Proton Iriz adalah antara model Proton yang mengujakan dari zaman pra-Geely dan masih diteruskan hingga kini. Model ‘pengganti’ kepada Proton Satria ini terkenal dengan kendalian pemanduan yang mantap dalam kalangan peminat sukan permotoran.
Kemaskini pertama ditawarkan pada tahun 2017. Proton mengurangkan tahap kebisingan, gegaran dan kekerasan (NVH) dengan mengurangkan jumlah pautan enjin (engine mounting) dari empat ke tiga, kemas kini ekzos yang ditala semula dan penggunaan bahan penebat bunyi yang lebih baik.
Selepas itu pada tahun 2019, Proton memperkenalkan kemas kini yang lebih komprehensif untuk Proton Iriz. Kali ini merangkumi bahagian luar yang direka semula dan diperbaharui dengan kluster meter baru serta head unit kawalan suara tahap asas.
Kelebihan - Pengendalian pemanduan yang mantap
Jika dibandingkan dengan seteru utama Perodua Myvi, Proton Iriz mempunyai pengalaman pemanduan yang jauh lebih mantap. Stereng mempunyai berat yang sesuai dan memberikan respons yang banyak walaupun menggunakan stereng kuasa elektrik (EPS). Pendek kata, kendalian pemanduan yang mantap adalah tepat dengan Proton Iriz ini.
Pasukan Proton Ride & Handling melakukan tugas yang terpuji pada Proton Iriz. Bukan setakat Perodua Myvi, Proton Iriz mampu menandingi saingan yang berharga dua kali ganda dengan mudah. Proton Iriz menawarkan pemanduan yang lancar walaupun melalui jalan raya yang mencabar dan aspek inilah yang sukar ditandingi oleh pesaing segmen lain.
Selain itu, tempat duduk Proton Iriz jauh lebih baik berbanding Perodua Myvi. Tempat duduk dan penyandar belakang agak pendek bagi pemandu dewasa yang agak tinggi sekaligus menjadikannya kurang selesa bagi sesetengah orang. Masalah ini langsung tidak dirasai pada Proton Iriz.
Kekurangan - Transmisi CVT
Sesetengah pengguna mungkin tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Ya, tak semua CVT itu teruk. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah menggunakan transmisi CVT lancar seperti yang terdapat pada Toyota atau Subaru. Proton Saga generasi baharu juga sudah move on dari transmisi CVT ini.
Antara kekurangan transmisi CVT ini adalah tersengguk-sengguk ketika bergerak dalam keadaan lalu lintas lampu isyarat, kurang lancar dan kadangkala gagal. Terdapat juga sedikit sela penukaran gear apabila pedal minyak ditekan. Ia lambat beralih ke rpm yang lebih tinggi untuk memberikan tork maksimum pada tahap 4,000 rpm dengan 4 orang penumpang dewasa.
Kesimpulan
Sebagai sebuah hatchback segmen B yang mantap dipandu, transmisi CVT merosakkan sedikit sebanyak pengalaman pemanduan secara keseluruhan. Walaubagaimanapun, masih ramai yang merasakan perkara tersebut hanyalah kekurangan kecil untuk sebuah hatchback pada harga tersebut.
Namun begitu, terdapat sinar harapan bagi mereka yang masih berbelah bahagi dengan transmisi tersebut. Proton Persona dan Proton Iriz kedua-duanya telah diintip dengan samaran baru-baru ini.
Bagaimana pula jika Proton Iriz mengikut jejak langkah Proton Saga generasi baru yang menggugurkan transmisi CVT untuk transmisi automatik 4AT? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT
Upgrade
Add your car
Komen