window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kelebihan dan Kekurangan: Proton Persona – Pengendalian yang rapi tetapi dengan CVT yang lembab?

Faisal · Oct 2, 2020 07:45 PM

Kelebihan dan Kekurangan: Proton Persona – Pengendalian yang rapi tetapi dengan CVT yang lembab? 01

Proton Persona ialah salah satu kereta keluarga yang seronok untuk dipandu. Dengan harga yang rendah, ia sesuai untuk pengguna yang tidak ingin berbelanja tinggi untuk menikmati pemanduan yang sedap. Ditambah pula dengan ruang but yang cukup luas, ia mampu menampung sejumlah muatan dalam satu masa yang sama. 

Kelebihan dan Kekurangan: Proton Persona – Pengendalian yang rapi tetapi dengan CVT yang lembab? 02

Untuk pengetahuan anda, Proton Persona telah menjadi salah satu kenderaan yang paling laris sejak ia dikemaskini pada tahun 2019. Namun begitu, tiada benda yang sempurna. Begitu juga dengan Proton Persona.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kelebihan – Keseimbangan dari segi pengendalian dan keselesaan

Kelebihan dan Kekurangan: Proton Persona – Pengendalian yang rapi tetapi dengan CVT yang lembab? 01

Masihkah anda ingat akan Proton Waja? Ia merupakan sedan Proton pertama yang menerima Ride and Handling daripada Lotus. Sentuhan ini kemudiannya diterapkan dalam pemahaman sendiri oleh jurutera tempatan.

Kelebihan dan Kekurangan: Proton Persona – Pengendalian yang rapi tetapi dengan CVT yang lembab? 02

Tanpa sebarang keraguan, reputasi Proton dalam memberikan pengendalian dan keselesaan yang jitu masih kekal dalam Proton Persona. Permukaan jalan yang kasar dan berlubang diuruskan dengan agak baik.

Sewaktu mengambil sekeloh pula, Proton Persona turut memiliki cengkaman yang baik. Namun begitu, terdapat sedikit gulungan badan (body roll) kerana ia mempunyai pusat graviti yang tinggi. Hal ini tidak menghairankan kerana ia memiliki ketinggian yang luar biasa untuk sebuah sedan (Proton Persona dibina berdasarkan Proton Iriz).

Kelebihan dan Kekurangan: Proton Persona – Pengendalian yang rapi tetapi dengan CVT yang lembab? 03

Dengan harga RM 54,000 untuk varian tertinggi 1.6 Premium, Proton Persona sangat berbaloi untuk dibeli memandangkan ia turut memiliki pelbagai kelengkapan. Antaranya ialah sistem infotainment dengan kawalan suara “Hi Proton”, 6 beg udara, saiz but yang luas, kamera undur, dan pengesan halangan parkir di hadapan dan belakang.

Kelebihan dan Kekurangan: Proton Persona – Pengendalian yang rapi tetapi dengan CVT yang lembab? 04

Dari segi ergonomik, melihat ke luar tidak menjadi satu bebanan kerana ia memiliki permukaan cermin yang luas. Oleh itu, pemanduan dalam bandar tidak menjadi masalah.

Kekurangan – Transmisi CVT yang cukup bising

Kelebihan dan Kekurangan: Proton Persona – Pengendalian yang rapi tetapi dengan CVT yang lembab? 05

Transmisi CVT Punch yang terdapat pada Proton Persona masih bising walaupun telah dikemaskinikan. Tidak cukup dengan bunyi operasi transmisi yang bising, papan pemuka turut memberikan beberapa bunyi yang tidak kemas.

Kelebihan dan Kekurangan: Proton Persona – Pengendalian yang rapi tetapi dengan CVT yang lembab? 06

Di samping itu, transmisi ini terasa tidak lancar dan lambat untuk bertindak apabila pedal minyak ditekan. Tidak cukup dengan itu, ia turut meraung walaupun dengan input minyak yang sedikit.

Kesimpulan

Kelebihan dan Kekurangan: Proton Persona – Pengendalian yang rapi tetapi dengan CVT yang lembab? 07

Proton Persona memiliki pakej yang cukup menarik dengan harga yang ditawarkan. Ia memiliki pemanduan dan keselesaan yang cukup mantap. Namun demikian, transmisi CVT Punch perlu dimansuhkan kerana ia tidak bagus sama sekali. Menariknya, Proton telah mengetahui akan isu ini.

Kelebihan dan Kekurangan: Proton Persona – Pengendalian yang rapi tetapi dengan CVT yang lembab? 08

Kita telah melihat intipan dan telah membuat spekulasi bahawa kemaskini seterusnya akan menerima transmisi 4-kelajuan automatik seperti yang terdapat pada Proton Saga.

Kelebihan dan Kekurangan: Proton Persona – Pengendalian yang rapi tetapi dengan CVT yang lembab? 09

Kami telah melampirkan kebaikan dan keburukan transmisi CVT dan automatik convensional. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan yang lebih terperinci, ikuti video pandu uji kami mengenai Proton Persona di bawah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda