Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi?

Faisal · Oct 7, 2020 06:50 PM

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 01

Sewaktu Perodua Aruz dilancarkan pada Januari 2019, ramai yang menganggap bahawa ia bersaing dengan Proton X70.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 02

Untuk pengetahuan anda, Proton X70 berharga lebih tinggi berbanding Perodua Aruz dimana ia jelas dihasilkan untuk pasaran yang lebih premium.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 01

Sejak dilancarkan, Perodua Aruz merupakan antara kenderaan yang paling laris di Malaysia. Namun begitu, tiada benda yang sempurna. Kami akan merungkaikan kebaikan dan keburukan yang terdapat pada Perodua Aruz.

Kelebihan – Berbaloi

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 02

Secara umumnya, Perodua Aruz merupakan saudara kembar kepada Toyota Rush. Oleh itu, ia berkongsi pelbagai komponen termasuk tren kuasa dan susunan pacuan roda belakang. Ia turut dipasang di kilang yang sama di Rawang.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 03

Dengan harganya, Perodua Aruz memiliki pelbagai kelengkapan yang menarik.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 04

Varian tertinggi (1.5 AV) didatangkan dengan sistem bantuan pemandu A.S.A 2.0, perakam DVR, dan 6 beg udara. Dari segi multimedia, ia didatangkan dengan sistem navigasi dan Smart Link untuk Android.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 05

Walaupun varian tertinggi pada Toyota Rush didatangkan dengan amaran titik buta, amaran pelintas belakang, dan kamera 360-darjah, mereka berdua memiliki perbezaan harga sebanyak RM20,000.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 06

Bercakap mengenai ciri keselamatan, Perodua Aruz sebenarnya sudah cukup memadai jika dibandingkan dengan Honda BR-V yang hanya didatangkan dengan 2 beg udara. Tambahan pula, ciri kamera undur hanya didatangkan pada varian tertinggi (V). Perodua Aruz pula didatangkan secara standard dengan kamera undur dan 6 beg udara.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 07

Dari segi ciri praktikal, ruang di barisan ketiga masih boleh memuatkan penumpang dewasa bersaiz sederhana. Hal ini berikutan kerana kerusi di barisan kedua boleh dilaras untuk memberikan ruang yang ideal untuk barisan ketiga.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 08

Di samping itu, ia memiliki penyaman udara yang mencukupi untuk keselesaan penumpang di belakang.

Pemanduan Perodua Aruz di dalam bandar pula terasa mudah kerana stereng yang cukup ringan dan kebolehan untuk membuat pusingan yang sempit dengan radius pusingan sependek 5.2 meter. Angka ini jelas mengalahkan Honda BR-V (5.6 meter). Radius pusingan yang pendek juga memudahkan pemandu untuk meletakkan kenderaan di tempat parkir.

Kekurangan – Prestasi yang semput dan keselesaan yang sederhana

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 09

Perodua Aruz dikuasai oleh enjin 1.5L aspirasi natural seperti yang terdapat pada Toyota Rush. Ia menghasilkan 102 PS dan 133 Nm tork yang dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 10

Berdasarkan ujian kami, Perodua Aruz mencatatkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 15.7 saat.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 11

Walaupun berpacuan roda belakang, ia bukanlah sebuah BMW mahupun Toyota Supra.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 12

Untuk maklumat anda, Toyota Rush direka khusus untuk pasaran Indonesia dimana ia harus melalui permukaan jalan yang mencabar dan kasar. Namun begitu, ia bukanlah sebuah kenderaan 4WD seperti Perodua Kembara.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 13

Perodua Aruz dan Toyota Rush dibina berdasarkan platform ladder-frame. Platform ini terasa seperti trak dimana ia memiliki sifat yang kukuh dan keras.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 14

Sifat sebuah trak juga memberikan keselesaan yang sederhana kerana ia agak melompat-lompat. Namun demikian, pemanduan jarak jauh terasa tegap kerana ia memiliki tayar yang cukup lebar (profil 215). Namun begitu, pemanduan dalam bandar terasa kurang selesa kerana tayar yang lebar mempunyai lebih permukaan yang bersentuhan dengan ketidaksempurnaan jalan.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 15

Sebagai perbandingan, Honda BR-V mempunyai kualiti perjalanan yang lebih selesa kerana ia dibina berdasarkan platform kereta dan lebih rendah. Malah, ia terasa seperti kereta biasa.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 16

Dari segi penggunaan petrol, kami telah memandu sejauh 111 km yang merangkumi pemanduan dalam bandar dan lebuh raya.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 17

Perodua Aruz berupaya mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 7.5 liter / 100 km. Angka ini tidak berjauhan dengan angka rasmi oleh Perodua (6.4 liter / 100 km). Namun begitu, putaran enjin sebanyak 3,500 rpm pada kelajuan 110 km/j boleh meningkatkan penggunaan bahan api sekiranya memandu di lebuh raya pada jangka masa yang lama.

Sebagai perbandingan, Honda BR-V memiliki angka pengunaan bahan api yang serupa. Dalam dunia nyata, kami menjangkakan bahawa ia lebih baik daripada Perodua Aruz kerana ia dipadankan dengan transmisi CVT.

Konklusi

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 18

Perodua Aruz mungkin dianggap sebagai Toyota Avanza yang lebih bergaya. Hakikatnya, ia lebih daripada itu. Dengan 6 beg udara dan A.S.A 2.0, Perodua Aruz memiliki kelengkapan yang berbaloi dengan harganya.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 19

Sebagai SUV keluarga mampu milik, Perodua Aruz memiliki pakej yang lengkap. Ia memiliki ruang yang mencukupi dimana ia boleh memuatkan 7 penumpang.

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi? 20

Berbanding dengan Honda BR-V, Proton Exora, malah Perodua Alza, Perodua Aruz menawarkan pembelian yang cukup berbaloi walaupun ia bukanlah kenderaan yang paling selesa.

Jika dibandingkan dengan Mitsubishi Xpander pula, Perodua Aruz mungkin memiliki kelebihan dari segi nilai. Sememangnya kelebihan dari segi harga yang berpatutan tidak dapat dinafikan pada Perodua Aruz.

Namun demikian, keputusan pembelian terletak pada gerak hati dan fikiran anda. Selamat memilih!

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Perodua Aruz 1.5 X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru