window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api

Zamil Syaheer Β· Jan 7, 2023 04:00 PM

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 01

Pada pertengahan 2022, Mazda telah menambah varian pengecas turbo dalam barisan penawaran Mazda CX-8 pemasangan tempatan (CKD) 2022. Selepas pengecualian SST, Mazda CX-8 2.5L Turbo berharga daripada RM 221,360 (diatas jalan tanpa insurans).

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 02

Jika anda sedang mencari SUV keluarga yang mampu memuatkan lebih daripada lima orang dengan bajet sekitar RM 200k, Mazda CX-8 2.5 Turbo harus ada dalam senarai anda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 01

Berikut ialah gambaran ringkas tentang kebaikan dan keburukannya:

Kebaikan

  • Daya pecutan yang kuat
  • Interior yang berkualiti tinggi dengan sentuhan premium
  • Tempat duduk yang selesa untuk enam orang dewas
  • ADAS dikemas kini dengan ciri berhenti-dan-pergi

Keburukan

  • Penggunaan bahan api agak tinggi
  • Interior sudah mula nampak tua

Kebaikan – Daya pecutan yang kuat

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 02

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 03

Kami mencatatkan masa 0-100 km/j pada 9.3 saat.

Seperti Mazda CX-9 dan CX-5 Turbo, enjin pengecas turbo 2.5 liter terasa lebih seperti enjin aspirasi natural yang berkapasiti besar. Tekan pedal pendikit saja dan enjin mula bertindak balas tanpa teragak-agak.

Penyampaian kuasa adalah progresif dan tidak mengejutkan anda seperti kebanyakan enjin pengecas turbo, terutamanya daripada jenama Jerman. Apa yang anda perolehi ialah gelombang tork yang kuat, menjadikan proses memotong menjadi mudah serta meningkatkan kebolehmanduan.

Baca juga: Rebiu: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 bukan sekadar SUV berkuasa, ia juga 'cruiser' yang amat lancar!

Kelebihan – Interior yang berkualiti tinggi dengan sentuhan premium

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 04

Pemilihan bahan dan kualiti binaan adalah yang terbaik. Semua titik sentuhan dibalut dengan kulit lembut atau plastik lembut. Tempat duduk dilapisi kulit Nappa, jadi ia lembut bak sutera.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 05

Ia memberikan rasa kepejalan sebaik sahaja anda menutup pintu, meredam bunyi luaran, membuatkan CX-8 terasa begitu solid.

Kelebihan - Tempat duduk enam orang dewasa dengan selesa

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 06

Dalam varian Turbo 2.5L ini, ia mendapat susun atur 6 tempat duduk dengan konsol tengah diantara tempat duduk baris kedua.

Ruang di baris kedua agak luas dengan tempat duduk baris kedua ditolak ke belakang. Terdapat kira-kira 3 bola tenis di ruang lutut dan kurang sedikit daripada 2 bola tenis pada ruang kepala.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 07

Untuk ruang di tempat duduk baris ketiga pula, kami telah menetapkan jarak 25cm diantara tempat duduk baris hadapan dan baris kedua yang merupakan jarak penilaian kami untuk "ruang kaki biasa". Jika anda berketinggian 177 cm, anda akan mendapat jarak ruang lutut sekitar 1 boleh tenis, dan kepala anda akan hampir menyentuh bumbung.

Malah, untuk tempat duduk baris ketiga, ini adalah salah satu yang paling selesa dalam SUV.

Kelebihan – ADAS dikemas kini dengan ciri berhenti-dan-pergi

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 08

Suite sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) telah dikemas kini dengan Sistem Pencahayaan Depan Adaptif (AFS), Kawalan Pancaran Lampu Tinggi (HBC), Sokongan Brek Pintar (SBS) untuk hadapan dan belakang, dan Kawalan Pelayaran Radar Mazda (MRCC) dengan berhenti dan pergi.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 09

Ini melengkapkan Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS), Amaran Pelepasan Lorong (LDW), Bantuan Pengekalan Lorong (LKA), Pemantauan Titik Buta (BSM) dan Amaran Lalu Lintas Belakang (RCTA).

Pada masa ini, CX-8 adalah satu-satunya Mazda yang ditawarkan di Malaysia dengan ciri berhenti-dan-pergi yang sangat berguna dalam kesesakan lalu lintas. Ia boleh mengurangkan keletihan pemandu dalam tempoh yang lama dalam trafik merangkak.

Keburukan – Penggunaan bahan api di bahagian yang lebih tinggi

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 10

Selepas perjalanan sejauh 112.9 km dipecahkan kepada sekitar 60/40 pemanduan lebuh raya dan bandar, Mazda CX-8 2.5L Turbo memerlukan 12.39 liter bahan api untuk diisi semula. Selepas dikira, penggunaan bahan api Mazda CX-8 2.5L Turbo 2022 adalah sekitar 11 liter/100 km.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 11

Perlu diingat bahawa ujian kami telah dijalankan dengan hanya dengan seorang pemandu. Dengan lebih ramai penumpang dan barangan, jangkakan penggunaan bahan api akan meningkat.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 12

Sekiranya penggunaan bahan api yang tinggi mengurangkan minat anda, usah risau kerana Mazda juga menawarkan varian diesel SkyActiv 2.2 liter dengan kit kelengkapan yang sama, walaupun kini ia hanya tersedia dalam konfigurasi pacuan roda hadapan (FWD) sahaja.

Kami sudah menguji pandu varian pacuan semua roda (AWD) dan ia mencapai 9.1 liter/100 km dalam keadaan yang sama. Secara teorinya, varian FWD secara sepatutnya lebih jimat bahan api.

Keburukan - Interior mula nampak tua

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 13

Walaupun sistem infotainmen sudahpun dikemas kini, ia masih menggunakan sistem pengendalian yang lebih lama. Paparan antara muka memang nampak beresolusi rendah berbanding sistem baru pada Mazda 3 and CX-30. Juga, resolusi kamera 360 darjah agak lemah.

Kesimpulan

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 14

Mazda CX-8 2.5L Turbo 2022 mempunyai prestasi yang kuat, interior yang premium, mampu memuatkan 6 orang dewasa dengan selesa, dan ADAS yang dikemas kini.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 15

Walau bagaimanapun, tiada kereta yang sempurna. Ia kurang jimat bahan api. Tambahan pula, bahagian interior-nya mula nampak tua.

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-8 2.5 Turbo 2022 - Pakej yang lengkap, tetapi kurang jimat bahan api 16

Dengan semua yang dikatakan, untuk RM 200k, tidak ada kereta keluarga lain yang selengkap Mazda CX-8. Anda mendapat ruang dan kepraktisan sebuah SUV yang menawarkan 6 tempat duduk yang sesuai untuk orang dewasa, set lengkap ADAS dan kuasa yang padu daripada enjin pengecas turbo.

Baca juga: Rebiu: Mazda CX-8 2.2D High - SUV 7 penumpang yang lebih baik dari VW Tiguan R-Line?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda CX-8 2.5L Turbo AWD High Plus

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda