window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris!

Khairil ยท May 21, 2021 11:59 AM

Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris! 01

Khabar angin mengenai Kawasaki sedang membangunkan 'Sportbike' Ninja ZX-4R bukan sesuatu yang baharu namun ia seakan 'senyap' seketika sejurus syarikat itu melancarkan Ninja ZX-25R dua tahun lalu.

Juga baca: Kawasaki Ninja ZX-25R versi 'naked' dilancar hujung tahun 2021?

Menggunakan trenkuasa bersesaran 400 cc, Kawasaki Ninja ZX-4R dikatakan akan menggunakan teknologi sama seperti Ninja ZX-25R yang hadir dengan enjin 4-Silinder Sebaris selain teknologi yang canggih.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris! 01

an selepas sekian lama tiada khabar berita mengenai pembikinannya, satu laporan di Jepun, baru-baru ini kembali menghangatkan dua permotoran antarabangsa dengan menyatakan syarikat Jepun itu ketika ini sedang membangunkan sebuah lagi jentera dengan teknologi serupa.

Memetik laporan media automotif terkemuka Jepun, Young Machine, ia menyatakan Kawasaki sedang membangunkan satu lagi model 4-Silinder Sebaris bersesaran 400 cc yang dipercayai Ninja ZX-4R.

Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris! 02

Ninja ZX-25R

Sebagai info, sebelum pelancaran Ninja ZX-25R pada 2019 lalu, ramai yang menjangkakan jentera yang sedang dibangunkan Kawasaki ketika itu adalah Ninja ZX-4R dan ia ternyata meleset.

Juga baca: Kawasaki Ninja 250 2021 dikemaskini dengan dua warna baharu di Indonesia

Berbalik kepada Ninja ZX-4R, selain datang dengan enjin 4 'dapur', ia dikatakan akan 'menyedut' segala ciri-ciri dan teknologi premium dan canggih yang dimiliki adiknya ZX-25R selain hadir dengan kuasa lebih mengagumkan iaitu sekitar 70 ke 80 Hp.

Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris! 03

Berdasarkan spesifikasi, ia akan memperoleh segala spesifikasi premium seperti yang dimiliki jentera 'aras tinggi' jenama berkenaan antaranya teknologi ride-by-wire, Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS) dan Power Mode yang membolehkannya turut beraksi dengan baik di litar lumba.

Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris! 04

Kawasaki Ninja 400

Dari sudut tunggangan, ia akan dibekalkan dengan fork depan jenis terbalik (USD), suspensi belakang monoshock horizontal, klac Assist & Slipper (A&S), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), lampu LED penuh dan sebagainya.

Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris! 05

Ninja ZX-25R

Begitupun apa yang dapat dipastikan, harga jentera ini tidak akan murah dengan di pasaran Indonesia, Kawasaki Ninja ZX-25R saja dijual pada tanda harga Rp 98,850,000 (RM 28,473) bagi varian standard. Dan perlu diingat, jangan harap ia datang pada harga yang serupa apabila ia tiba di Malaysia.

Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris! 06

Ninja ZX-25R

Bagi rakyat Malaysia pula, mereka tampaknya seperti sudah 'penat' menunggu kehadiran Kawasaki Ninja ZX-25R seperti yang mereka luahkan di laman sosial syarikat berkenaan. Sebagai pengguna, harapnya ada sinar di hujung terowong.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda