window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda?

Haris Β· May 9, 2021 02:00 PM

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 01

Honda CR-V pernah meniti hari-hari yang lebih baik dari sekarang. Graf populariti SUV segmen C ini sedikit susut akibat kehadiran Proton X70 sejak 5 tahun belakangan ini justeru Honda Malaysia telah menaik taraf model ini sebaik-baiknya untuk kekal kompetitif.

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika ini, Honda CR-V berada dalam generasi ke 5 yang dilancarkan pada tahun 2017 dan baru-baru ini dikemaskini dengan model facelift pada tahun 2020. Pembaharuan ini juga menyaksikan penurunan harga sekitar RM 5k - RM 13k berbanding harga model pra-facelift.

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 01

Kelebihan:

  • Ruang dan praktikaliti terbaik 
  • Penggunaan minyak rendah
  • Mesra pengguna

Kekurangan:

  • Bukan produk premium
  • Kurang lincah
  • Tahap keselesaan biasa

Jika anda sedang mempertimbangkan Honda CR-V facelift 2021 yang baharu, berikut adalah sedikit sebanyak tentang perkara yang kami suka pada SUV ini.

Kelebihan: Ruang dan praktikaliti terbaik

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 02

Aspek ruang sememangnya menjadi tunjang utama bagi Honda CR-V sejak dari generasi awal model ini. Lupakan 3 bola tenis yang selalu menjadi had maksimum kami, Honda CR-V boleh memuatkan sehingga 4 bola tenis pada ruang kaki dan 1 bola tenis pada ruang kepala. Untuk keselesaan, ia juga mempunyai pengecas USB dengan corong udara belakang.

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 03

Malah, kapasiti but belakang sebesar 522 liter paling besar dalam kelasnya (1,084 liter jika kerusi dilipat) untuk adalah suatu epitome kepada tahap ruang dan praktikaliti SUV ini. Untuk model facelift 2021 ini, ia telah ditambah baik dengan fungsi bukaan tanpa sentuh (handsfree powered tailgate). Mudah, kan?

Kelebihan: Kos pemilikan rendah

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 04

Kadar penggunaan minyak adalah yang terbaik dalam kelasnya. Dalam pandu uji dunia nyata, ia mencatatkan sekitar 8.9 L / 100 km, walaupun meter maklumat mencatatkan bacaan yang lebih tinggi. Untuk perbandingan, ini adalah bacaan terbaik antara Proton X70, Volkswagen Tiguan dan Mazda CX-5.

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 05

Enjin bersesaran 1.5 liter turbo TC-P juga adalah antara enjin bersesaran paling rendah dalam segmennya. Sekurang-kurangnya, ia sedikit menjimatkan jika dibandingkan dengan beberapa pesaing lain yang menggunakan enjin 2.0 liter ke atas. Justeru itu, kos pemilikan yang rendah adalah salah satu kelebihan Honda CR-V ini.

Kelebihan: Mesra pengguna

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 06

Secara ideal, Honda CR-V mensasarkan pengguna yang menaik taraf daripada sedan ke SUV. Perincian kecil seperti konsol tengah yang sangat besar dan minimal membantu peralihan daripada sedan ke SUV dengan lebih lancar. Kesemua butang dan fungsi yang ada mudah difahami dan tidak memerlukan tempoh pembelajaran yang lama.

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 07

Ia hadir dengan skrin infotainment 7-inci dengan pautan Android Auto dan Apple CarPlay. Penggunaan pautan peranti pintar ini boleh diakses pada butang kawalan stereng dan navigasi antara muka pada panel meter pemandu. Honda CR-V juga mempunyai span kecil pada bahagian lutut untuk baris hadapan untuk merehatkan kaki anda. Menarik, kan?

Kekurangan: Bukan produk premium

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 08

Kurang rekaan estetik, lebih kepada fungsi

Honda CR-V facelift 2021 kekal dengan tema SUV keluarga walaupun selepas 5 generasi. Walaupun kabin dalaman disudahi dengan komponen kayu pada bahagian papan pemuka dan pintu, perincian ini tidak dapat dibandingkan dengan kabin dalaman Proton X70 dan Mazda CX-5 yang jauh lebih premium.

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 09

Rekaannya juga lebih fungsi dari estetik. Pelanggan yang mementingkan imej lebih baik memilih Proton X70 dan Mazda CX-5. Tak setuju? Boleh google 'artis beli X70' dan bandingkan dengan 'artis beli CR-V'.

Kekurangan: Kurang lincah

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 10

Jangan marah dulu, secara teknikalnya ia tidaklah under-powered (lelah kuasa). Tujahan kuasa masih cukup untuk membawa 5 penumpang dengan mudah (193 PS) namun respons pendikit tidak begitu pantas, sesuai dengan karakter CVT. 

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 11

Secara teknikal, Honda CR-V yang dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo T-CP perlu mengangkut berat badan seberat 1.6 tan. Itu pun belum dikira dengan berat penumpang. Honda CR-V mempunyai kuasa kuda yang mencukupi tetapi tork yang paling rendah dalam kelasnya (243 Nm).

Kekurangan: Tahap keselesaan biasa

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 12

Sejujurnya, ia bukanlah suatu kekurangan yang besar tetapi melihat kepada pesaing seperti Proton X70, Volkswagen Tiguan dan Mazda CX-5 yang benar-benar mencari kesempurnaan dari segi keselesaan, Honda CR-V terasa ketinggalan dalam aspek ini. Berita baiknya, model facelift ini dilengkapi dengan fungsi Active Noise Cancelling yang mengurangkan hingar dalam kabin.

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 13

Turut dilengkapi oleh video papan pemuka dashcam

Sistem suspensi tidaklah terasa keras namun ia cukup untuk dilanyak dengan sedikit agresif tanpa sebarang kerisauan. Talaan ini memberi kelebihan apabila membawa lebih penumpang dan muatan namun bukanlah suatu keselesaan yang diidamkan sekiranya anda di-chauffeur. Namun kalau untuk keluarga, memang sangat sesuai!

Kesimpulan

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 14

Honda CR-V facelift ini mampu memenuhi tuntutan keluarga anda namun ia mungkin tidak mampu memenuhi nafsu pemanduan individu. Jika anda masih lagi seorang pemandu yang belum matang, bernafsu dengan nombor plat 'fancy' dan kurang sabar ketika memandu, disyorkan untuk kekal dengan sedan anda.

Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda? 15

Jika sifat bertanggungjawab sudah menebal dalam diri anda di samping memandu pun asyik teringat orang tersayang, jadikan Honda CR-V sebagai SUV pertama anda. Ianya agam, sedap dibawa dengan penumpang penuh dan masih lagi praktikal untuk aktiviti rutin seharian anda.

Bacaan Lanjut:

Rebiu: Honda CR-V facelift 2021 - Turun harga RM 13k, fungsi dipertingkat, apa tunggu lagi?

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai?

Honda CR-V facelift 2021 – dari RM140 ribu, LaneWatch untuk semua varian!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda