window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga?

Haris · Feb 12, 2022 08:00 PM

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 01

  • Harga dari RM 136,550
  • Waranti sehingga 10 tahun untuk komponen hibrid, termasuk bateri dan penyongsang (inverter)
  • Pengalaman dan keselesaan memandu terbaik, mungkin SUV 3 terbaik dalam aspek keselesaan 

Terus terang kami katakan, Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 pemasangan tempatan (CKD) ialah SUV keluarga terbaik untuk nilai wang yang ditawarkan dalam pasaran sekarang.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 02

Kami masih belum dapat melaksanakan rebiu penuh yang mendalam terhadap Toyota Corolla Cross Hybrid, sekurang-kurangnya tanpa kaedah ujian dengan instrumen pengukuran kami yang biasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau bagaimanapun, kami telah menempuh jarak yang munasabah dalam SUV ini untuk membentuk tanggapan yang memuaskan. Justeru, berikut adalah ringkasan tentang kebaikan dan keburukan Toyota Corolla Cross Hybrid.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 01

Tetapi sebelum itu, berikut ialah ringkasan Toyota Corolla Cross Hybrid. Varian hibrid dibezakan daripada Toyota Corolla Cross biasa dengan:

  • Lampu hadapan bi-LED dengan aksen biru
  • Paparan MID (Multi Info Display) 7-inci pada panel kluster instrumen (4.2-inci untuk model biasa)
  • Cermin pandang belakang auto-malap
  • Penyaman udara automatik dua zon
  • Kadar penggunaan minyak mengikut pengeluar: 4.3-liter/100 km

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 02

Aksen biru pada lampu

Sebagai perbandingan, harga yang diminta untuk varian Hibrid ialah tambahan RM 7,550 daripada varian enjin pembakaran biasa 1.8V.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 03

Penyaman udara automatik dua zon hanya untuk varian Hibrid

Oleh kerana ini adalah Toyota, sudah tentu ia tampil dengan sistem hibrid penuh (berbanding sistem mild-hibrid). Hal ini, bermakna, ia boleh memecut daripada pegun menggunakan kuasa elektrik sahaja, dan penghawa dingin kekal sejuk tanpa mengira sama ada enjin berputar atau tidak.

Benarkan hibrid tak tahan lama?

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 04

Hibrid mendapat panel instrumen yang berbeza

Toyota telah membangunkan model hibrid sejak tahun 1997 dan hibrid Jepun ini dibangunkan sangat berbeza berbanding hibrid Jerman. Jadi abaikan sahaja kisah seram dan mitos yang anda dengar mengenai hibrid secara umum kerana kedua-duanya dibangunkan di dua kutub berbeza.

Jika anda bimbang tentang kebolehpercayaan dan kos operasi hibrid, ketahuilah bahawa Toyota Prius dan Toyota Camry Hybrid adalah pilihan utama untuk menjadi teksi dan Uber hampir di seluruh dunia. Oleh yang demikian, selamat untuk mengatakan bahawa kereta hibrid adalah antara kereta yang paling dipercayai di seluruh dunia, tidak kira sama ada ia dibandingkan dengan kereta hibrid sendiri atau kereta biasa.

Baca: Toyota Camry Hybrid terpakai kini RM 80k - sama harga Vios, apa masalah biasa dan kos baik pulih?

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 05

Di negara jiran Singapura, terdapat lebih 5,400 unit Toyota Prius generasi terbaru, yang berkongsi rangkaian kuasa yang sama dengan Toyota Corolla Cross Hybrid. Lebih 400 unit kereta tersebut berfungsi sebagai Grab. Jarak tempuh purata bagi kereta hibrid ini adalah melebihi 150,000 km tanpa masalah.

Tetapi mengapa lihat kepada pemanduan rakyat Singapura yang tidak mencabar? Apa kata tanya pemandu teksi di Phnom Penh, Kemboja kenapa mereka sangat menyukai kereta hibrid Toyota.

Baca: Toyota tidak menjual hibrid di Kemboja, jadi bagaimana Phnom Penh menjadi ibu kota hibrid di Asia Tenggara?

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 06

Kemboja, ibu kota hibrid Asia Tenggara

Di pasaran tempatan, masih terdapat banyak model Toyota Prius dan Prius C yang berusia lebih 10 tahun dan masih berjalan kukuh di Malaysia. Ahli sidang redaksi WapCar sendiri mempunyai sebuah Toyota Prius berusia 10 tahun, dengan jarak tempuh 150,000 km. Melihat kepada keadaannya, ia mungkin masih boleh bertahan sehingga 10 tahun lagi. 

Apa yang Toyota tawarkan untuk meningkatkan persepsi terhadap hibrid?

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 07

Kita tak cakap kosong di sini. Segalanya fakta berdasarkan pengalaman sebenar pemilikan.

Kos untuk menggantikan bateri voltan tinggi adalah sekitar RM 8,500, penyongsang (inverter) ialah RM 6,200, unit kawalan pengurusan kuasa ialah RM 1,800 – namun semua ini tidak relevan kepada kebanyakan pembeli kerana UMW Toyota Motor menawarkan sehingga 10 tahun waranti perbatuan tanpa had (8+2 tahun, dengan tambahan RM 2,950 untuk +2 tahun tersebut) untuk komponen hibrid.

Apabila waranti tersebut tamat, harga komponen ini akan turun lebih rendah. 10 tahun dahulu, harga inverter hampir RM 15k, manakala bateri voltan tinggi lebih kurang RM 12k. Ini Toyota lah, pengeluar kereta nombor 1 dunia. Tak main naik harga ni.

#1 Kelebihan: Jangan lupa, ia masih sebuah Corolla!

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 08

Toyota Corolla Cross menawarkan pemanduan yang selesa dan mempunyai tempat duduk hadapan yang lebih baik berbanding Mercedes-Benz GLC, tetapi siapalah kami untuk mengesahkan perkara tersebut? WapCar kan dibayar mahal oleh Toyota, berat sebelah dan sebagainya untuk mengatakan perkara yang baik-baik seperti itu? Satu-satunya cara untuk memuaskan hati anda adalah dengan memandu uji sendiri SUV ini. Ya, sila.

Kami masih belum melakukan ujian hingar dalam kabin dengan instrumen pengukur kami tetapi berdasarkan pengalaman secara subjektif ini - ia melebihi jangkaan kami untuk kenderaan pada julat harga ini.

Perjalanannya sangat selesa dan tempat duduknya jauh lebih selesa daripada yang ditawarkan dalam kereta dalam segmen yang lebih tinggi. Sebelum memandu Toyota Corolla Cross Hybrid, kami ada memandu uji Honda Accord 1.5 TC-P, dan perbezaan untuk sokongan tempat duduk di bawah paha memang terasa.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 09

Nampak ringkas tapi selesa

Kami memandu Toyota Corolla Cross Hybrid tanpa henti dari Pulau Pinang ke Shah Alam, tanpa bertukar pemandu, malah tidak berhenti untuk mengisi minyak. Dalam pemanduan santai itu, kami berjaya menyelesaikan perjalanan dalam masa 4.5 jam sahaja (cuba lakukan perkara yang sama dalam sebuah EV?).

Berdasarkan rekod perjalanan komputer, kami merekodkan penggunaan bahan api purata 5.7 liter/100 km selepas 371 km memandu, termasuk masa yang dihabiskan memandu dalam waktu puncak di Pulau Pinang dan trafik jambatan utama, tanpa perlu hyper-miling atau bahasa mudahnya - tutup aircond untuk jimat minyak.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 10

Dengan pemanduan separa santai, ia meneguk hanya 5.7 liter/100 km

Mungkin sekiranya kami mematuhi had laju kebangsaan, kadar penggunaan minyak Toyota Corolla Cross Hybrid seperti yang didakwa - 4.3 liter/100 km pasti boleh dicapai.

Jadi apa bezanya dengan Corolla Cross 1.8V atau 1.8G?

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 11

Hibrid jauh lebih selesa. Ia lebih senyap dan lebih lancar. Dalam trafik, anda menggunakan kuasa elektrik, jadi tiada bunyi atau gegaran enjin yang didengari atau dirasai. Sebagai seorang pemandu yang pertama kali memandu hibrid, inilah perincian kecil yang akan memberi perubahan besar terhadap gaya pemanduan.

Apabila anda perlu memecut untuk memotong, penghantaran kuasa hibrid adalah lebih cepat, manakala 1.8G / 1.8V boleh berasa sedikit lesu apabila memotong di jalan cerun bukit.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 12

Toyota Corolla Cross Hybrid sememangnya terasa lebih pantas daripada output gabungan 122 PS yang ditulis di atas brosur, walaupun kurang daripada 139 PS 1.8V / 1.8G. Sukar untuk menerangkan perkara ini kepada pembeli hibrid kali pertama, tetapi anda benar-benar tidak boleh menilai prestasi kereta hibrid berdasarkan nominal di atas kertas.

#2 Kelebihan: Kendalian pemanduan yang baik!

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 13

Menjelaskan secara teknikal mengenai platform TNGA Toyota akan mengambil masa terlalu lama tetapi apa yang anda perlu tahu sebagai pengguna ialah TNGA memfokuskan keselesaan perjalanan, keselamatan bertaraf dunia dan pengendalian yang bebas mabuk kenderaan.

Perkataan 'pengendalian' sering disebut orang ramai tetapi hanya segelintir sahaja yang tahu maksudnya, seringkali menyamakan 'pengendalian' dengan keupayaan untuk melayan selekoh pada kelajuan tinggi.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 14

Sebagai penjelasan, pengendalian yang baik bermakna tiada kelewatan antara input stereng pemandu dan laluan sebenar kenderaan. Pada tahap yang lebih mendalam, ini juga boleh bermakna pemandu / penghuni kurang merasai perubahan arah apabila stereng digerakkan.

Dalam erti kata lain, apabila anda memusingkan stereng untuk memasuki sudut, bahagian atas badan anda, khususnya otot leher dan kepala anda, selari dengan pergerakan kereta. Apabila pergerakan manusia-kenderaan ini tidak selari, ia menjadi punca utama mabuk kenderaan.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 15

Torsion beam di bahagian belakang tetapi pengendaliannya hampir sama dengan double wishbone pada Toyota C-HR

Jalan di sekitar Batu Ferringhi adalah sempit dan berliku-liku. Pengendalian sebuah SUV sememangnya kurang mengasyikkan untuk keadaan jalan sebegini disebabkan oleh kedudukan pemandu yang lebih tinggi dan jentera yang lebih berat.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 16

Menariknya, Toyota Corolla Cross Hybrid terasa lincah seperti Yaris, dan hampir stabil seperti Camry. Di tangan pemandu yang bagus, Corolla Cross Hybrid mengalir dari satu sudut ke sudut lain seperti aliran air yang lembut.

Berbanding dengan varian biasa, varian Hybrid ini mempunyai lebih 25 kg berat - suatu pencapaian kejuruteraan yang agak baik kerana kebiasannya varian hibrid lebih berat dengan perbezaan 80 - 90 kg.

#3 Kelebihan: Sudut pandang dan pakej praktikaliti terbaik

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 17

Berbanding dengan Toyota C-HR yang digantikannya, sudut pandangan hadapan dan belakang Corolla Cross adalah sangat baik. Saiznya juga sesuai untuk latar perancangan bandar di Malaysia. Tugas meletakkan kenderaan juga lebih mudah, walaupun tanpa menggunakan kamera 360 darjah.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 18

Fungsi reverse gear-linked side mirror. Untuk mengaktifkan, gerakkan tombol pelarasan cermin ke sebelah kiri/kanan.

Satu sentuhan yang bagus ialah cermin sisi yang berhubung dengan gear undur. Ini bermakna, cermin sisi akan condong ke bawah sedikit apabila anda mengundur untuk menunjukkan bahagian bahu jalan. Fungsi ini tidak disebut dalam brosur tetapi ia sangat berguna dan jarang ditemui pada kenderaan dalam julat harga ini.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 19

Ruang but 440 liter adalah antara yang terbesar dalam kelasnya, tetapi nombor tersebut bukan keseluruhan cerita. Bukaan pintu belakang elektronik Toyota Corolla Cross Hybrid adalah lebar dan cukup rendah untuk memudahkan pengguna memuatkan kargo. Ia juga berbentuk hampir segi empat sama yang sangat praktikal.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 20

Kekurangan: fungsi kick-to-open agak sukar diaktifkan

Terdapat juga ciri bukaan pintu belakang automatik tanpa sentuhan, kick-to-open yang boleh diaktifkan tetapi sensor terlalu sempit jadi ia lebih kepada gimik dan bukannya ciri yang akan anda akan gunakan dengan kerap. Mungkin, anda akan membiasakan diri dengannya kelak?

#4 Kelebihan: Nilai terbaik untuk wang anda

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 21

Tidak seperti Honda Malaysia, UMW Toyota Motor tidak memerlukan anda untuk membayar lebih bagi mendapatkan lebih banyak beg udara. Seperti semua model Toyota terkini, Corolla Cross dilengkapi dengan 7 beg udara sebagai standard.

Sukar untuk mencari SUV lain yang menawarkan pakej yang sama. Bagaimana pula dengan Proton X70? Ya, boleh dikira juga namun kedua-duanya berada pada julat harga (dan trenkuasa) berbeza tetapi secara mudahnya, Corolla Cross Hybrid juga merupakan SUV yang memberikan nilai terbaik untuk wang anda.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 22

Jangan lupa, pengalaman pemilikan Toyota juga turut menjamin ketenangan fikiran dan perkhidmatan selepas jualan yang mantap. Secara tuntasnya, Toyota Corolla Cross ialah pilihan yang mudah disyorkan bagi sesiapa yang mencari sebuah SUV.

Jika anda bimbang dengan hibrid, anda masih boleh membeli varian 1.8V dan menikmati faedah yang lebih kurang sama.

#1 Kekurangan: TSS tidak sebaik Honda Sensing

 

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 23

Kelancaran DRCC masih satu tahap di bawah ACC Honda Sensing

Kini, bermulalah bahagian negatif. Toyota Corolla Cross didatangkan dengan suite Toyota Safety Sense (TSS) bagi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), pada asasnya fungsi setara dengan Honda Sensing, atau Subaru EyeSight, atau Perodua Smart Drive Assist.

Di atas kertas, TSS pada Corolla Cross sepadan dengan suite Honda Sensing. Walau bagaimanapun dalam penggunaan dunia nyata, TSS kurang diperhalusi berbanding Honda Sensing, yang tentunya akan disertakan pada Honda HR-V 2022 generasi baharu akan datang.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 24

Kekurangan EPB semakin nyata dengan DRCC

Ketika pemanduan lebuh raya, kawalan pelayaran adaptif Corolla Cross (Toyota memanggilnya Dynamic Radar Cruise Control) didapati membrek terlalu kuat dan terlambat, dan apabila kereta di hadapan bergerak ke tepi atau menjauh, ia mengambil masa terlalu lama untuk bertindak balas memecut kembali ke kelajuan yang ditetapkan. Model yang dilengkapi Honda Sensing sebaliknya, berfungsi dengan lebih lancar.

Toyota memberitahu bahawa ciri DRCCnya meliputi keseluruhan kelajuan, memberi bayangan bahawa ia boleh digunakan dalam kesesakan lalu lintas, dan kereta juga akan berhenti sepenuhnya.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 25

Dengan brek parkir mekanikal, potensi Stop&Go sebenar untuk ACC tidak boleh dilakukan

Apa yang mereka tidak nyatakan adalah DRCC Corolla Cross akan dibatalkan selepas kenderaan berhenti di mana pemandu akan digesa untuk menekan brek. Jika tiada tindak balas diterima, brek akan dilepaskan selepas 3 saat dan ya, anda akan bergerak ke hadapan dalam keadaan panik.

Dalam situasi yang sama, Honda Sensing dengan Low Speed Follow boleh disambung semula dengan satu sentuhan butang. Lancar dan intuitif.

Mengapa ini berlaku? Toyota Corolla Cross tidak mempunyai brek parkir elektronik (EPB), yang diperlukan untuk fungsi Stop&Go yang lebih lancar dengan kawalan pelayaran adaptif ACC.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 26

Paparan DRCC dan LTA TSS tersebar, sukar untuk diperiksa sekilas pandang semasa memandu. ACC dan LKAS Honda Sensing pula berkelompok di bahagian tengah

Antara muka untuk TSS juga tidak begitu intuitif berbanding Honda Sensing, di mana butang ‘Utama’ satu sentuhan pada stereng membatalkan/mengaktifkan Lane Keeping Assist dan ACC. Membacanya juga mengelirukan anda bukan?

Ikon paparan TSS juga bertebaran terbahagi sama ada di tengah atau kiri atas panel instrumen, menjadikannya sukar untuk dkilas pandang, berbanding Honda yang meletakkannya sekata di tengah.

#2 Kekurangan: Sistem infotainment tipikal Toyota

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 27

Sistem infotainment adalah titik lemah bagi kebanyakan model Toyota dan Corolla Cross tidak terkecuali. Malaysia tidak mendapat paparan panel terapung seperti model pasaran antarabangsa, tetapi unit 2-DIN yang kelihatan seperti TV CRT lama.

Paparan video untuk kamera tempat letak kereta 360 darjah juga kelihatan seperti kartun dan kurang jelas.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 28

Kelantangan dan telefoni Bluetooth di sebelah kiri, tetapi pilihan audio dan pemilihan trek di sebelah kanan, tidak begitu intuitif

Susun atur butang stereng juga tidak begitu intuitif, dengan kawalan untuk fungsi berkaitan audio terbahagi sama ada di kiri dan kanan stereng.

Secara logiknya, anda menjangkakan fungsi dalam kategori yang sama akan dikelompokkan bersama. Aspek ergonomik ini memudahkan tangan anda 'berehat' pada stereng serta tidak memerlukan sebarang kekuatan minda untuk berfikir mengenai butang mana yang perlu ditekan.

#3 Kekurangan: Ruang simpanan untuk penumpang hadapan

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 29

Kabin Corolla Cross cukup luas untuk kelasnya tetapi ruang penyimpanan untuk barangan yang lebih kecil kekurangan.

Kotak konsol tengah hanya cukup untuk bekas cermin mata hitam dan sedikit lagi. Jangan terfikir untuk menyimpan Smart Tag anda bersama-sama dengan bekas cermin mata hitam untuk anda kerana ia tidak muat.

Untuk bersikap adil, anda juga tidak mendapat banyak ruang storan dalam Subaru XV. Cuma Honda HR-V, dengan kedalaman pemegang cawan boleh laras yang juga berfungsi sebagai konsol penyimpanan, sangat cekap dalam aspek ini.

#4 Kekurangan: Jarak perjalanan lebih singkat berbanding Prius

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 30

Hibrid menggunakan sekurang-kurangnya 40% kurang bahan api tetapi jarak pemanduan tidak begitu jauh kerana tangki bahan apinya dikecilkan

Ini mungkin mengejutkan tetapi Toyota Corolla Cross Hybrid hanya mencatatkan sekitar 600 - 650 km, berbanding Toyota Prius generasi ketiga ZVW30, (model Prius terakhir yang dijual di Malaysia) yang mampu mencapai 800 km dengan mudah.

Hal ini kerana Toyota Corolla Cross Hybrid mempunyai tangki bahan api 36 liter yang sangat kecil sekurang-kurangnya untuk sebuah SUV. Sebagai konteks, ia:

  • 11 liter kurang daripada Corolla Cross 1.8V / 1.8G biasa dengan tangki 47 liter
  • 9 liter lebih kecil daripada Toyota Prius dengan tangki 45 liter
  • 36 liter adalah kapasiti tangki bahan api untuk Perodua Myvi sahaja.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 31

Bukan sahaja tangki bahan api, hibrid juga menggunakan radiator yang lebih kecil kerana penggunaan tenaga yang lebih efisien

Mungkin Toyota telah mengecilkan tangki bahan api untuk memastikan berat basah dengan peningkatan minima, atau memberi ruang untuk bateri voltan tinggi, kerana penggunaan bahan api yang didakwa sebanyak 4.3 liter/100 km hampir 50 peratus lebih baik daripada Toyota Corolla Cross biasa.

Konklusi

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 32

Rel bumbung standard untuk model CKD

Secara keseluruhannya, kekurangan Toyota Corolla Cross Hybrid terasa kecil. Keselesaan dan perwatakan pemanduan yang lancar sahaja sudah memadai untuk membelinya.

Untuk harga yang ditawarkan, sukar untuk mencari produk yang lebih baik dengan ciri yang ditawarkan. Malah, satu ciri yang penting dan perlu dipertimbangkan adalah pengalaman pemilikan Toyota yang menenangkan fikiran anda.

Adakah ia pembelian yang lebih baik daripada Corolla Cross 1.8V dan 1.8G biasa? Sudah pasti.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga? 33

Adalah difahami bahawa kebimbangan tentang hibrid yang masih membelenggau ramai pihak. Jika varian 1.8V dan 1.8G yang lebih konvensional memberikan anda ketenangan fikiran yang lebih baik, teruskan, ia masih lagi sebuah produk yang baik.

Cuma sekiranya anda mampu, percayalah, sebagai seorang pemandu hibrid buat pertama kali, ketiadaan gegaran dan bunyi enjin yang menyusup ke dalam kabin adalah suatu ciri yang sukar dibeli dengan wang - tidak ditawarkan dalam mana-mana model bukan hibrid dan EV.

Baca: Separuh harga Harrier - Adakah Toyota Corolla Cross separuh lebih teruk, atau lebih bagus?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda