Kejap, Honda N7X Concept BUKAN pengganti Honda BR-V tetapi model SUV yang lebih besar?

Haris · May 4, 2021 04:30 PM

Kejap, Honda N7X Concept BUKAN pengganti Honda BR-V tetapi model SUV yang lebih besar? 01

Honda N7X Concept baru sahaja dipertontonkan namun khabar angin mengatakan bahawa model konsep dari Honda ini berkemungkinan bakal menjadi model Honda BR-V generasi ketiga. Walaubagaimanapun, kenyataan ini jauh panggang dari api.

Kejap, Honda N7X Concept BUKAN pengganti Honda BR-V tetapi model SUV yang lebih besar? 02

Hal ini kerana Yusak Billy, pengarah Business, Innovation and Sales & Marketing di PT Honda Prospect Motor telah menjelaskan bahawa Honda N7X Concept ini lebih panjang, lebih lebar, dan lebih tinggi jika dibandingkan dengan model sedia ada seperti Honda Mobilio atau Honda BR-V.

Kejap, Honda N7X Concept BUKAN pengganti Honda BR-V tetapi model SUV yang lebih besar? 01

"Kajian yang mendalam telah dijalankan untuk mengetahui bagaimana orang Indonesia menggunakan kenderaan dan apa yang diharapkan pada sebuah kenderaan.

"Hal ini kerana, ternyata bagi rakyat Indonesia, kenderaan bukan hanya sekadar kenderaan tapi ia dijadikan rumah kedua.

Kejap, Honda N7X Concept BUKAN pengganti Honda BR-V tetapi model SUV yang lebih besar? 02

Ciri awal yang dapat dilihat: Honda LaneWatch (atas) dan butang kunci (bawah)

"N7X ini masih lagi sebuah konsep jadi kami masih belum dapat berkongsi lebih perincian tentang perancangan model ini. Apa yang jelas adalah model ini dibangunkan oleh Honda sebagai SUV 7 penumpang dengan kajian khusus di Indonesia. Kita tunggu saja di GIIAS, akan ada kejutan baru yang lain," tegas Yusak.

GIIAS (GAIKINDO Indonesia International Auto Show) 2021 adalah pameran automotif tahunan Indonesia yang bakal berlangsung pada 12 - 22 Ogos 2021.

Kejap, Honda N7X Concept BUKAN pengganti Honda BR-V tetapi model SUV yang lebih besar? 03

Sebagai rujukan, Honda BR-V adalah SUV 7 penumpang yang menjadi produk ketiga yang dibangunkan oleh pasukan R&D Honda Asia Pasific berdasarkan Honda Mobilio, MPV 7 penumpang yang juga dibangunkan oleh pasukan yang sama.

Kejap, Honda N7X Concept BUKAN pengganti Honda BR-V tetapi model SUV yang lebih besar? 04

gambar dengan skala manusia

Dengan posisi Honda HR-V generasi baharu yang menjurus ke arah produk premium dan lebih mahal, Honda mungkin memerlukan sebuah model SUV segmen B yang baharu untuk mengisi tempat yang ditinggalkan HR-V. Lebih menarik lagi, situasi Honda Jazz - Honda City hatchback mungkin berlaku pada Honda HR-V dan Honda N7X Concept ini.

Bacaan Lanjut:

Honda N7X concept dipertontonkan - SUV 7 penumpang ini adalah Honda BR-V serba baharu?

Honda Indonesia acah model baru, Honda BR-V generasi ketiga bakal debut global?

Honda pindah kilang India ke Indonesia, petanda Honda WR-V bakal menyusul ke ASEAN?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru