window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord?

Faisal · Jan 17, 2021 02:00 PM

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 01

Volkswagen Malaysia telah melancarkan Volkswagen Passat R-Line sebagai varian teratas yang baru. Seperti Passat Elegance, ia juga bersaing dengan Honda Accord dan Toyota Camry.

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 02

Volkswagen Passat R-Line 2020 berharga RM 204,433 (tanpa insurans dan termasuk pengecualian cukai SST). Sekiranya anda berminat, kami akan huraikan kebaikan dan keburukannya supaya mudah untuk anda buat keputusan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebaikan:

  • Keselesaan perjalanan yang mantap
  • Mudah untuk dipandu
  • Interior yang terasa premium dan luas
  • Menjimatkan minyak

Keburukan:

  • Tiada ciri bantuan keselamatan ADAS
  • Lebih mahal berbanding pesaing

Kebaikan – Keselesaan yang mantap

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 01

Dengan ciri suspensi adaptif (DCC), Volkswagen Passat R-Line cukup empuk di mod pemanduan “comfort”. Kekerasan yang sinonim oleh kereta Volkswagen tidak terdapat di sini walaupun ia menggunakan tayar nipis dengan rim yang bersaiz 19 inci.

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 02

Di dalam mod “sport” pula, suspensi menjadi lebih keras dan perjalanan terasa makin sibuk. Tetapi, tahap keselesaannya masih baik. Sebagai ganti, Passat R-Line mengambil selekoh dengan begitu yakin memandangkan body roll di dalam mod ini lebih terkawal.

Kebaikan – Mudah untuk dipandu

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 03

Dengan tork sebanyak 320 Nm, meningkatkan kelajuan ataupun memotong terasa cukup mudah. Malah, pelayaran di lebuh raya terasa seperti santai sahaja. Pecutan 0-100 km/j pula mengambil masa selama 8.1 saat – paling pantas di segmen D. Sebagai perbandingan, Honda Accord 1.5 TC-P dengan lebih kuasa (201 PS vs 190 PS) melakukannya dalam masa 8.7 saat.

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 04

Kawalan stereng, brek, dan pendikit juga ditala dengan baik untuk pemanduan harian. Walaupun tindak balas pendikit untuk mod comfort terasa agak lambat, ia boleh bertukar menjadi responsif sebaik sahaja anda ke mod pemanduan normal, lebih-lebih lagi mod sport.

Kebaikan – Interior yang terasa premium dan luas

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 05

Selain Honda Accord, Volkswagen Passat juga terasa paling luas di segmen ini. Papan pemuka dan tiang-A yang slim memberikan suasana yang cukup lapang. Jika anda ingin tahu, ruang lutut di belakang boleh memuatkan 3 bola tenis manakala ruang kepala cukup untuk muatkan 1 bola tenis.

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 06

Kabin ini juga cukup praktikal dimana ia mempunyai pelbagai tempat untuk menyimpan barang. Tambahan pula, ruang storan ini dikemasi dengan bahan karpet dimana ia terasa premium. Selain itu, kabin ini dilengkapi dengan kerusi kulit Nappa, pedal kaki aluminium, dan lampu suasana dengan 30 pilihan warna.

Kebaikan – Menjimatkan minyak

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 07

Menurut ujian kami yang meliputi 80% pemanduan lebuh raya dan 20% pemanduan dalam bandar, Passat R-Line berupaya mencatat penggunaan minyak serendah 6.5 liter/100 km.

Kebiasaannya, kami mengguna nisbah pemanduan lebuh raya dan bandar sebanyak 60:40. Berdasarkan nisbah ini, Honda Accord 1.5 TC-P mampu melakukannya serendah 8.8 liter/100 km. Toyota Camry 2.5V pula hanya mencatat penggunaan minyak serendah 10.5 liter/100 km. Walaupun dengan nisbah yang berlainan, kami yakin bahawa Passat R-Line akan tetap lebih efisien.

Keburukan – Tiada ciri bantuan keselamatan ADAS

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 08

Seperti model Volkswagen Malaysia yang lain, Passat R-Line juga tidak dilengkapkan dengan ciri Advanced Driver-Assistance Systems (ADAS).

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 09

Untuk maklumat anda, Passat R-Line hanya hadir dengan ciri amaran titik buta dan amaran pelintas belakang. Tiada sebarang ciri brek kecemasan automatik mahupun ciri bantuan pengekalan di dalam lorong. Untuk pengetahuan anda, Perodua Axia sudahpun hadir dengan ciri brek kecemasan automatik (AEB). Dengan itu, tiada alasan bagi kereta di segmen D seperti Passat R-Line untuk mengecualikan ciri keselamatan.

Keburukan – Lebih mahal daripada pesaing

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 10

Seperti yang dimaklumkan, Volkswagen Passat R-Line berharga RM 204,433. Sebagai perbandingan, Toyota Camry yang diimport sepenuhnya (CBU) berharga RM 188,763. Honda Accord 1.5 TC-P yang dipasang tempatan pula berharga RM 187,390. Uniknya, Mazda 6 2.5L yang diimport sepenuhnya berharga RM 204,288.

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 11

Malah, kesemua pesaing Passat R-Line ini mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik.

Konklusi

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 12

Volkswagen passat R-Line ialah sebuah sedan segmen D yang cukup baik. Ditambah pula dengan imbuhan R-Line, ia memberikan dua personaliti yang berbeza. Bukan setakat cukup selesa di mod pemanduan comfort, malah ia boleh bertukar menjadi senjata di mod pemanduan sport. Di samping itu, ia cukup menjimatkan minyak. Pada masa yang sama, ia mempunyai kabin yang cukup luas dan terasa premium.

Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord? 13

Namun begitu, ia menampilkan kekurangan pada ciri bantuan keselamatan ADAS. Dengan harga yang cecah RM 200k, ia patut hadir dengan ciri keselamatan yang lebih lengkap, paling tidakpun AEB. Kalaulah ciri keselamatannya lebih menyeluruh, lebih mudah untuk kami cadangkan Passat R-Line kepada anda yang inginkan sebuah sedan yang serba lengkap.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Passat 2.0 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda