkenaan dilengkapi fork jenis terbalik (USD) 41 mm boleh laras sepenuhnya (Compression, rebound damping & spring preload) yang berwarna emas.

Juga baca: Masih aktif, Kawasaki ZX-25R dikemaskini dan ZX-10R baharu kini rasmi di Indonesia!

Kawasaki perkenal Z900RS SE 2022 di pasaran Eropah, apa yang istimewa? 03

Ia kemudian digandingkan dengan suspensi dari jenama Ohlins S46 boleh laras sepenuhnya (Horizontal Back-link, gas-charged shock with rebound damping & spring preload) di bahagian belakang, juga berwarna emas.

Sistem henti pula ditingkatkan dengan penggunaan sistem brek daripada jenama Brembo M4 dengan cakera berganda 300 mm kaliper 4 piston di bahagian depan dan jenama Nissin cakera tunggal 250 mm dengan kaliper 1 piston di bahagian belakang.

Kawasaki perkenal Z900RS SE 2022 di pasaran Eropah, apa yang istimewa? 04

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa dengan Kawasaki Z900RS SE 2022 menggunakan enjin bersesaran 948 cc, 4 Silinder Sebaris, DOHC, 16 Injap, Penyejuk Cecair, 4 Lejang yang menghasilkan bunyi ekzos yang cukup 'merdu'.

Juga baca: Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris!

Kawasaki perkenal Z900RS SE 2022 di pasaran Eropah, apa yang istimewa? 05

Sistem transmisi pula adalah 6 kelajuan dan turut mempunyai klac Assist & Slipper.

Kuasa yang dihasilkan oleh jentera retro ini turut hebat iaitu 109.5 Hp pada 8,500 rpm dengan tork 98.5 Nm pada 6,500 rpm dengan ciri-ciri menarik lain adalah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawasaki Traction Control (KTRC).

Kawasaki perkenal Z900RS SE 2022 di pasaran Eropah, apa yang istimewa? 06

Sehingga kini, harga untuk Kawasaki Z900RS SE 2022 masih belum diumumkan dan hanya ditawarkan di pasaran Eropah. Kepada yang berminat, Kawasaki Z900RS turut berada di pasaran Malaysia model yang dilancar pada 2019 masih boleh didapati di laman sesawang jual beli pada harga bawah RM 70k.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda