window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kembali 'panas', Honda Click (Vario) 160 dengan rekaan baharu, eSP+, 4 Injap, bakal dilancar hujung tahun ini!

Khairil ยท Oct 20, 2021 01:00 PM

Kembali 'panas', Honda Click (Vario) 160 dengan rekaan baharu, eSP+, 4 Injap, bakal dilancar hujung tahun ini! 01

Satu perkhabaran menarik diperoleh daripada laporan media automotif serantau apabila Honda Click atau dikenali Honda Vario di negara ini yang menggunakan enjin lebih berkuasa berkemungkinan besar dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Bakal dikenali sebagai Honda Click 160 atau Vario 160, model berkenaan dikatakan bakal menerima naik taraf signifikan bukan saja dari sudut trenkuasa, malah reka bentuk dan peningkatan ciri-ciri termasuk keselamatan.

Juga baca: Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kembali 'panas', Honda Click (Vario) 160 dengan rekaan baharu, eSP+, 4 Injap, bakal dilancar hujung tahun ini! 01

Sumber imej: motosaigon.vn

Tampil sebagai model skuter 'Sporty' dari Honda untuk mencabar populariti Yamaha NVX 155 atau Aerox 155, Honda Vario 150 menjalankan tanggungjawab dengan baik dan menjadi antara 'best seller' Honda di rantau ini.

Tetapi hakikatnya, ia tidak berupaya mengatasi kehebatan pesaingnya itu di beberapa negara terutama dari sudut reka bentuk atau ciri-ciri canggih dimiliki satu lagi jenama Jepun itu.

Kembali 'panas', Honda Click (Vario) 160 dengan rekaan baharu, eSP+, 4 Injap, bakal dilancar hujung tahun ini! 02

Justeru, kehadiran Honda Click 160 serba baharu ini mungkin adalah jawapan kepada persoalan berkenaan.

Mengikut laporan berkenaan, Honda Click 160 seperti namanya akan menggunakan trenkuasa baharu seperti yang digunakan model Honda PCX 160 iaitu enjin bersesaran 156.93 cc dengan teknologi eSP+, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, SOHC dan 4 Injap.

Juga baca: Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia?

Kembali 'panas', Honda Click (Vario) 160 dengan rekaan baharu, eSP+, 4 Injap, bakal dilancar hujung tahun ini! 03

Berdasarkan spesifikasi PCX 160, kuasa yang dihasilkan motosikal ini mencapai angka 16 Hp pada 8,500 rpm manakala tork 15 Nm pada 6,500 rpm. 

Sebagai perbandingan, model Vario sedia ada datang dengan enjin 149.30 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, SOHC dan 2 Injap dengan kuasa dihasilkan adalah 13 Hp pada 8,500 rpm dan tork 13.4 Nm pada 5,000 rpm.

Kembali 'panas', Honda Click (Vario) 160 dengan rekaan baharu, eSP+, 4 Injap, bakal dilancar hujung tahun ini! 04

Honda PCX 160

Selain trenkuasa, reka bentuk Honda Click 160 juga akan mengalami perubahan besar-besaran dan dikatakan bakal tampil lebih moden dan sporty.

Ciri-ciri lain yang dipertingkatkan dan amat dialu-alukan ialah ia akan dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bagi varian tertinggi. 

Juga baca: Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8.8k

Kembali 'panas', Honda Click (Vario) 160 dengan rekaan baharu, eSP+, 4 Injap, bakal dilancar hujung tahun ini! 05

Begitupun, bagi memastikan harganya tidak 'meroket', ciri-ciri seperti sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) - ada pada PCX 160 dan 'anti-free wheel' mungkin tidak diberikan oleh Honda.

Kembali 'panas', Honda Click (Vario) 160 dengan rekaan baharu, eSP+, 4 Injap, bakal dilancar hujung tahun ini! 06

Selepas kehadiran Honda Click 160, sudah pasti beberapa model aras mula lain akan mengikuti jejak sama termasuk Honda Winner X atau bakal dikenali RS-X di Malaysia serta ADV 150 namun semuanya masih lagi menjadi rahsia oleh Honda.

Sumber: Greatbiker

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda