window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu

Mersita · Nov 4, 2020 05:00 PM

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu 01

Honda Accord generasi ke-10 telahpun diperkenalkan awal tahun ini dengan pilihan 2 varian – 1.5 TC dan 1.5 TC-P. Varian 1.5 TC dijual pada harga RM 178,203 (tanpa SST, sah sehingga 31 Disember 2020) manakala varian tinggi 1.5 TC-P pula berharga RM 187,390.

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu 02

Persoalannya di sini ialah patutkah anda memilih Honda Accord dan bukan pesaingnya seperti Toyota Camry atau Volkswagen Passat? Kami huraikan kelebihan dan kekurangan Honda Accord satu persatu untuk bantu anda buat pilihan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kelebihan

Pemanduan lancar

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu 01

Sterengnya ringan, respon ‘throttle’ atau pecutan berperingkat, dan CVTnya menggerakkan kenderaan dengan cukup lancar. Pengalaman pemanduannya cukup relaks sehinggakan anda rasa anda nak pandu ‘chill chill’ saja.

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu 02

Ia membelok dengan cukup rata dan tenang. Kereta tak rasa begitu membuai seperti dalam Toyota Camry, dan penumpang anda pasti akan rasa cukup selesa berada dalam sedan Honda ini.

Ruang kaki yang luas

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu 03

Perkara biasa bagi semua kereta Honda moden, ruang yang luas dan praktikaliti ialah kekuatan mereka. Honda Accord cukup luas bagi penumpang dan ia terasa ketara sejurus selepas masuk ke dalam kabinnya. Penumpang di belakang boleh nikmati ruang kaki yang sangat cukup luas berbanding kereta lain.

Kalaulah anda mahu ruang kaki yang lagi luas daripada ini di dalam sebuah sedan, anda terpaksalah berbelanja lebih untuk sedan mewah yang mempunyai jarak roda panjang.

Kelengkapan penuh ADAS

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu 04

Varian tinggi 1.5 TC-P dilengkapi dengan suite penuh ADAS Honda Sensing. Semua terma-terma anda biasa dengar ada; seperti FCW, CMBS, LDW, LKAS, RDM, ACC, LSF, dan AHB.

Buat masa sekarang, ia adalah satu-satunya kereta dalam segmen ini yang dilengkapi dengan LSF (Low Speed Follow) untuk memudahkan pemandu memacu dan memberhentikan kereta apabila tersekat dalam kesesakan jalan raya.

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu 05

Tambahan pula, satu kelengkapan unik yang ada pada Accord ialah Honda LaneWatch yang menggantikan Blind Spot Monitor (pengesan titik buta) yang konvensional. Tapi, ia cuma ada di bahagian sebelah penumpang.

Kekurangan

Tidak begitu seronok untuk dipandu berbanding saingannya

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu 06

Seperti yang kami katakan tadi, sterengnya yang ringan terasa tak begitu ‘organik’ seperti stereng Toyota Camry. CVTnya juga tidak terasa begitu cepat/langsung seperti transmisi automatik biasa atau dwi-klac, tapi perkara ini biasa bagi jenis CVT.

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu 07

Walaupun ia mampu menjana kuasa lebih tinggi berjumlah 201 PS, pecutannya tak terasa begitu menolak seperti yang dijangkakan. Dalam ujian pecutan 0 – 100 km/jam yang kami lakukan, Honda Accord merekodkan masa 8.7 saat.

Rekodnya cukup bagus, tapi ia 0.6 saat lebih perlahan daripada Volkswagen Passat Elegance yang mempunyai kuasa kuda lebih rendah.

Tempat duduknya mungkin terlalu rendah bagi sesetengah orang

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu 08

Sama seperti Honda Civic, tempat duduknya dipasang pada ketinggian yang agak rendah. Mungkin ada yang rasa payah untuk keluar masuk kabin kereta ini, terutama sekali bagi warga emas.

Tahap bunyi kabin agak tinggi

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu 09

Gambar hanya untuk ilustrasi, bukan bacaan sebenar Accord

Ketika dipandu di lebuhraya, kami merekodkan bacaan tahap bunyi 69 dB apabila meluncur pada kelajuan 110 km/jam – 2 dB lebih tinggi daripada Toyota Camry. Toyota Vios segmen B pula mempunyai bacaan sama iaitu 69 dB.

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu 10

Tingkap hadapan dua lapisan. Tapi, tahap bunyi kabin masih lagi tinggi.

Walaubagaimanapun, kami ingin nyatakan yang kabinnya terasa lebih senyap dari bacaan yang kami dapat. Satu-satunya penjelasan yang kami ada ialah keberkesanan fungsi Active Noise Cancellation yang didatangkan dengan kereta ini mampu membatalkan tahap frekuensi yang sensitif dengan pendengaran kita.

Kesimpulan

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu 11

Honda Accord 2020 sangat selesa dan relaks untuk dipandu dan juga bagi penumpang, mempunyai ruang dalaman yang luas, dan ia juga dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi.

Tapi, ia tidak begitu seronok untuk dipandu berbanding pesaingnya, tempat duduknya dipasang rendah yang boleh menyukarkan proses keluar masuk kereta, dan ruang kabinnya bukanlah yang paling senyap berdasarkan bacaan yang diperolehi.

Jika anda mencari sebuah kereta yang menenangkan setelah seharian bekerja dan keluasan ruang dalaman juga menjadi keutamaan anda, Honda Accord boleh jadi pilihan terbaik anda. Nak rebiu penuh Honda Accord? Boleh klik pautan ini.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda