window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk!

Faisal · Apr 25, 2021 12:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun begitu, Swift Sport dan juga Jimny yang bakal tiba bukanlah model Suzuki yang tunjang. Kedua-dua model ini lebih kepada senjata untuk mengimarakkan semula jenama Suzuki di Malaysia, bukan untuk jualan yang hangat.

Juga bacaSAH! Suzuki kembali semula di Malaysia, Swift Sport & Jimny bakal tiba, pelancaran pertama bulan April!

Untuk lebih berjaya, Naza Eastern Motors perlu membawa masuk model Suzuki yang mampu dibeli dan diminati oleh ramai.

Tanpa melengahkan masa, mari kita tinjau apa lagi model yang ada dalam jenama Suzuki.

Suzuki XL7 – MPV ranggi ala SUV yang boleh jadi laku

Asal: Indonesia

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 01

Suzuki XL7 sebenarnya sebuah Suzuki Ertiga tetapi versi SUV. Ia diibarat seperti Honda BR-V yang mana ia adalah versi SUV untuk Honda Mobilio.

Disebabkan itu, ia mempunyai beberapa elemen SUV. Contohnya seperti bampar depan yang lebih ranggi, fender yang lebih menonjol, dan ciri rel bumbung. Kelegaan tanah juga dinaikkan sebanyak 20 mm hasil ubah suai spring dan absorber.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 02

Di pasaran seperti Thailand, Indonesia, dan Filipina, Suzuki XL7 bersaing terus dengan Mitsubishi Xpander Cross. Perkara ini sama seperti Suzuki Ertiga yang berlawan terus dengan Mitsubishi Xpander.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 03

Memandangkan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) berjaya mendapat tempahan lebih dari 9,300 unit untuk Xpander, tidak menjadi masalah untuk Suzuki XL7 diperkenalkan ke tanah air.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 04

Dari segi harga, Suzuki XL7 bermula dari IDR 224,050,000 - IDR 259,200,000 (~RM 63k – RM 73k). Julat harga begini sebenarnya lebih murah daripada Xpander Cross yang berharga dari IDR 276,500,000 - IDR 299,500,000 (~RM 78k – RM 84k).

Suzuki Ertiga – Ertiga yang berjenama 'ori'

Asal: Indonesia

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 05

Nama Ertiga tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Kalau anda masih ingat, inilah satu-satunya produk oleh hasil kerjasama Proton dengan Suzuki.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 06

Berbanding model yang sebelumnya, Suzuki Ertiga generasi baharu ini dibangun berasaskan platform Heartect. Pada masa yang sama, ia hadir dengan enjin 1.5L yang baru untuk menggantikan unit 1.4L yang terdahulu. Walaupun bilangan beg udaranya masih dua, generasi ini tetap lengkap dengan ciri kawalan kestabilan.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 07

Di Indonesia, Suzuki Ertiga berharga dari IDR 199,400,000 - IDR 241,350,000 (~RM 56k – RM 68k).

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 08

Kalau Ertiga biasa nampak hambar, pembeli boleh memilih Suzuki Ertiga Sport. Varian yang sporty ini ditawarkan dengan harga IDR 242,850,000 ke IDR 252,650,000 (~RM 68k – RM 71k).

Suzuki Ignis – Hatchback ala SUV yang comel

Asal: India

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 09

Suzuki Ignis generasi kedua membuat debut rantau di Indonesia pada tahun 2017. Model facelift pula diperkenalkan pada tahun 2019. Untuk maklumat anda, Suzuki Ignis yang dijual di Indonesia sebenarnya diimport dari India.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 10

Enjin K12M 1.2L aspirasi natural 4 silinder yang didatangkan pada hatchback comel ini menghasilkan 83 PS dan 113 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui pilihan transmisi 5 kelajuan manual ataupun Automated Transmission (Suzuki memanggilnya Auto Gear Shift).

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 11

Dari segi keselamatan, Suzuki Ignis dilengkapkan ciri brek ABS dan dua beg udara di depan. Beg udara tepi dan kawalan kestabilan tidak didatangkan sama sekali.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 12

Di Indonesia, Suzuki Ignis dijual dengan harga IDR 175,500,000 ke IDR 204,500,000 (~RM 50k – RM 58k).

Suzuki Baleno – sekiranya Swift tak cukup premium

Asal: India

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 13

Walaupun macam tidak pernah dengar, Suzuki Baleno sebenarnya agak popular di luar negara, terutamanya di India. Dalam hierarki, ia berada di atas Suzuki Swift.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 14

Bergantung pada pasaran, Suzuki Baleno turut dijenamakan semula ke Toyota Glanza ataupun Starlet.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 15

Untuk pengetahuan anda, Suzuki Baleno dilancarkan di Indonesia pada tahun 2017 sebelum model facelift beransur pada Disember 2019. Dari segi keselamatan, Baleno spec Indonesia hadir dengan ciri brek ABS dan dua beg udara.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 16

Hatchback yang lebih premium ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.4L (K14B) aspirasi natural yang menghasilkan 92 PS dan 130 Nm tork. Hembusan kuasa ini diuruskan oleh transmisi automatik 4 kelajuan ataupun manual 5 kelajuan.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 17

Sumber: AutoFun.

Di Indonesia, Suzuki Baleno berharga dari IDR 235,000,000 hingga IDR 245,700,000 (~RM 67k – RM 70k).

Suzuki S-Cross – kemunculan Suzuki yang hilang?

Asal: India

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 18

Menariknya, Suzuki S-Cross adalah antara model terakhir yang dilancarkan oleh pengedar Suzuki di Malaysia sebelum ini, kira-kira tahun 2014.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 19

Pada tahun 2017, S-Cross facelift diperkenalkan secara global tetapi Malaysia dipinggirkan. Model facelift ini dilancarkan di Indonesia pada lewat tahun 2017 sebagai model CBU dari India.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 20

Uniknya, ia dikuasakan oleh enjin 1.5L (M15A) yang terdapat pada Suzuki Swift generasi ZC21S. Pilihan transmisi di Indonesia termasuklah manual 5 kelajuan ataupun automatik 4 kelajuan.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 21

Model ini didatangkan di Indonesia dengan harga IDR 302,000,000 ke IDR 317,000,000 (~RM 86k – RM 90k).

Suzuki Swift – kembalinya hatchback yang seronok untuk dipandu?

Asal: Thailand

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 22

Senarai ini tidak akan lengkap tanpa Suzuki Swift. Lagipun, setakat dua generasi yang kita perolehi sebelum ini, sambutannya cukuplah hangat.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 23

Tidak seperti Ertiga dan XL7 yang dipasang di Indonesia, Suzuki Swift sebenarnya dibuat di Thailand dan dikesport dari situ. Antara pasaran eksport yang lain ialah Filipina dan Vietnam.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 24

Sama seperti Ertiga, Suzuki Swift dibangunkan berasaskan platform Heartect. Disebabkan itu, berat hatchback segmen B ini berada dalam julat 875 kg ke 910 kg sahaja.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 25

Dari segi teknikal, ia dikuasakan oleh enjin petrol 1.2L aspirasi natural yang menghasilkan 83 PS dan 108 Nm tork. Hembusan tenaga ini dipadankan dengan transmisi CVT. Walaupun jumlah kuasa ini tidak seberapa, perlu diingatkan bahawa hatchback yang cilik ini cukup ringan.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 26

Di Thailand, Suzuki Swift dijual dengan harga THB 557,000 ke THB 629,000 (~RM 73k – RM 82k).

Suzuki Ciaz – Saingan Honda City dan Toyota Vios?

Asal: Thailand

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 27

Kalau anda nak tahu, Suzuki Ciaz adalah jawapan Suzuki untuk program Eco Car di pasaran Thailand. Ia bersaing terus dengan Toyota Yaris Ativ, Honda City, Nissan Almera, Mazda 2 Sedan, dan Mitsubishi Attrage.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 28

Menjadi sebuah Eco Car, Suzuki Ciaz dikuasakan oleh enjin petrol 1.2L (K12B) aspirasi natural yang menghasilkan 91 PS dan 118 Nm tork. Kuasa yang memadai ini diuruskan oleh transmisi manual 5 kelajuan ataupun automatik jenis CVT. Untuk pengetahuan anda, kadar penggunaan minyak Suzuki Ciaz mampu capai serendah 5 liter/100 km (20 km/l) dibawah kitaran uji NEDC R101.

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 29

Walaupun dengan rupa paras yang segak, sedan segmen B ini hanya terjual sebanyak 3,047 unit sahaja pada tahun lepas. Prestasi jualan ini jauh di belakang pesaing seperti Honda City (35,807 unit), Toyota Yaris Ativ (20,337 unit), dan Nissan Almera (19,008 unit).

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk! 30

Jadi diantara kesemua model Suzuki yang ada di rantau ini, model mana yang anda rasa Naza Eastern Motors patut bawa masuk?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda