window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V

Mersita · Jan 21, 2021 08:00 PM

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 01

Toyota Corolla Altis dahulu pernah mengecap kemuncak masa kegemilangannya. Jumlah jualan bukan saja terjejas di Malaysia, tapi juga di Thailand dimana Toyota sepatutnya jadi salah satu raja di pasaran negara itu.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 02

Gambar: Aounrangsit Taxi Company

Malah, walaupun setelah mengambil kira jualan barisan Corolla Altis kepada syarikat-syarikat teksi Bangkok yang terkenal, lebih separuh daripada pasaran sedan segmen C di Thailand masih didominasi oleh Honda Civic.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 03

Walau tanpa jualan teksi, Honda Civic berjaya merekodkan 2 kali lebih jualan (jualan terkumpul, 2020) berbanding Corolla Altis di Thailand, yang juga pasaran terbesar di rantau ini bagi Corolla Altis

Ini merupakan satu perubahan besar dari 20 tahun yang lalu, pada ketika Corolla Altis mendominasi pasaran sedan pada awal era 2000-an. Corolla Altis pada masa itu menjadi kereta kegemaran ramai tanpa mengira usia. Iklan TV ‘Break Into Style’ yang memaparkan Brad Pitt serta soundtrack ‘Shake Your Bon Bon’ yang dinyanyikan Ricky Martin jadi sangat-sangat popular di Asia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia juga merupakan yang paling moden dalam kelasnya, dimana ialah yang pertama untuk mengenalkan 'variable valve timing' (VVT-i) dan kawalan penstabilan elektronik (VSC). Ia teramatlah popular ketika itu sampaikan Corolla Altis diberi gelaran "kereta paling banyak kena curi" di Malaysia.

Hebat, bukan? Tapi, apa yang menyebabkan kejatuhannya? Tak banyak faktor pun sebenarnya, dan Toyota pun macam tak risau sangat dengan penurunan jualan Corolla Altis. Mereka hanya perlu melihat angka jualannya pada konteks tertentu dan ‘see the bigger picture’.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 01

Seperti yang ramai dah sedia maklum, konsumer masa kini beralih minat dan selera dari sedan ke SUV, dan situasi yang sama juga berlaku di Thailand. Peralihan minat konsumer dari Corolla Altis sememangnya boleh dijangka, terutama sekali oleh Toyota sendiri, dan satu jalan penyelesaian sudahpun ditemui – iaitu dengan Corolla Cross.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 02

Honda HR-V pastinya bukanlah kereta crossover yang pertama, tapi ialah crossover yang paling berjaya pada tahap permulaan dalam fasa peralihan ini – sekurang-kurangnya bagi rantau ini

Sekumpulan kecil pembeli-pembeli yang masih berminat dengan sedan pastinya akan lebih terdorong kepada kereta yang tampak lebih ‘muda’ seperti Civic. Tak dapat disangkal lagi, Civic sememangnya satu produk yang sangat hebat.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 03

Generasi Civic FC yang terkini sekarang sudah memasuki tahun kelima berada di pasaran Malaysia, tapi jumlah jualannya masih ‘kencang’ dan rancak. Tiada sebab kukuh bagi Honda untuk menggantikan Civic dalam masa terdekat ini.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 04

Walaupun Honda Civic 2021 generasi terbaru akan mula dijual di AS tahun ini, wajar jika kita debatkan kalaulah model generasi baru ini akan berjaya menyaingi standard tinggi yang sudahpun dicapai oleh model FC sekarang, yang masih lagi kereta terbaik secara keseluruhannya dalam kelasnya.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 05

Namun, kita harus ambil kira yang pasaran sedan segmen C bukanlah pasaran yang besar. Ruangnya cukup hanya untuk satu ‘raja’ dan Toyota tak berminat pun untuk berebut mengaut keuntungan dengan Honda semata-mata untuk bergelar "No.1" di dalam satu segmen yang semakin senyap dan tenggelam. Oleh itu, mereka harus mengalah sajalah kepada Honda dalam aspek ini.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 06

Sedangkan Civic menonjolkan penggayaan fastback yang ‘sleek’, Corolla Altis pula mengekalkan penggayaan ‘3-box’ yang tradisional

UMW Toyota Motor pun sudah tak berminat untuk memasang Corolla Altis secara CKD di Malaysia, hanya mengimpotnya dari Thailand walaupun cara ini akan menaikkan harga kereta disebabkan oleh cukai eksais yang dikenakan keatasnya.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 07

Hakikat yang jualan Corolla Altis di berterusan menurun di Thailand mengesahkan keputusan UMW Toyota Motor; yang persaingan ini tidak berbaloi untuk disungguhkan. Kenapa nak buang masa sedangkan pasaran segmen itu pun semakin tenggelam?

Oleh itu, daripada mereka belanjakan lagi duit bagi membangunkan sebuah sedan untuk berebut dengan Honda Civic di dalam pasaran yang semakin mengecil, Toyota melabur dana mereka untuk Corolla Cross pula.

Corolla Altis akan kekal dijual dalam jangkamasa yang lama lagi, tapi sasaran penggunanya akan lebih menjurus kepada pembeli korporat (pembelian dalam kuantiti banyak) selain daripada pembeli persendirian.

Video pemasaran di bawah menunjukkan usaha Toyota Motor Thailand bagi memposisikan semula/mengukuhkan kedudukan Corolla Altis sebagai produk yang berkait rapat dengan rakyat marhaen. Para guru, doktor di hospital awam, dan sebagainya – untuk mengatakan yang ia adalah kereta yang praktikal untuk kegunaan harian.

Walaupun di Thailand, Toyota takkan melabur duit bagi usaha merebut pasaran dengan Civic. Secara amnya, Toyota hanya mahu bersaing di gelanggang yang berbaloi bagi mereka; contohnya bagi pasaran SUV yang semakin membesar dan mendapat lebih perhatian dari pembeli.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 08

Data yang dikumpul oleh headlightmag.com, untuk Oktober 2020

Sejak Toyota Corolla Cross dilancarkan di Thailand, jumlah jualan bagi Honda HR-V telah menurun lebih kurang 50 peratus. Purata jualan bulanan bagi Corolla Cross hampir 3 kali lebih banyak daripada Honda HR-V. Sebaliknya, Honda Civic juga berjaya terjual 3 kali lebih banyak daripada Toyota Corolla Altis.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 09

Tak perlulah difikirkan yang HR-V ialah SUV segmen B yang dibina berdasarkan Honda City/Jazz manakala Corolla Cross pula berdasarkan Corolla Altis segmen C (melainkan daripada ‘double wishbone suspension’ untuk ruang kabin lebih luas, sesuatu yang tiada pada Corolla Altis).

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 10

Hakikatnya, kedua-dua model ini sememangnya disaingkan dengan sengit antara satu sama lain.

Kebanyakan crossover adalah model terbitan dari model lain. Ini bermaksud yang asal-usulnya boleh saja dari hasil campuran seperti yang kami pernah jelaskan di sini. Malah, pengilang kereta itu sendiri tidak berfikir dari segi platform kenderaan berkenaan.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 11

Dengan TNGA, Corolla Cross pastinya lebih selesa dan mempunyai pengendalian (‘handling’) yang lebih bagus daripada HR-V

Perkara yang penting ialah sasaran pelanggan sesebuah produk, dan HR-V serta Corolla Cross pastinya disaingkan untuk menyasarkan kumpulan pembeli yang sama.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 12

Toyota tak ada jawapan kukuh bagi Honda CR-V di rantau ini kerana melainkan Malaysia (dan mungkin juga Singapura), negara-negara jiran kita yang lain pastinya akan memilih tak lain tak bukan, iaitu Toyota Fortuner.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 13

RAV4 bagi Malaysia hanyalah langkah ‘stop-gap’ semata-mata dan memandangkan ia diimpot dari Jepun, ia takkan dapat dijual pada harga yang kompetitif bagi menyaingi Honda CR-V.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 14

Pada perspektif berbeza pula, ini juga bermaksud yang pembangunan Corolla Cross dilakukan dengan sangat berhati-hati bagi menyesuaikannya dengan pembeli di rantau ini. Hakikat yang Corolla Cross diperkenalkan secara global di Thailand menunjukkan yang ia sudahpun ada sasaran pengguna yang jelas.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 15

Corolla Cross akan menjadi pelancaran paling penting bagi UMW Toyota Motor pada tahun 2021. Model ini akan dipasang secara tempatan di kilang syarikat tersebut di Bukit Raja.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 16

Spesifikasinya akan lebih kurang sama dengan model di Thailand. Ini bermaksud varian hibrid 1.8 liter mungkin akan ditawarkan bersama-sama dengan enjin 1.8 liter ‘naturally aspirated’ Dual VVT-i.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 17

Harga bagi Corolla Cross yang dipasang tempatan (CKD) belum lagi diumumkan, tapi kita boleh jangkakan yang varian 1.8 liter ‘naturally aspirated’ itu akan ditawarkan pada titik harga di antara Honda HR-V 1.8 liter/1.5 liter hibrid (RM 104,000 – RM 118,581) dengan Subaru XV 2.0 liter (RM 117,788 - RM 137,788). Varian hibridnya barangkali akan dijual pada harga yang mahal sedikit. Harga-harga yang dinyatakan tak termasuk SST, sah sehingga 30 Jun 2021.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 18

Rancangan awalnya ialah model ini akan dilancarkan sekitar suku kedua tahun ini. Tapi, memandangkan situasi COVID-19 sangat sukar untuk dijangka dan ditambah pula dengan PKP yang menjejaskan pusat pasaran penting, pihak Toyota sendiri pun tak pasti bila model ini akan dilancarkan.

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V 19

Lihat perbezaan antara iklan pemasaran Corolla Cross dibawah dengan iklan Corolla Altis, mesej pengiklanan gaya hidupnya berbeza.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda