window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasan paling berkuman dalam kereta – lebih kotor berbanding tandas!

Mersita · Sep 9, 2020 07:00 PM

Kawasan paling berkuman dalam kereta – lebih kotor berbanding tandas! 01

Kereta boleh dikatakan rumah kedua kita. Kalau keluar rumah saja, selalunya mesti naik kereta, bukan? Kalau anda naik bas atau tren, ada ‘cleaner’ yang bersihkan tempat duduk dan ‘touch points’ beberapa kali sehari. Bila pula kali terakhir anda lap semua permukaan kereta sendiri?

Satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat insurans di England, Compare the Market, mendapati yang ada beberapa kawasan dalam kereta yang didapati bergelumang dengan kuman! Kaedah pemeriksaan permukaan berkomputer digunakan untuk menganggar Relative Light Units (RLU) dan membandingkannya dengan sebatian Adenosine Triphosphate (ATP). Semakin tinggi kandungan RLU, semakin banyak kotoran dan kuman di permukaannya.

Kawasan paling berkuman dalam kereta – lebih kotor berbanding tandas! 02

Gambar: Compare The Market

Kajian itu mendapati yang bahagian kereta paling kotor ialah permukaan sistem infotainmen atau radio dengan bacaan RLU 9,127. Tak hairanlah, anda makan french fries McD lepas tu sibuk tukar stesen radio pula. Tambahan pula, ini barangkali disebabkan oleh berapa banyak tangan yang dah hinggap di skrin sentuh infotainmen anda. Bukan tangan anda seorang, penumpang lain pun suka pegang-pegang permukaan ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seterusnya, bahagian-bahagian lain yang didapati paling kotor kebanyakannya permukaan yang dipegang oleh pemandu itu sendiri. Tombol gear mempunyai bacaan RLU sebanyak 8,366, diikuti dengan batang signal (RLU 7,878), stereng (RLU 7,846) dan di tempat kelima ialah brek tangan (RLU 4,393).

Kawasan paling berkuman dalam kereta – lebih kotor berbanding tandas! 01

Kadangkala, bila kita hantar ke kedai cuci kereta sekalipun, jarang-jarang pekerja di sana lap betul-betul permukaan-permukaan ini. Setakat vakum, lap sikit-sikit, dah siap. Oleh itu, kita haruslah ambil inisiatif untuk mengelap sendiri semua permukaan di dalam kereta setiap hari, lebih-lebih lagi pada musim pandemik COVID-19 ini.

Kawasan paling berkuman dalam kereta – lebih kotor berbanding tandas! 02

Ada macam-macam produk sanitasi dan pembersih permukaan kereta yang dijual di pasaraya. Pastikan anda beli yang sesuai untuk digunakan di atas permukaan kulit dan kemasan kereta anda sendiri supaya kemasan tak rosak. Lagi satu, pastikan anda gunakan tuala microfiber yang elok! Ia ada tarikh luputnya, kalau dah terlalu lama, ia boleh calarkan permukaan kereta. Selamat mengelap!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda