window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi...

Zamil Syaheer · Feb 6, 2022 12:00 PM

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 01

Beberapa tahun terakhir Kia di Malaysia terasa amat hambar di mana pelanggan terpaksa berpuas hati dengan sisa produk yang suam-suam kuku dan bukannya model baharu. Tetapi di bawah pengedar baharu Dinamikjaya Motors, kini terdapat sebab untuk optimis, terutamanya dengan pengenalan Kia Carnival 2022 (KA4).

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 02

Rebiu penuh kami pautkan pada penghujung artikel ini, tetapi dalam entri ini kami akan kongsikan perkara yang kami suka dan apa yang kami harapkan boleh menjadi lebih baik dalam Carnival yang serba baharu dan diimport sepenuhnya (CBU Korea).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Harga Kia Carnival 2022 didedah – RM 196k, CBU Korea, 1 varian. Buat apa ambil Alphard?

Kebaikan #1: Trenkuasa yang diperhalusi, berkuasa tetapi efisyen

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 01

Enjin turbodiesel Smartstream 2.2 liter Carnival ialah salah satu daripada enjin terbaik yang pernah kami uji, dan sebahagian besar daripada itu datang daripada kehalusan enjin ini secara keseluruhan. Ya, anda masih akan mendengar bunyi diesel, tetapi kebanyakannya tidak meresap ke dalam kabin.

Juga baca: Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 02

Tombol gear dikendalikan butang, shift-by-wire ala Jaguar

Terdapat 199 PS dan 440 Nm yang digandingkan dengan kotak gear automatik 8-kelajuan ala CVT (amat lancar tanpa perasaan “rubber band”). Gabungan ini yang memacu Carnival dengan penuh semangat yang menafikan beratnya.

Juga baca: Baik dan buruk CVT – Kenapa ada yang suka, ada tak suka?

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 03

Sekurang-kurangnya dalam perjalanan pergi balik daripada Glenmarie-Ipoh-Glenmarie, ia agak jimat, dengan bacaan 9.1 liter/100 km. Ia adalah angka yang mengagumkan kerana Carnival seberat 2 tan, ada 4 orang termasuk pemandu, bagasi yang banyak, pemanduan di bandar/lebuh raya dengan kelajuan tinggi dan banyak ‘idling’ untuk foto dan video.

Kebaikan #2: Keseimbangan pengendalian dan keselesaan yang baik

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 04

Kia Carnival menawarkan tahap keselesaan yang amat tinggi, terutamanya penggunaan tempat duduk yang empuk dan menyokong dengan baik.

Juga baca: Kia Carnival 2022 umum harga rasmi RM 196,340, projek CKD Malaysia menyusul!

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 05

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 06

Tambahan pula, sistem suspensi yang diolah semula secara menyeluruh – merangkumi perubahan seperti ‘arm’ bawah yang lebih panjang dan sudut spring dan penyerap yang dipertingkatkan – bermakna Carnival ini amat stabil dan tidak mempunyai perasaan “beralun macam kapal” yang dimiliki kebanyakan MPV.

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 07

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 08

Bukan itu sahaja, Carnival ini mampu mengambil selekoh dengan begitu yakin dan stabil. Kadang-kadang anda terlupa yang anda sedang memandu sebuah MPV yang besar dan panjang.

Kebaikan #3: Diperhalusi dengan begitu baik

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 09

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 10

Tidak banyak kereta boleh berbangga kerana mempunyai lampu depan yang terdedah

Terdapat beberapa had bagi para pereka membentuk MPV tradisional, tetapi di situlah pereka Kia berjaya melakukannya. Ia membuatkan Carnival YP generasi sebelumnya nampak begitu ketinggalan zaman.

Juga baca: Kia Carnival 2022, berapa jumlah bayaran bulanan kalau taknak angkat Toyota Alphard/Vellfire 'recon'?

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 11

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 12

Ia juga sarat dengan elemen dan butiran yang berfungsi, seperti tiang-C bercorak yang mengurangkan penjanaan vorteks, bahagian bawah badan yang kebanyakannya rata, cermin sisi aerodinamik dan tirai udara - kesemuanya membantu dalam mengurangkan bunyi, getaran dan kekerasan (NVH).

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 13

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 14

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 15

Perhatikan corak kecil di kawasan pembesar suara dan sisi perehat lengan

Perkara yang sama boleh dikatakan mengenai bahagian interiornya dengan corak geometri yang memecah bahagian dalam coklat hitam/pelana, banyak penggunaan bahan yang kelihatan mahal, dan sentuhan reka bentuk yang kemas.

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 16

Tahap kehalusan sesebuah kereta adalah perkara yang Carnival mendapat skor dengan tinggi, dan ia juga dapat dirasai: pengalaman subjektif (kami tidak membawa instrumen kami semasa acara uji pandu) memberitahu kami bahawa Carnival amat senyap, dengan hanya bunyi angin sedikit kuat pada kelajuan lebuh raya yang tinggi.

Keburukan #1: Terlalu besar untuk jalan raya Malaysia

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 17

Korea dan Amerika Utara adalah pasaran utama untuk Karnival, dan Carnival ini dengan bangga menunjukkan saiznya yang begitu besar. Cuma kadangkala terlalu besar pun tak bagus.

Perbezaan dimensi Kia Carnival
Dimensi/Model Carnival serba baru Grand Carnival lama
Panjang (mm) 5,155
(+40 mm)
5,115
Lebar (mm) 1,995
(+10 mm)
1,985
Tinggi (mm) 1,775
(+35 mm)
1,740
Jarak Roda (mm) 3,090
(+30 mm)
3,060

Ia lebih besar dari semua aspek berbanding Carnival generasi YP sebelumnya, dan dari dulu lagi ianya bukan senang nak parkir.

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 18

Kualiti kamera teramatlah cantik!

Sudah tentu kamera 360 darjah amat jelas sedikit sebanyak membantu, tetapi Karnival Caharu masih menggunakan banyak ruang di luar kotak tempat letak keretanya sendiri, dan lebarnya menjadikan meredah lorong dan jalan yang lebih sempit sedikit rumit daripada yang sepatutnya.

Keburukan #2: 11-tempat duduk terasa macam melebih

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 19

Tak salah nak katakan bahawa Carnival adalah alternatif terbaik kepada Alphard / Vellfire, tetapi penawaran varian tunggal 11-tempat duduk sedikit mengganggu peluangnya.

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 20

Kalau barisan keempat diangkat, jadilah 11-tempat duduk, tapi mana nak letak barang?

Ini kerana tidak ramai yang memerlukan ruang sebanyak itu - apatah lagi ruang but juga terjejas dengan tempat duduk tambahan barisan keempat. Kami yakin varian 7- atau 8- tempat duduk sudah lebih dari mencukupi, dan ruang but belakang boleh digunapakai.

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 21

Walau bagaimanapun, terdapat sebab di sebalik ini: membawa masuk varian tempat duduk kurang daripada 11-tempat duduk akan menjadikan harga Carnival ini lebih mahal disebabkan oleh struktur cukai negara kita yang tercinta. Pelik kan?

Keburukan #3: Tiada ciri ADAS dan kurang kelengkapan

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 22

Amaran tanda seru kecil sahaja yang ada disini

Kia Carnival di luar negara didatangkan dengan rangkaian lengkap ciri bantuan pemandu lanjutan ADAS, manakala Carnival berspesifikasikan Malaysia hanya mendapat monitor titik buta dengan amaran lalu lintas belakang (BSM, RCTA).

Juga baca: Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 23

Hanya ada kawalan pelayaran biasa sahaja

Kawalan pelayaran adaptif sepatutnya ada kerana ia sesuai dengan MPV sebesar ini, termasuklah ciri brek kecemasan autonomi (AEB).

Kia Carnival berspesifikasikan Malaysia hanya mendapat gugusan instrumen analog dan tempat duduk kulit buatan - pilihan yang lebih murah berbanding dengan instrumen digital sepenuhnya dan tempat duduk kulit (dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan) dalam Carnival pasaran luar negara.

Konklusi

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 24

Untuk nilainya, Carnival sudah menawarkan pakej yang hebat. Namun begitu, ada ciri sepatutnya pasaran Malaysia dapat, menjadikan Carnival lebih sukar untuk diabaikan.

Juga baca: Kia Carnival, Sportage, Sorento & Niro baru akan masuk Malaysia sekali EV, CKD seawal April 2022

Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi... 25

Apa-apapun, Carnival masih berbaloi terutamanya dari segi ruang, prestasi dan penjimatan bahan api. Pada harga RM 196k, ia adalah tawaran nilai yang menarik dan pasti akan menjadikan anda unik didalam lautan Toyota Alphard / Vellfire yang bersepah di jalan raya kita.

Untuk rebiu yang mendalam – meliputi ruang dalaman dan ciri dengan lebih terperinci – klik perkataan biru di bawah.

Juga baca: Rebiu: Lupakan Alphard & Vellfire ‘recon’ - Kia Carnival 2022 ialah MPV RM 200k terbaik di Malaysia!

@wapcar_zamil Boleh bawa family sambil layan K-pop! #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #belajaronline #kelastiktok #kia #kiacarnival #alphard #vellfire ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda