window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki Z650 dapat warna baharu versi 2022 yang lagi 'hensem', tapi...

Khairil ยท Jun 17, 2021 01:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kawasaki Z650 dapat warna baharu versi 2022 yang lagi 'hensem', tapi... 01

Turut popular di Malaysia, Kawasaki Z650 baru-baru ini menerima kemaskini dari sudut pilihan warna di pasaran Amerika Syarikat bagi versi terbaharu 2022.

Kawasaki Z650 dapat warna baharu versi 2022 yang lagi 'hensem', tapi... 02

Begitupun, pilihan warna baharu itu satu-satunya kemaskini yang dilakukan Kawasaki terhadap jentera berkenaan yang popularitinya kian tenggelam dek kehadiran beberapa model dalam kelas sama dari jenama berbeza.

Juga baca: Kawasaki Z900 2022 dapat dua warna baharu di AS, harga RM 37,462!

Kembali kepada Kawasaki Z650 2022, pilihan warna baharu yang ditawarkan di negara 'Uncle Sam' itu ialah Metallic Spark Black dan Pearl Robotic White yang sememangnya menjadikan motosikal berkenaan lebih menarik.

Kawasaki Z650 dapat warna baharu versi 2022 yang lagi 'hensem', tapi... 03

Metallic Spark Black

Tiada perubahan dari sudut reka bentuk dengan trenkuasanya dijana enjin bersesaran 649 cc, Parallel-Twin, 4 Lejang, DOHC, Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan. Kuasa yang dihasilkan ialah 68 Ps dan tork 64 Nm.

Kawasaki Z650 dapat warna baharu versi 2022 yang lagi 'hensem', tapi... 04

Pearl Robotic White

Seperti kemaskini yang dibuat bagi versi 2020, Kawasaki Z650 2022 menggunakan paparan panel meter berwarna TFT yang mempunyai sambungan ke telefon bimbit menerusi aplikasi dan penggunaan lampu LED penuh.

Kawasaki Z650 dapat warna baharu versi 2022 yang lagi 'hensem', tapi... 05

Sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu, populariti Kawasaki Z650 ketika ini sudah berjaya 'dikejar' beberapa jenama lain seperti Triumph, Aprilia, Honda dan Yamaha masing-masing mempunyai 'jaguh' dalam segmen berkenaan.

Kawasaki Z650 dapat warna baharu versi 2022 yang lagi 'hensem', tapi... 06

Tetapi hakikatnya, Z650 masih lagi jentera yang berkualiti dengan penambahbaikan yang dibuat oleh syarikat pengeluar dari Jepun itu tapi sampai bila ia boleh bertahan.

Kawasaki Z650 dapat warna baharu versi 2022 yang lagi 'hensem', tapi... 07

Untuk persoalan mengenai harganya pula, varian bagi non-ABS dijual pada angka $AS 7,349 (RM 30,256) dan $AS 7,849 (RM 32,315 ) untuk varian ABS di AS.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda