window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki rancang lancar 3 motosikal Elektrik/Hybrid tahun ini, 10 model menjelang 2025!

Khairil ยท Jan 4, 2022 10:00 AM

Kawasaki rancang lancar 3 motosikal Elektrik/Hybrid tahun ini, 10 model menjelang 2025! 01

Ramai yang menjangkakan Kawasaki bakal melancarkan motosikal elektriknya di Pameran Motosikal Milan (EICMA) tahun lalu namun keterujaan itu tidak menjadi kenyataan.

Tetapi ada perkembangan menarik didedahkan di pameran berprestij berkenaan apabila Presiden Kawasaki Motors, Hiroshi Ito mengumumkan syarikat itu akan memperkenalkan tiga model baharu motosikal elektrik/hybrid sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya.

Juga baca: Kerjasama Ni Hsin EV Tech, MNA Energy bangunkan teknologi bateri motosikal elektrik di Malaysia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kawasaki rancang lancar 3 motosikal Elektrik/Hybrid tahun ini, 10 model menjelang 2025! 01

Secara keseluruhan, perancangan itu turut menyebut 10 model bakal dilancarkan menjelang 2025, selaras dengan pelan utama syarikat itu yang mahu mengubah model-model utamanya menggunakan trenkuasa eletrik/hybrid menjelang tahun 2035.

Begitupun, jangan bimbang kerana pelan utama itu hanyalah untuk pasaran negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan negara maju di Eropah.

Kawasaki rancang lancar 3 motosikal Elektrik/Hybrid tahun ini, 10 model menjelang 2025! 02

Berbalik kepada projek motosikal elektrik, Kawasaki sememangnya serius dengan projek motosikal elektrik/hybrid mereka dan pernah mendedahkan model prototaip, EV Endeavor pada Jun 2021 lalu. 

Begitupun, tidak banyak informasi yang didedahkan untuk motosikal yang dibina berdasarkan platform Ninja 650 itu dan ia juga kurang mengujakan apabila Kawasaki mendedahkan spesifikasi prototaip berkenaan.

Juga baca: Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran?

Kawasaki rancang lancar 3 motosikal Elektrik/Hybrid tahun ini, 10 model menjelang 2025! 03

Dan memandangkan Kawasaki sudah pun berikrar untuk menukar menjual motosikal berkuasa elektrik sepenuhnya menjelang 2035 di negara maju, masa untuk mereka melancarkan model elektrik pertamanya tampak semakin suntuk.

Dan projek kerjasama diantara empat syarikat pengeluar utama motosikal Jepun iaitu Honda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki juga tampak perlahan.

Juga baca: Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden!

Kawasaki rancang lancar 3 motosikal Elektrik/Hybrid tahun ini, 10 model menjelang 2025! 04

Berbalik kepada 3 model motosikal yang bakal dilancarkan tahun ini dan berdasarkan trend semasa, ramai yang menjangkakan ia berkemungkinan besar daripada segmen 'Sportbike' dan 'Adventure Touring'.

Apapun, kita tunggu saja pengumuman daripada Kawasaki.

Sumber: RideApart

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda