window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki Versys 650 2022 'debut' di EICMA 2021, persaingan jentera touring 'middleweight' makin rancak!

Khairil ยท Dec 1, 2021 07:00 PM

Kawasaki Versys 650 2022 'debut' di EICMA 2021, persaingan jentera touring 'middleweight' makin rancak! 01

Salah satu model yang dilancarkan oleh syarikat pengeluar motosikal gergasi Jepun, Kawasaki ketika Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 adalah model 'Adventure touring' 'middleweight' sensasinya Kawasaki Versys 650 2022.

Tampil sebagai model naik taraf, Kawasaki Versys 650 2022 mendapat kemas kini dari sudut reka bentuk dan teknologi sekalipun masih mengekalkan trenkuasa seperti yang digunakan model Z650 dan Z650RS.

Juga baca: Kawasaki Versys 1000 2022 diperkenal, 3 varian, Standard dikembalikan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kawasaki Versys 650 2022 'debut' di EICMA 2021, persaingan jentera touring 'middleweight' makin rancak! 01

Kawasaki Versys 650 2022 'debut' di EICMA 2021, persaingan jentera touring 'middleweight' makin rancak! 02

Naik taraf paling utama adalah pengenalan KTRC atau 'Kawasaki Traction Control System' yang datang dengan tahap dan boleh dimatikan. Sebagai info, ini kali pertama motosikal 'Adventure Touring' kelas pertengahan dilengkapi dengan teknologi Kawalan Traksi seperti itu.

Juga baca: Tiada di Malaysia, jom intai Kawasaki Versys-X 250 versi 2020 di Indonesia

Kawasaki Versys 650 2022 'debut' di EICMA 2021, persaingan jentera touring 'middleweight' makin rancak! 03

Selain itu, kelainan ketara yang lain adalah rekaan lampu depan utama yang mirip seperti model Versys 1000. Sistem lampu juga menggunakan LED dengan visor angin juga boleh laras dengan 4 tetapan.

Kawasaki Versys 650 2022 'debut' di EICMA 2021, persaingan jentera touring 'middleweight' makin rancak! 04

Berbalik kepada trenkuasa, ia dijana enjin bersesaran 649 cc, Parallel-Twin, 4 Lejang, 4 Injap per silinder, DOHC, Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan sistem transmisi 6 kelajuan. Kuasa yang dihasilkan ialah 68 Hp dan tork 61 Nm.

Juga baca: Kawasaki Z650 dapat warna baharu versi 2022 yang lagi 'hensem', tapi...

Kawasaki Versys 650 2022 'debut' di EICMA 2021, persaingan jentera touring 'middleweight' makin rancak! 05

Peningkatan lain yang diberikan adalah penggunaan panel meter TFT berwarna 4.3 inci lengkap dengan sambungan telefon pintar.

Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) 41 mm Showa di depan dan penyerap hentak tunggal di belakang.

Kawasaki Versys 650 2022 'debut' di EICMA 2021, persaingan jentera touring 'middleweight' makin rancak! 06

Sistem henti pula menggunakan cakera berganda 300 mm jenis dengan kaliper brek 2 piston dengan roda belakang menggunakan cakera tunggal 250 mm jenis dengan kaliper 1 piston lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Juga baca: Kawasaki ZX-10R milik juara dunia WSBK dijual atas talian!

Kawasaki Versys 650 2022 'debut' di EICMA 2021, persaingan jentera touring 'middleweight' makin rancak! 07

Informasi lain adalah seperti berikut:

  • Tinggi pelana 845 mm
  • Kapasiti tangki bahan api 25 liter
  • Jarak lega bumi 170 mm
  • Set roda adalah 120/70-17 (depan) dan 160/60-17 (belakang)

Kawasaki Versys 650 2022 'debut' di EICMA 2021, persaingan jentera touring 'middleweight' makin rancak! 08

Penawaran harga adalah seperti berikut: 

  • Metallic Spark Black - £ 7,799 (RM 43,732) 
  • Silver, Lime Green - £ 7,899 (RM 44,293)

Juga baca: Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris!


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda