window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak?

Faisal · Jan 23, 2021 04:00 PM

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 01

Dengan kehangatan Proton X50 baru-baru ini, mana perginya Proton X70? Adakah ia sudah kehilangan ‘wow factor’? Sebenarnya tidak. Malah ia masih mempunyai pakej yang cukup berkualiti dan berbaloi.

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 02

Mengimbau kembali, harga SUV segmen C ini bermula dari RM 89,900 untuk varian Standard hingga RM 115,800 untuk varian Premium X.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 01

Sekiranya Proton X50 tidak kena dengan jiwa anda dan mungkin juga anda perlukan ruang yang lebih selesa, Proton X70 semestinya berada di antara senarai teratas. Oleh itu, inilah antara kebaikan dan keburukan yang terdapat pada Proton X70 supaya mudah untuk anda buat keputusan.

Kebaikan

  • SUV paling selesa untuk harganya
  • Interior yang premium
  • Berbaloi

Keburukan

  • Minyak kuat
  • Lantai but yang terlalu tinggi
  • Tiada Apple CarPlay/Android Auto

Kebaikan – Paling selesa di kelas

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 02

Walaupun Proton X70 CKD menggunakan spring dan absorber yang lebih keras, mutu perjalanan yang empuk seperti model yang diimport terdahulu masih ada.

Malah dengan suspensi yang lebih keras, Proton X70 mengambil selekoh dengan cukup ‘steady’. Body roll juga cukup terkawal untuk SUV sebesar ini. Kesannya, penumpang belakang tidak rasa terbuang sangat.

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 03

Tempat duduknya pula menyokong di bahagian yang sepatutnya. Malah kerusinya juga mempunyai fungsi pengudaraan dan sokongan tulang belakang. Tidak seperti Proton X50, sudut bangku kerusi depan pada Proton X70 boleh dilaras untuk sokongan peha yang lebih baik.

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 04

Dengan bunyi tayar dan enjin yang kurang kedengaran, pengalaman di dalam kabin juga cukup menenangkan. Secara keseluruhan, Proton X70 sangat selesa untuk perjalanan jauh.

Kebaikan – Interior yang premium

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 05

Dengan harganya, kabin Proton X70 menggunakan bahan binaan yang cukup berkualiti. Malah mutu pemasangannya cukup baik. Penggunaan plastik lembut, sentuhan trim "brush aluminium", kerusi kulit Nappa, dan panoramic sunroof sememangnya menaikkan lagi suasana di dalam kabin.

Kebaikan – Berbaloi-baloi

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 06

Sebagai contoh, varian Premium X dilengkapi dengan sistem audio Kenwood 9 pembesar suara, panoramic sunroof, pintu but elektronik dengan kawalan buka tanpa tangan, pengudaraan pada kerusi depan, kamera 360-darjah yang cantik, dan ciri bantuan bantuan keselamatan ADAS.

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 07

Untuk maklumat anda, kereta yang 3 kali ganda lebih mahal sekalipun belum tentu ada ciri-ciri ini.

Keburukan – Kuat makan minyak

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 08

Selepas menguji sejauh 67.7 km yang meliputi nisbah pemanduan bandar dan lebuhraya sebanyak 60:40 (nisbah yang sama untuk menguji Proton X50), Proton X70 mencatatkan penggunan minyak sebanyak 7.21 liter (7.21 liter/ 67.7 km).

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 09

Kalau diterjemahkan secara standard, bacaan penggunaan minyak untuk Proton X70 adalah sebanyak 10.6 liter/100 km.

Keburukan – Lantai but yang terlalu tinggi

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 10

Lantai but Proton X70 sebenarnya agak tinggi. Malah bukaannya juga tidak berapa besar. Hal ini boleh menyukarkan pengguna untuk membawa masuk ataupun mengeluarkan barang yang berat dengan mudah.

Keburukan – Tiada sokongan Apple CarPlay/Android Auto

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 11

Sistem infotainment GKUI yang terdapat pada Proton X70 tidak mempunyai sokongan Android Auto mahupun Apple CarPlay. Selepas kami rasai pengalaman menggunakan sokongan ini pada Honda CR-V, sistem yang terdapat pada Proton X70 ini terasa agak mundur.

Walaupun teknologi voice command yang didatangkan cukup mengagumkan, anda masih perlu mengawal aplikasi seperti Spotify menggunakan telefon sendiri. Di samping itu, sistem infotainment GKUI ini juga tidak boleh membaca ataupun membalas mesej WhatsApp.

Konklusi

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 12

Dengan harganya, Proton X70 adalah antara SUV yang paling selesa. Selain ciri yang berguna, kabin Proton X70 juga menampilkan kualiti yang cukup mantap.

Namun begitu, penggunaan minyaknya agak banyak, terutama untuk pemanduan dalam bandar. Lantai but yang agak tinggi juga boleh mengurangkan aspek praktikal. Pada masa yang sama, Proton X70 tidak hadir dengan sokongan Apple CarPlay mahupun Android Auto.

Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak? 13

Kalaulah ada, Proton X70 boleh dianggap sebagai SUV keluarga yang hampir sempurna. Malah, tidak keterlaluan jika kami abaikan pengunaan minyak yang tidak berapa menjimatkan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda