window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kejap, Perodua Ativa lagi selamat daripada BMW 3 Series? Biar betul?

Faisal · May 10, 2021 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi, Perodua lebih selamat daripada sebuah BMW? Pelik kan. Tetapi ada penjelasannya.

Kejap, Perodua Ativa lagi selamat daripada BMW 3 Series? Biar betul? 01

Menurut Ketua Pengarah Malaysia Institute of Road Safety Research (MIROS) yang juga selaku Setiausaha Agung ASEAN NCAP, keutamaan penilaian NCAP di rantau yang berlainan seperti Australia NCAP mahupun Euro NCAP adalah berbeza.

Juga bacaMIROS bakal siapkan litar ujian ADAS sepanjang 1 km menjelang Jun 2021

Setiap dari mereka mempunyai matlamat untuk menyelesaikan masalah tempatan, iaitu membendung isu kemalangan jalan raya di rantau masing-masing.

Kejap, Perodua Ativa lagi selamat daripada BMW 3 Series? Biar betul? 02

Kembar Ativa, Toyota Raize juga mendapat 5 bintang untuk JNCAP.

Sebagai contoh, Japan NCAP mempunyai masalah lalu lintas. Disebabkan itu, separuh daripada markah penilaiannya adalah berkenaan lalu lintas. Rantau ASEAN pula dengan isu motosikal. Disebabkan itulah ASEAN NCAP meletakkan fokus kepada penilaian yang melibatkan motosikal.

Kejap, Perodua Ativa lagi selamat daripada BMW 3 Series? Biar betul? 03

Berkenaan BMW 3 Series yang disebutkan tadi, ia sebenarnya mendapat penarafan NCAP sebanyak 5 bintang di Eropah. Cumanya, spesifikasi yang terdapat di pasaran kita tidak begitu bertepatan dengan piawaian ASEAN NCAP.

Kejap, Perodua Ativa lagi selamat daripada BMW 3 Series? Biar betul? 04

Misalnya, amaran pemakaian tali pinggang untuk penumpang depan tidak didatangkan langsung. Selain itu, kerusi kanak-kanak untuk sedan eksekutif kompak itu juga sukar untuk dipasang. Disebabkan itu, ASEAN NCAP yang mengutamakan kedua-dua aspek ini hanya memberikan markah sebanyak 4 bintang sahaja.

Kejap, Perodua Ativa lagi selamat daripada BMW 3 Series? Biar betul? 05

Oleh itu, pastikan anda membeli kereta yang mendapat penarafan ASEAN NCAP, seeloknya 5 bintang.

Kejap, Perodua Ativa lagi selamat daripada BMW 3 Series? Biar betul? 06

Sekarang ini, Kementerian Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pengangkutan dan juga MIROS telah mewajibkan setiap kereta baru di bilik pameran untuk melampirkan keputusan ASEAN NCAP masing-masing.

Kejap, Perodua Ativa lagi selamat daripada BMW 3 Series? Biar betul? 07

Menariknya, ia dinilai berdasarkan varian paling mampu milik kerana setiap pengguna berhak mendapat perlindungan keselamatan yang terbaik.

Untuk lebih jelas, ikuti perincian rakan kami di Careta.my.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda