window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kejam, penunggang penghantar e-bike belasah wanita gara-gara dijerit 'oi'

Khairil ยท Jun 26, 2022 02:00 PM

 

Kejam, penunggang penghantar e-bike belasah wanita gara-gara dijerit 'oi' 01

Entah apa yang difikirkan, seorang lelaki yang juga penunggang penghantar e-bike tergamak membelasah seorang wanita gara-gara dijerit perkataan 'oi'.

Insiden menakutkan itu dilaporkan berlaku di Singapura pada 14 Jun lalu dengan serangan itu membuatkan wanita berkenaan, Shen Mu Zhi, 48 tahun menderita akibat patah tulang hidung, lebam selain giginya retak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kejam, penunggang penghantar e-bike belasah wanita gara-gara dijerit 'oi' 01

Shen Mu Zhi. Sumber imej: Shin Min

Menceritakan pengalamannya memetik laporan akhbar Shin Min, Mu Zhi berkata ketika kejadian, dia mendapat pesanan makanan dan dalam perjalanan untuk menghantarnya ke blok kediamannya.

Dan ketika berada di kawasan pintu masuk berdekatan kawasan tempat letak kereta terbuka, seorang penunggang penghantar makanan yang juga menunggang e-bike bergerah laju ke arahnya melepasinya di sebelah kanan.

Juga baca: Pembeli di Singapura makin terseksa, 'geran' COE kereta besar di sana kini cecah RM 320k!

Kejam, penunggang penghantar e-bike belasah wanita gara-gara dijerit 'oi' 02

Gambar hiasan. Sumber: The Business Times

"Dia hampir melanggar saya jadi saya secara spontan menjerit 'oi'. Saya tidak dapat mendengar apa yang dia balas dengan jelas dan meneruskan tugas menghantar makanan," katanya.

Apabila dia menyudahkan kerjanya dan kembali kira-kira tiga minit kemudian, Mu Zhi tidak menjangka lelaki berkenaan sedang menunggunya di bawah bangunan berkenaan.

Kejam, penunggang penghantar e-bike belasah wanita gara-gara dijerit 'oi' 03

Gambar hiasan. Sumber: The Business Times

Apa yang mengejutkan, belum sempat Mu Zhi membuka mulutnya, lelaki berkenaan tanpa sebarang tanda bertindak menumbuk bahagian kiri mukanya dan selepas lima tumbukan, dia kemudian melarikan diri.

Susulan itu, Mu Zhi menghubungi pihak polis dan dibawa ke hospital menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap polis mengesahkan laporan mengenai insiden berkenaan sudah pun dibuat dan siasatan sedang berjalan.

Juga baca: Kenapa orang Singapura lebih rela isi minyak kereta di Malaysia? Sejak bila trend ini bermula?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda