window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kembali hangat, Polis sokong cadangan MIROS guna plat, lesen pada basikal

Khairil ยท Dec 29, 2020 01:30 PM

Kembali hangat, Polis sokong cadangan MIROS guna plat, lesen pada basikal 01

Isu membabitkan penggunaan plat dan lesen terhadap penunggang basikal kembali hangat apabila cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu mendapat sokongan pihak Polis.

Ketua Penolong Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Bakri Zainal Abidin, dalam satu laporan media menjelaskan langkah berkenaan tepat pada waktunya berikutan populariti aktiviti berbasikal yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ketika ini.

Kembali hangat, Polis sokong cadangan MIROS guna plat, lesen pada basikal 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Cadangan untuk melesenkan basikal dan memberikan nombor plat sebenarnya adalah idea yang hebat kerana ia turut hadir dengan perlindungan insuran.

"Lebih daripada itu, polis dapat menjalankan siasatan yang lebih terperinci dan memudahkan orang ramai berkaitan dengan tuntutan sivil," katanya.

Kembali hangat, Polis sokong cadangan MIROS guna plat, lesen pada basikal 01

Mengulas lanjut, Bakri berkata, plat pendaftaran atau 'tag' adalah serupa seperti yang diamalkan di negara maju seperti Belanda dan Jepun serta menambah cadangan berkenaan perlu diperhalusi lebih mendalam.

Kembali hangat, Polis sokong cadangan MIROS guna plat, lesen pada basikal 02

Sumber imej: Days of Light

“Jika ada bukti video daripada pengguna jalan raya terhadap penunggang basikal melanggar undang-undang jalan raya, kami perlu menjejaki suspek.

“Tanpa nombor plat atau pendaftaran, pasti amat sukar untuk kami melakukan perkara berkenaan," kata Bakri yang dipetik menerusi rancangan bual bicara RTM, Selamat Pagi Malaysia, baru-baru ini.

Turut difahamkan, cadangan berkenaan turut mendapat sokongan pegawai-pegawai tertinggi di Jabatan Trafik Bukit Aman.

Kembali hangat, Polis sokong cadangan MIROS guna plat, lesen pada basikal 03

Sumber imej: The Classic & Antique Bicycle Exchange

Difahamkan juga, cadangan berkenaan adalah bertujuan untuk menyusun pangkalan data mengenai jumlah basikal dan penunggang basikal termasuk perincian pemiliknya.

Pada September lalu, Ketua Pengarah MIROS, Dr Khairil Anwar Abu Kassim menyatakan institut sedang mengkaji mengkaji keperluan melakukan pendaftaran dan pelesenan basikal dengan tujuan meningkatkan keselamatan jalan raya.

Kembali hangat, Polis sokong cadangan MIROS guna plat, lesen pada basikal 04

Sumber imej: Bicycle Dutch - WordPress.com

Begitupun, cadangan itu mendapat bantahan pelbagai pihak.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menolak cadangan berkenaan dan berkata ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum merangka polisi berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Dato Seri Reezal Merican Naina Merican turut menolak idea berkenaan dengan menegaskan aktiviti sukan budaya bersenam tidak patut dilesenkan.

Kembali hangat, Polis sokong cadangan MIROS guna plat, lesen pada basikal 05

Sumber imej: Easy E-biking

Kira-kira 50 tahun lalu, beberapa negeri seperti Pulau Pinang melaksanakan undang-undang berkenaan di bawah undang-undang kecil kerajaan negeri, yang mewajibkan pemilik membayar plat nombor basikal mereka.

Perkembangan terbaru, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, pihaknya akan menggandakan operasi pemantauan terhadap pengguna basikal di sekitar pusat pentadbiran kerajaan di sini.

Kembali hangat, Polis sokong cadangan MIROS guna plat, lesen pada basikal 06

Sumber imej: Traveling & Cycling - WordPress.com

Begitupun, tindakan berkenaan tidak membabitkan sebarang mengeluarkan sebarang saman berikutan masih di peringkat memberi pendidikan dan bimbingan kepada pengguna.

Berdasarkan rekod, sejak Januari sehingga Oktober tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 137 kes kemalangan membabitkan aktiviti berbasikal di jalan raya.

Kembali hangat, Polis sokong cadangan MIROS guna plat, lesen pada basikal 07

Daripada jumlah itu, sebanyak 56 kes membabitkan kematian, 18 cedera parah dan 63 cedera ringan.

Penunggang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu, Seksyen 79(2) akta sama kerana gagal mematuhi papan tanda lalu-lintas dan Seksyen 112(3) akta sama kerana melakukan mana-mana kesalahan berbasikal.

Sumber: freemalaysiatoday, Harian Metro

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda