window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan?

Faisal · Feb 6, 2021 04:00 PM

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 01

Sejak dilancarkan di Malaysia pada tahun 2017, Mazda CX-5 telah dikemaskini beberapa kali. Antaranya dengan ciri kluster instrumen separa digital dan GVC Plus. Secara keseluruhan, Bermaz Motor menawarkan Mazda CX-5 dengan 5 varian. Anda boleh mengetahui varian pilihan kami di sini.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 02

Tetapi sekarang, mari kita lihat kebaikan dan keburukan mengenai Mazda CX-5 supaya lebih mudah untuk anda buat keputusan pembelian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebaikan:

  • Pemanduan yang mengagumkan
  • Interior yang berkualiti
  • Kabin yang senyap

Keburukan:

  • Tidak luas seperti pesaing lain
  • Tiada sistem bantuan keselamatan ADAS yang lengkap
  • Suspensi yang agak keras

Kebaikan – Pemanduan yang mengagumkan

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 01

Dari segi penghantaran kuasa, Mazda CX-5 terasa cukup linear. Enjin juga terasa rajin untuk bekerja. Talaan transmisi automatik 6 kelajuan yang dipadankan pada enjin petrol dan diesel juga cukup laju menukar gear.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 02

Stereng juga terasa respnsif dan semula jadi. Untuk SUV, kawalan sterengnya terasa lebih sejiwa dengan pemandu berbanding pesaing lain.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 03

Jika dipandu secara santai pula, Mazda CX-5 terasa cukup bersahaja – watak yang kena dengan kereta keluarga.

Kebaikan – Interior yang berkualiti

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 04

Berbanding pesaing lain seperti Honda CR-V dan Volkswagen Tiguan, kabin pada Mazda CX-5 terasa lebih mahal. Bahan yang digunakan pada papan pemuka, konsol tengah, dan panel pintu juga terasa premium.

Kebaikan – Kabin yang senyap

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 05

Mazda CX-5 menggunakan cermin dua lapisan di bahagian depan untuk mengurangkan bunyi luar. Oleh itu, pengalaman berada di dalam kabin terasa cukup tenang dan senyap.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 06

Walaupun pada kelajuan tinggi, Mazda CX-5 tidak menghasilkan bunyi angin tingkap yang kuat seperti SUV yang lain. Pada kelajuan 110 km/j, meter bunyi merekodkan bacaan serendah 68 dB.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 07

Dengan gabungan NVH (Noise, Vibration & Harshness) yang mantap serta kerusi yang cukup selesa, Mazda CX-5 memberikan pengalaman yang cukup santai dan tenang.

Keburukan – Tidak seluas pesaing

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 08

Ruang di belakang sebenarnya agak kekurangan. Berdasarkan standard ukuran WapCar, penumpang yang berukuran 177 cm hanya boleh memuatkan 2 bola tenis di bahagian kaki dan kurang dari 2 bola tenis di bahagian kepala. Sebagai perbandingan, Honda CR-V mampu memuatkan 3 bola tenis di bahagian kaki dan 2 boleh tenis di bahagian kepala.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 09

Di samping itu, ruang but seluas 442 liter juga agak kekurangan berbanding pesaing. Proton X70 misalnya mempunyai ruang but seluas 512 liter. Kapasiti but Honda CR-V pula adalah seluas 561 liter. Inikan pula Volkswagen Tiguan yang mempunyai ruang but seluas 615 liter.

Keburukan – Sistem bantuan keselamatan ADAS yang tidak menyeluruh

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 10

Ciri kawalan pelayaran adaptif Mazda Radar Cruise Control (MRCC) tidak didatangkan walaupun pada varian teratas. Selain Volkswagen Tiguan, kebanyakan pesaing SUV segmen C sudah didatangkan dengan ciri ini.

Keburukan – Suspensi yang agak keras

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 11

Untuk kategori SUV, Mazda CX-5 terasa agak keras. Walaupun dengan tayar yang tebal, pemanduannya terasa agak sibuk. Malah kami terasa seperti digoncang sepanjang masa.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 12

Perasaan yang sama turut dirasai pada varian bawah yang menggunakan rim 17 inci.

Konklusi

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 13

Mazda CX-5 menawarkan pembeli dengan pemanduan yang mengagumkan, kabin yang premium, dan perjalanan yang senyap. Namun begitu, SUV segmen C ini kekurangan dalam aspek ruang di dalam kabin. Malah mutu perjalanan yang dirasai juga agak keras. Pada masa yang sama, ia tidak ditawarkan dengan ciri kawalan pelayaran adaptif.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan? 14

Walau apapun, Mazda CX-5 semestinya memuaskan hati sekiranya anda mengutamakan aspek pemanduan dan kualiti interior.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda