window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R?

Haris Β· Apr 23, 2021 06:00 PM

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 01

Terbaru pada Toyota Vios facelift 2020 adalah penambahan varian GR-Sport (GR-S), yang berada di atas varian G. Toyota Vios GR-S ditambah dengan kelengkapan seperti transmisi CVT yang diprogramkan semula dengan 10 gear maya, suspensi sport yang dilaraskan semula dan rim 17-inci.

Jika anda tertanya-tanya adakah berbaloi untuk menambah RM 8k untuk varian GR-S di sini kami senaraikan kelebihan dan kekurangan model ini bagi membantu keputusan pembelian anda.

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kelebihan

  • Talaan suspensi yang sedap luar biasa
  • Gaya luaran yang agresif

Kekurangan

  • Masih model paling lambat dalam kelasnya
  • Tahap kebisingan tayar meningkat

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 01

Kelebihan – Talaan suspensi yang sedap luar biasa

Toyota Vios GR-S menerima talaan suspensi daripada maklum balas pelumba negara yang menjadikannya sangat menepati citarasa pemandu yang mahukan pemanduan sporty. Spring terasa lebih anjal dan memberikan banyak maklum balas kepada tempat duduk tetapi ia dilengkapi dengan peredam yang diselaraskan dengan sempurna.

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 02

Dengan kualiti pemanduan yang berkualiti tinggi, Toyota Vios GR-S mengorbankan sedikit keselesaan tetapi tetap lebih baik daripada kebiasaan dan boleh diterima untuk pemanduan harian.

Oleng badan (body roll) juga terasa kurang. Ia condong ke tahap tertentu dan kekal pada kecondongan tersebut dengan yakin ketika melalui selekoh.

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 03

Model varian bawah daripada GR-S terasa lebih berayun apabila melalui bonggol dan ketidaksempurnaan jalanraya. Toyota Vios GR-S mengurangkan tahap ayunan ini dengan lebih ketenangan. 

Kelebihan – Gaya luaran yang agresif

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 04

Gaya luaran adalah di mana keputusan anda untuk memilih Vios GR-S lebih jelas berbanding memilih varian G. Sekiranya aksesori luaran (yang ditawarkan pengeluar, tanpa sebarang tambahan sendiri) yang agresif memenuhi keinginan anda, ini adalah pilihan yang lebih tepat.

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 05

Bumper depan Toyota Vios GR-S kelihatan serupa dengan Toyota GR Yaris yang lebih popular, begitu juga dengan lampu depan dengan DRL berbentuk L dan LED tiga kiub. Unsur-unsur kontras yang berwarna hitam kilat memberikan rasa sporty kepada Toyota Vios GR-S ini.

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 06

Roda paling besar untuk generasi Vios ada pada model ini dengan rim 17 inci. Profail tayar adalah 205/45 R17. Tayar yang besar ini menjadi kelebihan dan kekurangan kepada Toyota Vios GR-S ini dengan cara tersendiri.

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 07

Kekurangan – Masih model paling lambat dalam kelasnya

Toyota Vios bukanlah model terpantas walaupun dengan sedan standard segmen B. Enjin yang menghasilkan 107 PS kuasa kuda dan 140 Nm tork dipadankan dengan transmisi CVT. Setelah beberapa ujian pecutan 0-100 km/j, masa terpantas yang dicatatkan untuk Vios GR-S adalah sehingga 12.9 saat.

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 08

Walaupun talaan transmisi, karakter santai masih ada dan terasa hampir sama dengan varian biasa. Perbezaan yang dapat dilihat adalah mod Sport, yang membolehkan enjin berfungsi pada rpm yang jauh lebih tinggi.

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 09

"CVT 10-kelajuan" kedengaran seperti gimik pemasaran berbanding peningkatan pengalaman memandu. Simulasi perubahan 'gear maya' terasa sedikit pelik, seolah-olah kereta tersengguk-sengguk. Hal ini mengurangkan pecutan berbanding mod normal (ujian kami mendapati kira-kira 0.8 saat lebih perlahan untuk ujian pecutan 0-100 km/j).

Kekurangan – Tahap kebisingan tayar meningkat

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 10

Kadar peredaman bunyi kabin adalah kelebihan Toyota Vios dan ia masih dikekalkan untuk model ini. Tetapi kerana Toyota Vios GR-S menggunakan rim 17-inci yang lebih besar, dibalut dengan tayar 205/45 R17 Toyo Proxes TR1 yang merupakan tayar berprestasi tinggi menyebabkan lebih banyak bunyi tayar yang dihasilkan dan mengganggu ketenangan kabin.

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 11

Ujian kami mencatatkan tahap kebisingan kabin 1 dB lebih tinggi secara purata pada setiap selang kelajuan berbanding dengan varian G. Pada kelajuan 110 km / j, Toyota Vios GR-S mencatatkan purata bacaan 70 dB.

Konklusi

Toyota Vios GR-S mempunyai suspensi yang dikalibrasi dengan hebat dan menampilkan gaya luaran yang mengancam. Kekurangan trenkuasa yang lemah dan tayar yang lebih besar mengganggu ketenangan kabin.

Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R? 12

Namun harus kita ingat, masih ada peminat karakter pemanduan Toyota Vios ini dan kekurangan trenkuasa lemah ini bukanlah suatu isu yang besar.

Jika rupa bukanlah suatu ciri yang menjadi pertimbangan anda, jangan risau, Toyota Vios varian G masih suatu pilihan yang tepat.

Bacaan Lanjut:

Rebiu: Toyota Vios GR-Sport 2020 - juara kendalian pemanduan dalam kelasnya!

Model GR-S untuk Toyota Corolla Cross, Altis & Hilux bakal tembus pasaran Vietnam - Malaysia tak terkecuali?

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda