window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton

Zamil Syaheer · Nov 27, 2020 06:00 PM

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 01

Nama Toyota Hilux 2020 bagaikan motosikal Honda EX-5 - pilihan utama yang dipercayai dan baik sejak turun-temurun.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 01

Tapi pada zaman ini, betul ke Hilux masih lagi memegang takhta tersebut di Malaysia? Model kemaskini Rogue yang dilancarkan pada bulan Oktober lepas kini sedikit lebih mahal. Adakah Hilux masih lagi berbaloi berbanding pesaing seperti Mitsubishi Triton dan Ford Ranger 2020? Jom kita rungkaikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebaikan

1. Sistem keselamatan ADAS mantap

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 01

Sedang beraksi: Dynamic Radar Cruise Control.

Sejak Triton dan Ranger juga dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS, Toyota pun menambah lagi ciri ADAS yang lebih menyeluruh berbanding pesaingnya.

Toyota Safety Sense (TSS) dalam Hilux merangkumi:

  • Autonomous emergency braking (PCS, Pre-Collision System)
  • Lane departure alert dengan Yaw Assist (tiada bantuan stereng)
  • Adaptive cruise control (DRCC, Dynamic Radar Cruise Control)

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 02

Jika anda nak, ada digital video recorders (DVR/dashcam) yang boleh dipasang pada harga tambahan.

Tiada benda yang negatif tentang cara sistem ini beroperasi, kerana ia tidak terlalu mengganggu dan senang untuk digunakan.

2. Praktikal dan mesra pengguna

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 03

Selain meter kluster yang direka dengan baik, interiornya nampak macam kereta sedan.

Pertama sekali, meter instrumen kluster direka tanpa sebarang gangguan ataupun masalah font kecil. Kalau dalam Ford Ranger, korang kena fokus lebih sikit nak tengok paparan skrin info pelbagai guna.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 04

Bangku tempat duduk belakang juga boleh dilipat ala Honda Jazz, sesuai kalau nak kena letak barang lebih. Lain cerita dengan Triton kerana anda hanya mendapat tempat sandar belakang yang boleh dilipat separa sahaja. Ini bermakna anda boleh simpan barang yang leper sahaja.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 05

Selain dari itu, terdapat juga penyejuk minuman di glovebox dwi-lapisan dan penghawa dingin di bahagian tempat rehat lengan. Pada pendapat kami, penghawa dingin belakang di bahagian bumbung Triton nampak lebih kemas dan menarik.

3. Lebih berkuasa daripada sebelumnya

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 06

Toyota telah menaik taraf sistem penyejuk turbo dan tekanan rel bahan bakar bagi meningkatkan kuasa enjin 1GD-FTV ini. Enjin 2.8 liter turbodiesel ini kini menghasilkan 204 PS dan 500 Nm (sebelum ini 177 PS dan 450 Nm).

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 07

Angka ini bermakna Hilux jauh lebih berkuasa dari Triton tetapi kurang sedikit jika dibandingkan dengan Ranger Wildtrak (213 PS). Anda boleh lihat dengan lebih lanjut dibawah:

Toyota Hilux vs Mitsubishi Triton vs Ford Ranger 2020
Model Enjin Kuasa & Tork
Ford Ranger Wildtrak 2.0 liter twin-turbodiesel 213 PS / 500 Nm
Toyota Hilux Rogue 2.8 liter turbodiesel 204 PS / 500 Nm
Mitsubishi Triton VGT Adventure-X 2.4-liter turbodiesel 181 PS / 430 Nm

4. Fungsi ‘off-road’ yang dipertingkatkan

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 08

Salah satu fakta yang tak ramai orang ketahui tentang Hilux baru ini ialah sistem ‘off-road’ yang telah dipertingkatkan. Kini Hilux Rogue dilengkapi dengan suspensi Superflex, dipadankan dengan Auto Limited Slip Differential (LSD) dan Active Traction Control (A-TRC).

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 09

Sistem ini meningkatkan keupayaan ‘off-road’ Hilux dengan begitu ketara tetapi pada masa yang sama tidak berkompromi dengan keselesaan pemanduan harian.

Keburukan

1. Tahap keselesaan dalaman boleh diperbaiki

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 10

Nasib ruang kaki dan kepala banyak.

Tempat duduk depan tidak begitu sesuai untuk pemandu yang tinggi. Semasa saya dan rakan sekerja memandu kereta ini dari Shah Alam ke Pahang, kami berdua kerap melaras tempat duduk ini kerana bangku yang kurang lebar dan hampir tiada sokongan peha langsung.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 11

Kemudian ada tempat duduk belakang yang agak lurus dan keras. Ini sedikit sebanyak mengganggu pemanduan jarak jauh kerana ada kecenderungan untuk penumpang merempuh dan meluncur di ketika melalui jalan berliku. Tempat duduk belakang Triton yang lebih bersudut adalah jauh lebih baik dan selesa.

2. Sistem infotainmen sedikit kabur

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 12

Tombol kapasitif pada sistem infotainmen skrin sentuh lebih baik digantikan dengan tombol fizikal kerana senang untuk digunakan sekiranya tangan anda basah, sesuatu yang mungkin biasa oleh seorang pemandu trak.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 13

Kemudian kamera parkir 360-darjah (PVM) nampak macam dari zaman PlayStation 2 dek kerana tona warna yang agak malap, menyukarkan anda untuk melihat permukaan yang terang. Mungkin ini akan menjadi isu ketika anda melalui jalan yang berlumpur.

3. Tidak selincah trak lain

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 14

Jika anda inginkan perasaan pemanduan seakan sedan, maka Triton lebih elok. Ini kerana Triton lebih lembut dan mempunyai interior yang lebih selesa.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 15

Lengkung pusingan Hilux berukuran 6.4 meter juga lebih panjang berbanding Triton dengan 5.9 meter. Tapi ini juga kerana Triton mempunyai jarak roda yang lebih pendek (3,000 mm vs 3,085 mm pada Hilux).

Konklusi

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 16

Pada harga RM 146,880, Hilux Rouge masih lagi mengekalkan statusnya. Memang ada beberapa keburukan tapi ia tidak pernah hilang identiti ‘Hilux’ walaupun sudah lebih dari 50 tahun.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton 17

Toyota Hilux kekal sebagai salah satu pilihan yang baik jika anda sedang mencari trak untuk dipandu harian mahupun ‘off-road’. Kami telah memandu Hilux ini bulan lepas – lihat rebiu kami disini.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda