window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki Z900 2022 dapat dua warna baharu di AS, harga RM 37,462!

Khairil ยท Jun 11, 2021 09:00 AM

Kawasaki Z900 2022 dapat dua warna baharu di AS, harga RM 37,462! 01

Sejak Kawasaki memperkenalkan Z900 pada 2017 bagi menggantikan Z800, jentera 'Naked' berprestasi tinggi itu pantas menjadi salah satu pilihan popular kepada pengguna yang mahukan 'naik taraf' dari jentera kelas pertengahan.

Juga baca: Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris!

Selain memiliki kuasa yang mengagumkan, tarikannya ditambah menerusi reka bentuknya yang tampil agresif dan moden.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kawasaki Z900 2022 dapat dua warna baharu di AS, harga RM 37,462! 01

Metallic Matte Twilight Blue/ Metallic Spark Black.

Bagi versi terbaharu Z900 2022, Kawasaki memperkenalkan dua skim warna baharu yang menarik dan dilancarkan di pasaran Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini dengan harga $AS 9,099 (RM 37,462).

Dua skim warna baharu yang diperkenalkan ialah Pearl Robotic White/ Metallic Spark Black dan Metallic Matte Twilight Blue/ Metallic Spark Black.

Kawasaki Z900 2022 dapat dua warna baharu di AS, harga RM 37,462! 02

Pearl Robotic White/ Metallic Spark Black

Begitupun, tiada perubahan dari sudut spesifikasi mekanikal mahupun reka bentuk.

Kawasaki Z900 2022 dapat dua warna baharu di AS, harga RM 37,462! 03

Trenkuasanya masih dijana enjin 948 cc, 4 Silinder Sebaris, DOHC yang menghasilkan 123 Hp pada 9,500 rpm dan tork 98.6 Nm pada 7,700 rpm. Transmisi pula menggunakan kotak gear enam kelajuan.

Juga baca: Kawasaki ZX-10R milik juara dunia WSBK dijual atas talian!

Sistem suspensi pula adalah menggunakan fork jenis terbalik (USD) 41 mm prabeban (depan) dan unit monoshock boleh laras di bahagian belakang.

Kawasaki Z900 2022 dapat dua warna baharu di AS, harga RM 37,462! 04

Sistem brek pula menggunakan cakera berganda 300 mm di bahagian depan dan cakera tunggal 250 mm di bahagian belakang dan turut datang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Perkakasan bantuan elektronik lain termasuklah Sistem Kawalan Traksi (TCS), dua mod kuasa dan empat mod tunggangan. Tayar spesifikasi kilang yang dibekalkan ialah Dunlop Sportsmax Roadsport 2.

Kawasaki Z900 2022 dapat dua warna baharu di AS, harga RM 37,462! 05

Ciri-ciri lain juga tidak berubah. Sistem lampu menggunakan LED sepenuhnya dengan kluster meter menggunakan panel 4.3 inci TFT berwarna bersama sambungan Bluetooth.

Kawasaki Z900 2022 dapat dua warna baharu di AS, harga RM 37,462! 06

Kawasaki Z900 ABS di pasaran Malaysia

Dengan segala perkakasan elektronik canggih dan premium, tidak salah untuk menyatakan Kawasaki Z900 antara pilihan terbaik ketika ini dengan barisan pesaingnya adalah seperti Yamaha MT-09, Triumph Street Triple dan Ducati Monster.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda