Setelah sekian lama Honda BR-V dan Toyota Rush bersaing antara satu sama lain, kini ada pencabar baru dalam SUV/MPV segmen B iaitu Mitsubishi Xpander.
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memang serius nak bersaing dalam segmen ini, sebab itu Xpander untuk pasaran kita adalah CKD, satu varian sahaja, dan versi facelift terus.
Kami diberi peluang untuk memandu uji kereta ini tempoh hari, dan ini adalah rumusan kami tentang apa yang 'best' dan 'tak best' pasal Mitsubishi Xpander. Ayuh!
1. Reka bentuk yang berani dan futuristik
Dengan tema rekaan ‘Dynamic Shield’ yang sama seperti abangnya iaitu Mitsubishi Triton dan Outlander, rupa depan Xpander nampak begitu berani dan futuristik untuk segmennya. Malah fender depan dan belakangnya nampak sasa. Terdapat juga ciri ‘floating roof’ di tiang C belakang ala Proton X50. Memang unik.
2. Sistem suspensi yang sangat seimbang
Mitsubishi mempunyai sejarah yang panjang dalam dunia rali, jadi bab talaan suspensi ini memang mereka pakar. Tak kisahlah anda duduk di bahagian depan mahupun belakang. Xpander menyerap segala liku dan lekuk di jalan raya dengan begitu seimbang; tidak terlalu keras, mahupun terlalu lembut.
Tahukah anda Mitsubishi telah membina satu-satunya Xpander versi rali yang dikuasakan dengan enjin Lancer Evolution X? Ia menghasilkan tiga kali ganda kuasa dengan 300 ke 340 PS (bergantung kepada boost) dan tork sebanyak 556 Nm!
3. Tempat duduk belakang paling selesa
Xpander ini mempunyai ruang kaki dan kepala yang paling selesa dalam kelasnya bukan setakat barisan kedua, malah barisan ketiga. Kusyen dan kemasan kulit dengan jahitan 'quilted' yang digunakan juga empuk dan tidak terlalu keras untuk apa jua jenis perjalanan.
4. Paling besar dalam segmennya
Berbanding pesaing rapatnya iaitu Honda BR-V dan Toyota Rush, Xpander ini paling panjang dan lebar. Jarak roda pun lagi panjang.
Selalunya eksterior yang besar bukan bermakna kabin dalam luas, tapi sebelah membandingkan antara dua pesaing utamanya memang ternyata Mitsubishi telah memanfaatkan saiz ini sebaik mungkin.
5. Amat praktikal
Mitsubishi Xpander memiliki pelbagai ruang untuk menyimpan barang. Antaranya ialah pada papan pemuka di bahagian penumpang, bahagian pemandu, konsol tengah, bahagian belakang pada kerusi hadapan (3 poket) serta di bahagian pintu. Malah ia turut didatangkan dengan storan tambahan di bawah kerusi penumpang hadapan.
Unik buat Mitsubishi Xpander, kerusi barisan kedua dan ketiga boleh membuat lipatan rata untuk memberikan ruang but yang terbesar di dalam kelasnya sebanyak 1630 liter.
Fakta menarik: tahukah anda Xpander mempunyai 18 tempat penyimpanan botol air? ‘Confirm’ takkan terasa haus ketika balik kampung.
6. Jimat minyak
Xpander mempunyai kapasiti tangki minyak sebanyak 45 liter. Dalam ujian oleh rakan media kami Autofun Thailand, Xpander berjaya mencatat jarak tempuh bahan bakar 16.5 km/L ketika berada di lebuh raya lancar dengan kelajuan sekitar 90 km / j.
Dalam keadaan trafik yang sibuk pada waktu petang pula, ia mencatatkan bacaan 12 km/L. Namun, angka tersebut menyimpulkan bahawa Xpander agak menjimatkan minyak untuk kereta sebesar ini.
7. Sistem infotainmen terbaik dalam kelasnya
Sistem infotainmen Mitsubishi Xpander ini unik untuk pasaran Malaysia kerana ia dilengkapi dengan skrin sentuh berukuran 9 inci, paling besar berbanding Xpander di pasaran lain.
Selain itu, ia juga satu-satunya yang hadir dengan kelengkapan Android Auto dan Apple CarPlay. Kualiti audio berbanding Honda BR-V dan Toyota Rush juga jauh lebih baik.
8. Kamera 360 darjah
Xpander mempunyai 4 buah kamera yang memaparkan sudut pandang ‘birds-eye’ 360 darjah sekitar kereta. ARM ini dipadankan pula dengan sensor parkir yang membuatkannya mudah untuk dikemudi masuk ke dalam ke dalam petak letak kereta. Tapi, kelengkapan ini termasuk dalam pakej aksesori tambahan oleh pengedar sah MMM.
9. Stereng dengan pelarasan teleskopik
Sebagai seorang peminat pemanduan, ini adalah salah satu fungsi yang paling saya gemar pada Mitsubishi Xpander. Honda BR-V dan Toyota Rush hanya boleh naik turun sahaja.
Walaupun ia mempunyai posisi pemanduan seperti sebuah MPV, ciri pelarasan teleskopik pada stereng ini membolehkan anda untuk mendapat posisi pemanduan yang ideal dan jauh lebih selesa. Ini juga bermakna Xpander sesuai untuk orang dengan pelbagai saiz badan dan ketinggian.
10. Kabin yang amat senyap
Salah satu perkara yang mengejutkan kami ialah kabin Xpander ini amat senyap. Mitsubishi Motors Malaysia mendakwa Xpander dilengkapi dengan tingkap depan yang tebal, cermin depan akustik, dan penebat bunyi di kawasan bumbung.
Ternyata ia bukanlah satu gimik kerana Mitsubishi Xpander mencatatkan bacaan tahap kebisingan yang rendah semasa ujian bunyi. Pada 90 km/h, Xpander mencatatkan bacaan 62 dB (BR-V 69 dB, Rush 63 dB) manakala bacaan pada 110 km/h ia merekodkan bacaan 68 db (BR-V 72 dB, Rush 71 dB).
1. Transmisi 4 kelajuan
Tidak dinafikan kotak transmisi dengan 4 kelajuan ini terasa kurang sesuai dengan Xpander kerana enjin agak meraung pada kelajuan yang tinggi. Ini juga sedikit sebanyak mengganggu penggunaan minyak. Xpander ini lebih sesuai jika ia dilengkapi dengan satu lagi gear tambahan ataupun transmisi CVT.
2. Dua beg udara saja
Sama dengan Honda BR-V, Mitsubishi Xpander hanya dilengkapi dengan 2 beg udara di bahagian pemandu dan penumpang depan sahaja.
Walaupun Mitsubishi Xpander mendapat skor 4 bintang pada ujian ASEAN NCAP, tiada pesaing lain dalam segmen ini yang mampu melawan Toyota Rush yang dilengkapi dengan 6 beg udara sebagai standard.
3. Tiada sistem bantuan pemandu ADAS
Ini lagi satu ciri yang tiada pada Mitsubishi Xpander dan Honda BR-V, iaitu sistem bantuan pemandu ADAS. Selain ABS dan EBD, kawalan stabiliti (ESC), kawalan cengkaman (TRC), ISOFIX dan hill start assist (HAS) yang standard pada ketiga-tiga kereta, hanya Toyota Rush sahaja yang dilengkapi dengan:
Tak heranlah ia mendapat skor 5 bintang pada ujian ASEAN NCAP.
4. Reka bentuk
Memang tak dinafikan ia mempunyai reka bentuk yang unik dan futuristik, terutamanya muka depan ‘Dynamic Shield’.
Namun, reka bentuk sebegini mungkin bukan untuk semua orang. Ia nampak lebih ‘kena’ pada Mitsubishi Triton dan Outlander kerana kedua kereta ini mempunyai tren kuasa serta ‘road presence’ yang lebih gah berbanding Xpander.
Selepas mencuba ketiga-tiga kereta keluarga ini iaitu Mitsubishi Xpander, Honda BR-V, dan Toyota Rush, kami boleh katakan Mitsubishi Xpander ini memang berbaloi untuk harga RM 90k yang setaraf dengan Rush dan lebih murah berbanding BR-V.
Dengan DNA rali dari Mitsubishi, mereka berjaya membuat sebuah kereta yang selesa, senyap, luas, stylo, dan sedap untuk dipandu harian. Sebagai seorang peminat pemanduan, saya berasa amat puas hati dengan pengalaman pemanduan Xpander dalam segmennya.
Ia hanya kalah dari segi kotak transmisi dan kekurangan ciri keselamatan bagi sebuah kereta keluarga. Bukan nak kata Xpander ini tidak selamat, jauh dari itu. Cuma apa yang ditawarkan oleh Toyota Rush dari segi keselamatan itu amatlah mantap, malah jauh lebih baik dari kebanyakkan kereta yang lagi mahal.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L
Upgrade
Add your car
2018 Nissan Serena S-Hybrid High-Way Star 2.0
2018 Nissan Serena S-Hybrid High-Way Star 2.0
Komen