window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas?

Khairil · Apr 4, 2023 06:00 PM

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 01

Sejak Kawasaki kembali secara rasmi di pasaran Malaysia, antara model yang sering ditanya adalah motosikal 'Adventure touring' Kawasaki Versys 650 yang diketahui memang menjadi antara produk popular jenama itu sebelum ini.

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 02

Disegarkan pada tahun 2021, terutama dari sudut penampilan dan teknologi, rekaan generasi terbaharu Kawasaki Versys 650 lebih menarik, mirip model aras tinggi jenama itu, Versys 1000 berbanding model yang pernah dijual di pasaran tempatan sebelum ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 01

Memang menjadi antara model yang namanya 'dipetik' ketika pengumuman rasmi kehadiran semula Kawasaki di Malaysia, begitupun kurang perkembangan mengenai Versys 650 dimainkan.

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 02

Terbaharu, sekalipun padat dengan pelbagai aktiviti pengenalan model pada tahun ini, menurut maklumat terbaharu yang diperoleh, pihak Kawasaki Malaysia dan Emos masih meletakkan tarikh pelancaran Versys 650 pada tahun ini, dan lebih tepat pada suku ketiga 2023. 

Lebih menarik, ia berkemungkinan besar akan menggunakan lencana Modenas, sama seperti model Modenas Vulcan S ABS yang baru saja dilancarkan sebelum ini.

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 03

Dan berikutan ia adalah model pemasangan tempatan (CKD) seperti Vulcan S, boleh dijangkakan harga yang ditawarkan mampu memberi keterujaan kepada peminat motosikal bergaya itu di negara ini.

Seperti dimaklumkan oleh Kawasaki Malaysia, semua model yang dijadual memasuki pasaran tempatan adalah versi terkini Kawasaki yang ada di pasaran.

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 04

Justeru, selain rekaan, spesifikasinya dijangka sama seperti Kawasaki Versys 650 (2023) yang dijual di pasaran jiran antaranya Indonesia dan Thailand.

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 05

Kawasaki Versys 650 (2021)

Mengulas ringkas trenkuasa, Kawasaki Versys 650 (2023) kekal dengan enjin yang sama iaitu bersesaran 649 cc, 2 Silinder Parallel Twin, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC.

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 06

Sistem transmisi yang digunakan adalah enam kelajuan dengan kuasa dihamburkan adalah 67 PS pada 8,500 rpm dan tork 61 Nm pada 7,000 rpm. 

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 07

Sebagai model yang menerima naik taraf terkini, Kawasaki Versys 650 (2023) dipadankan dengan pelbagai ciri antaranya KTRC (Kawasaki Traction Control - 2 tetapan, boleh dinyahaktif).

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 08

Selain itu, ia turut menggunakan panel meter digital penuh TFT bersaiz 4.3 inci yang mempunyai ciri sambungan ke telefon pintar menerusi Bluetooth dengan aplikasi Rideology.

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 09

Ciri-ciri terbaharu lain termasuklah penggunaan fork depan jenis terbalik (USD), sistem lampu LED penuh dan visor angin boleh laras (4 tetapan manual).

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 10

Sistem henti menggunakan cakera kembar bersaiz 300 mm dengan kaliper 2 piston (depan) dan cakera tunggal 250 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 11

Informasi penting lain adalah seperti tangki bahan api 21 liter, ketinggian pelana 845 mm, jarak laga bumi 170 mm, berat 218 kg dan set roda 120/70-R17 (depan) 160/60-R17 (belakang).

Kawasaki Versys 650 (2023), pelancaran di Malaysia dijadual Q3 2023, guna lencana Modenas? 12

Di Indonesia, harga jualan bagi Kawasaki Versys 650 (2023) adalah Rp 225 juta (RM 66,545) namun di Thailand, ia dijual pada harga 329,500 baht (RM 42,372). Jadi rasa-rasanya berapakah angka harga yang akan diperkenalkan di Malaysia?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda