window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi?

Haris · Jan 9, 2021 04:00 PM

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi? 01

Toyota Corolla Altis adalah sebuah sedan segmen C dengan rekaan yang lebih matang. Ini adalah haluan yang berbeza dengan pesaing rapat Honda Civic yang mensasarkan peminat dan pemandu yang lebih muda dan ranggi.

Kami telah mencuba Toyota Corolla Altis dan sangat kagum dengan keselesaan yang ditawarkan. Jadi, apakah kompromi yang kalau anda memilih keselesaan?

Kekurangan - Tak laju?

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bukan, Toyota Corolla Altis tidaklah terasa lelah kuasa (under power) langsung. Cuma jika dibandingkan dengan model pesaing iaitu Honda Civic dan Mazda 3 Sedan, Toyota Corolla Altis sedikit ketinggalan.

Ujian kami mendapati bahawa dalam ujian pecutan 0-100 km/j, Toyota Corolla Altis mencatatkan masa selama 11.4 saat berbanding pesaing-pesaing yang mencatatkan masa di bawah 10 saat.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi? 01

Enjin 1.8 liter NA mencatatkan output kuasa sebanyak 139 PS kuasa kuda dan 172 Nm tork. Sebagai perbandingan, bacaan kuasa yang dijana adalah yang paling rendah dalam kelasnya.

Kelebihan - Keselesaan pemanduan

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi? 02

Jika definisi kelajuan anda lebih konvensional dengan gaya pemanduan yang lebih matang, mungkin anda akan gembira dengan keselesaan pemanduan yang ditawarkan oleh Toyota Corolla Altis.

Pemanduan yang lebih relaks disebabkan oleh sistem suspensi yang lembut menyerap permukaan jalan dengan sangat baik. Malah, penumpang di tempat duduk belakang juga merasai manfaat ini.

Kekurangan - Tahap kebisingan kabin yang boleh diperbaiki?

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi? 03

Mazda 3 mempunyai tahap kebisingan kabin yang paling rendah manakala Honda Civic pula menyaingi tahap kebisingan kabin Toyota Corolla Altis.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi? 04

Sebagai perbandingan, Toyota Corolla Altis merekodkan bacaan sebanyak 69 dB berbanding 67 dB pada Mazda 3 sedan. Tugas-tugas peredaman bunyi pada bahagian enjin adalah baik tetapi punca sebenar adalah pada bahagian tayar.

Walaupun menggunakan tayar Michelin Primacy 4, tugas peredam bunyi pada bahagian tayar mungkin memerlukan sedikit perincian.

Kelebihan - Kendalian yang memuaskan

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi? 05

Toyota Corolla Altis menggunakan sistem suspensi double wishbone di bahagian belakang dan penyangga MacPherson di bahagian depan.

Setelah memandu Toyota Corolla Altis, casis dirasakan mampu mengendalikan output kuasa yang lebih tinggi. Kekurangannya adalah maklum balas stereng yang baik seperti yang terdapat pada Mazda 3 dan kendalian stereng yang lincah pada Honda Civic.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi? 06

Pemanduan di selekoh juga lebih memuaskan di samping pemanduan yang lebih lancar secara keseluruhan.

Kekurangan - Ruang simpanan yang sedikit

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi? 07

Antara kelengkapan terkini pada Toyota Corolla Altis adalah pengecas nirwayar dan sistem infotainment berskrin besar. Walaubagaimanapun, kami merasakan bahawa poket simpanan dalam kabin sedikit kecil.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi? 08

Konsol tengah tidak memberikan ruang yang besar di samping ruang poket simpanan pada pintu yang agak sederhana.

Kesemua ini jika dibandingkan dengan pesaing dalam kelasnya. Honda Civic mempunyai konsol tengah yang lebih besar dan Mazda 3 mempunyai glovebox dengan pembahagi terbina.

Kelebihan - Dynamic Cruise Control yang lancar dengan suite ADAS lengkap

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi? 09

Sebagai penambah perisa kepada tema keselesaan yang enak, Toyota Corolla Altis 1.8G turut dilengkapi dengan suite ADAS (Toyota Safety Sense) lengkap.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi? 10

Lebih menarik lagi adalah Kawalan Pemanduan Dinamik (Dynamic Cruise Control) yang lancar. Ia bergerak dengan lancar dalam keadaan trafik sesak dan boleh dikatakan yang terbaik dalam kelasnya.

Kesimpulan - ciri pemanduan apa yang lebih penting?

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi? 11

Cukup segala-galanya dalam aspek keselesaan, Toyota Corolla Altis 1.8G tidak mahu gaya yang matang dicemari dengan sikap pemanduan yang terburu-buru dan tergopoh-gapah.

Kita semua dapat melihat stereotaip ini di atas jalan raya pada 'pesaing terdekat' Corolla Altis.

Jika anda mempunyai gaya pemanduan yang matang, Toyota Corolla Altis sangat sesuai untuk anda. Anda ternyata mempunyai citarasa bangsawan dan tidak terikut-ikut dengan citarasa bawahan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda