window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City?

Mersita · Sep 17, 2020 11:00 AM

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 01

Oktober akan jadi bulan paling rancak setakat ini dengan banyak pelancaran kereta baru. Segmen B akan jadi segmen paling hangat nanti dengan kehadiran Honda City serba baharu dan Nissan Almera 2020.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 02

Kalau harganya ‘ngam’, Proton X50 boleh memakan jualan sedan juga.

Ini bermaksud Toyota Vios (sekali dengan VW Vento) menjadi antara model yang tidak diberi naik-taraf. Walaupun begitu, masihkah model ini mampu bersaing dengan yang serba baharu?

Kebaikan – Pemanduan lebih bagus dari jangkaan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau apa pun yang orang kata, Vios tetap kereta yang seronok untuk dipandu.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 01

Lembut dan matang antara ayat yang sesuai untuk gambarkan pemanduan sedan ini. Asalkan anda tak harapkan pemanduan seperti kereta lumba sebenar, anda pasti suka dengan keselesaan pemanduannya.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 02

Tindak balas pendikitnya bagus, dan breknya yang dikalibrasikan dengan baik memberi keyakinan dengan kuasa pemberhetian yang mencukupi.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 03

Semua ‘trim’ diberi brek cakera hadapan berventilasi. Varian E & G diberi cakera belakang juga.

Berbanding dengan generasi sebelumnya, sterengnya nyata lebih keras dengan ‘feel’ yang bagus. Kawalan kemudinya rasa lebih jelas dan anda tahu ke arah mana tayar hadapannya menuju.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 04

‘Feel’ stereng yang bagus.

Aspek ini amat bagus kerana anda akan rasa lebih yakin dengan pengendaliannya dan ini membuatkan pemanduan rasa lebih selesa.

Kebaikan – Perjalanan selesa bagi semua

Jangan risau, ia adalah kereta keluarga yang cukup selesa untuk pemandu dan juga penumpang.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 05

Tempat duduk selesa

Pengendaliannya bagus, tapi tidaklah begitu tajam. Suspensionnya lembut dan jika dipadankan dengan ‘feel’ stereng yang bagus, kereta ini rasa cukup selamat untuk dipandu.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 06

Kerusi hadapan dan belakang menawarkan sokongan hebat.

Jika anda pemandunya, anda akan berasa cukup selesa walau perjalanan jauh. Begitu juga dengan penumpangnya.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 07

1.5 liter NA, 107 PS dan 140 Nm

Satu lagi faktor kehebatan Vios ialah tren kuasanya. Pada 110 km/jam, enjinnya bergerak lancar pada hanya 1,900 rpm – satu angka yang bagus untuk kecekapan minyak, tahap bunyi rendah dan pastinya perjalanan selesa.

Kebaikan – Terbaik dalam kelasnya tapi ini bakal berubah tak lama lagi

Tahap keselamatannya lebih bagus kali ini.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 08

Vios didatangkan dengan 7 beg udara, kawalan keseimbangan (VSC) dan kawalan cengkaman (TC), ditambah lagi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dengan pembahagian kuasa brek elektronik (EBD) dan juga bantuan brek (BA).

Semua varian kecuali J asas diberi pengesan titik buta (BSM), tapi perkara ini juga menjadi masalah bagi ramai pemandunya…

Keburukan – Pengesan titik buta yang menjengkelkan

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 09

Kelengkapan ini berfungsi baik-baik saja, tapi ia terlalu ‘hyper’.

Bunyi amarannya yang agak bingit bertujuan untuk memberi amaran bagi objek tersembunyi. Tapi, ia berbunyi setiap kali anda gunakan signal – walaupun tak ada apa-apa yang perlu dielakkan.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 10

Lama-kelamaan anda akan biasa dengan bunyi tersebut, tapi ia menjejaskan kesenyapan kabin.

Keburukan – Kekurangan ruang yang boleh digunakan

Lima orang boleh duduk dengan selesa, tapi lebih dari itu pasti ada yang merungut.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 11

Ruang simpanan di ‘armrest’ tengah-tengah. Dompet panjang mungkin tak muat.

Ada lapan pemegang cawan (satu di setiap pintu, sepasang di konsol tengah-tengah, ‘armrest’ tengah dan belakang).

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 12

Muat-muat botol susu kecil

Ruang simpanan lain – seperti yang ada pada pintu, kotak sarung tangan dan ‘armrest’ tengah – agak kecil.

Ruang simpanan di tempat-tempat yang anda mahukan agak kurang. Contohnya, di ruang tengah dan konsol tengah. Tiada tempat untuk menyimpan item-item kecil seperti kad parkir - hanya ada dua pemegang cawan di hadapan.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 13

Pemegang cawan tersebut pasti dah penuh jika anda letakkan satu telefon bimbit dan dompet.

Kekurangan – Sempit sedikit bagi penumpang tinggi

Selain daripada ruang simpanan kecil, ruang di belakang jadi satu lagi isu.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 14

Lihat bagaimana kepala Shaun sangat rapat dengan siling kabin.

Ya, tempat duduknya memang selesa dan ruang lutut cukup luas untuk kereta bersaiz ini. Tapi, jika anda mempunyai ketinggian lebih kurang 177cm keatas, kepala anda pasti akan terkena siling kabin.

Kesimpulan

Walaupun pesaingnya yang diperbaharui akan muncul tak lama lagi, Vios masih boleh bertahan setakat ini.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 15

Kiri ke kanan: facelift Filipina dan Thailand.

Melihat bagaimana Toyota telah memberi naik-taraf pada Vios di negara lain, kita hanya perlu tunggu Vios di pasaran kita diberi naik-taraf yang sama – menyeimbangkan saingan dalam pasaran sedan segmen B.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Vios – masih boleh lawan Nissan Almera 2020 dan Honda City? 16

Yaris Ativ (Vios) spesifikasi Thailand yang difacelift

Jangan risau, Toyota Vios yang terkini masih lagi satu pilihan yang bagus – terutama sekali jika anda ambil kira promosi yang sedang berlangsung oleh UMW Toyota Motor.

Promosi Toyota Vios 2019
Varian Harga tanpa SST (sehingga 31 Dis 2020) Kelayakan (total RM 5,800)
1.5 J RM 76,101

Rebat tunai: RM 4,000

Aerokit: RM 1,800

1.5 E RM 80,074

Rebat tunai: RM 1,000

Aksesori (termasuk aerokit dan sistem penjejakan kenderaan): RM 4,800

1.5 G RM 86,132

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda