window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput?

Faisal · Mar 21, 2021 12:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaToyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi?

Kami kini sedang giat menguji pandu Toyota Innova 2.0X. Sementara itu, mari kami rumuskan 3 kebaikan dan keburukan yang terdapat pada MPV yang boleh dipercayai ini.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 01

Kebaikan

  • Kabin yang luas dan praktikal
  • Tempat duduk yang selesa
  • Mudah untuk dipandu

Keburukan

  • Enjin tidak cukup tork
  • Tiada ADAS Toyota Safety Sense, hanya BSM
  • Enjin bising setiap kali dihidupkan

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 02

Kebaikan – Kabin yang luas dan praktikal

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 03

Sebagai sebuah MPV di segmen C, Toyota Innova memiliki kabin yang cukup lapang. Ruang kepala dan kaki untuk baris pertama dan kedua tidak menjadi masalah langsung.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 04

Malah, kelegaan kaki dan kepala untuk tempat duduk di baris ketiga juga masih boleh memuatkan 1 bola tenis.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 05

Bercakap mengenai tempat duduk, pelbagai konfigurasi boleh disesuaikan untuk keutamaan tujuh penumpang ataupun mengangkut barang.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 06

Terdapat pelbagai tempat meletak barang tambahan seperti dulang, bekas kaca mata, dan tempat pemegang botol.

Pada masa yang sama, kabin ini mempunyai pelbagai ruang untuk anda meletak dan menyimpan apa-apa sekalipun. Menariknya, anda boleh memuatkan sehingga 13 botol minuman dalam satu masa. Hebat kan?

Kebaikan – Tempat duduk yang selesa

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 07

Bagi anda yang belum tahu, varian X didatangkan dengan kerusi ‘Captain’ di baris kedua. Kerusi ini diibarat seperti tempat duduk peribadi yang lebih istimewa. Eksklusif untuk varian ini juga ialah kerusi jenis kulit.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 08

Secara keseluruhan, tempat duduk di dalam Toyota Innova cukup selesa. Ia menyokong di tempat yang sepatutnya tanpa menekan sesuatu bahagian secara keterlaluan. Ditambah pula dengan bahan kulit yang berkualiti, pengalaman berada di dalam Toyota Innova sangat memuaskan.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 09

Dari segi ergonomik, kesemua tempat duduk boleh dilaras mengikut posisi yang ideal. Malah, tiada satupun bahagian yang menghalang anggota badan kami sewaktu berada di dalam kabin ini.

Kebaikan – Mudah untuk dipandu

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 10

Walaupun bahagian dalamnya luas, saiz sebenarnya tidaklah begitu besar. Disebabkan itu, pemanduan di kawasan yang sempit tidak sesukar seperti yang disangka. Pemanduan dalam bandar juga terasa mudah kerana ia tidak begitu lebar ataupun panjang.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 11

Di samping itu, Toyota Innova mempunyai suspensi yang cukup selesa. Walaupun dengan casis jenis ladder frame, MPV ini tetap menyerap permukaan jalan yang tidak rata dengan baik. Mengenai casis ini, gegaran tetap ada. Cumanya, ia terlalu sikit untuk anda perasan. Dengan talaan suspensi yang selesa, kualiti pemanduan Toyota Innova terasa cukup santai dah bersahaja.

Keburukan – Enjin tidak cukup tork

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 12

Toyota Innova facelift didatangkan standard dengan enjin 2.0L aspirasi natural Dual VVT-i yang menghasilkan 139 PS dan 183 Nm tork. Dengan berat kereta sebanyak 1,735 kg, enjin ini terasa agak lemau. Walaupun transmisi 6 kelajuannya cukup responsif, kami tetap perlu menekan minyak dengan banyak. Itupun tanpa membawa sebarang penumpang. Bayangkan pula kalau kesemua tempat duduk dipenuhkan.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 13

Secara teknikal, enjin ini tidak mempunyai tork yang cukup untuk menggalas berat MPV ini. Di Indonesia, Toyota Innova ditawarkan dengan pilihan enjin 2.4L turbodiesel yang menghasilkan 149 PS dan 360 Nm tork.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 14

Bagi kami, enjin ini patut ditawarkan pada Toyota Innova kerana ia jauh lebih gagah. Untuk kereta yang berat seperti ini, jumlah tork memainkan peranan yang sangat penting. Tetapi, rakyat Malaysia sering menganggap enjin diesel sebagai sesuatu yang lekeh. Pada masa yang sama, UMW Toyota juga tidak mahu anda menganggap MPV ini sebagai sesuatu yang ‘low-class’.

Keburukan – Tiada ADAS Toyota Safety Sense, hanya BSM

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 15

Toyota Innova facelift tidak didatangkan dengan sebarang ciri bantuan keselamatan pemandu ADAS. Yang ada cuma Blind Spot Monitor (BSM). Itupun tanpa sebarang bunyi amaran.

Juga bacaApa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 16

Bagi kami, sebuah MPV harus ada ciri keselamatan yang rapi kerana ia membawa penumpang dengan lebih ramai berbanding kereta keluarga jenis sedan. Tambahan pula, teknologi sudah berada di tahun 2021. Sekurang-kurangnya, ciri brek kecemasan automatik (AEB) patut ada.

Keburukan – Enjin yang berbunyi bising setiap kali dihidupkan

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 17

Ingat lagi tak Perodua Kembara dan Toyota Unser? Toyota Innova mempunyai satu sifat yang sama dengan mereka, iaitu enjin yang berbunyi seperti ribut angin kencang setiap kali dihidupkan. Kalau anda perasan, enjin van komersial juga berbunyi seperti ini. 

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 18

Inilah kipas yang buatkan enjin ini berbunyi seperti ribut kencang. Kalau anda lihat, ia tetap berputar sedangkan ketika ini, enjin masih sejuk. Penyaman udara pun tidak dihidupkan.

Diatas sebab-sebab yang tertentu, Toyota mereka enjin ini untuk bersambung terus dengan kipas radiator. Maka itu, untuk kebanyakan masa, kipas akan berpusing selari dengan putaran enjin. Walaupun ketika enjin tidak memerlukan penyejukan ataupun penyaman udara tidak dihidupkan sekalipun, kipas ini akan tetap meraung.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 19

Bagi kami, bunyi yang kuat ini tidak begitu kedengaran apabila kesemua pintu ditutup. Tetapi kalau anda di luar, bunyi sebegini mungkin buatkan anda rasa seperti memiliki sebuah kenderaan komersial.

Konklusi

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 20

Toyota Innova 2.0X facelift 2021 mempunyai ruang kabin yang luas dan praktikal. Malah, ia cukup selesa untuk memuatkan tujuh sekeluarga. Pada masa yang sama, ia agak mudah untuk dipandu kerana saiznya tidak terlalu besar.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 21

Namun begitu, MPV segmen C ini agak kekurangan dari segi ciri keselamatan moden yang mana ia hanya datang dengan Blind Spot Monitor (BSM). Dari segi enjin, ia bukan setakat bising sewaktu mula dihidupkan, tetapi ia juga agak semput untuk mengikut kelajuan trafik, terutamanya apabila menaiki bukit.

Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput? 22

Sekiranya anda tidak kisah dengan enjin yang ada pada Toyota Innova sekarang, MPV ini boleh menjadi sebuah kereta yang paling berguna untuk kebanyakan keluarga.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda