window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kembar Alza, Toyota Veloz dengan Toyota Safety Sense mendapat skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP

Zamil Syaheer · Mar 24, 2022 08:00 PM

Kembar Alza, Toyota Veloz dengan Toyota Safety Sense mendapat skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP 01

Toyota Veloz 2022 ialah model Toyota pertama yang diuji di bawah protokol ASEAN NCAP 2021 – 2025 yang lebih ketat, yang kini turut merangkumi penilaian untuk brek kecemasan autonomi (AEB) serta pemantauan titik buta.

Model yang diuji ialah Toyota Veloz pasaran Indonesia yang dikeluarkan pada 2021, dengan ujian kesan hadapan dan sisi dijalankan di makmal Japan Automobile Research Institute (JARI).

Kembar Alza, Toyota Veloz dengan Toyota Safety Sense mendapat skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun Veloz mendapat skor 5 bintang secara keseluruhan, ia berada pada julat pemarkahan yang rendah untuk penarafan tersebut.

Kembar Alza, Toyota Veloz dengan Toyota Safety Sense mendapat skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP 01

Dalam perlindungan penghuni dewasa, Veloz mendapat 27.90 poin (maksimum 32 poin). Perlindungan untuk kecederaan di bahagian dada pemandu pula hanya sedikit sahaja dalam kedua-dua perlanggaran kesan hadapan dan sisi.

Kembar Alza, Toyota Veloz dengan Toyota Safety Sense mendapat skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP 02

Perlindungan penghuni kanak-kanak pula cukup baik, dengan skor 16 poin maksimum untuk perlindungan hentaman hadapan dan 8 poin bagi sisi, walaupun Veloz kehilangan beberapa  poin dengan pemasangan tempat duduk kanak-kanak di tengah-tengah barisan kedua.

Kembar Alza, Toyota Veloz dengan Toyota Safety Sense mendapat skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP 03

AEB, yang Toyota rujuk sebagai Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), sebahagian daripada rangkaian bantuan pemanduan Toyota Safety Sense (TSS), melepasi semua keperluan ASEAN NCAP. Namun begitu, PCS Veloz tidak mendapat poin maksimum kerana tiada pengesanan pejalan kaki, dan ciri ini tidak tersedia sebagai standard.

Pengesanan titik buta juga memuaskan.

Kembar Alza, Toyota Veloz dengan Toyota Safety Sense mendapat skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP 04

Toyota Veloz ialah varian yang lebih tinggi daripada Toyota Avanza, yang garis keturunannya kini telah dibahagikan kepada dua.

Di Malaysia, penjualan Toyota Avanza telah dihentikan dan bakal digantikan oleh Toyota Veloz tidak lama lagi.

Baca juga: Toyota Avanza ‘tarik belakang’ dihentikan di Malaysia; Veloz ‘tarik depan’ akan dilancarkan tidak lama lagi?

Kembar Alza, Toyota Veloz dengan Toyota Safety Sense mendapat skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP 05

Berbeza dengan Avanza yang diimport dari Indonesia (CBU) sebelum ini, model gantian generasi ketiga berlencana Veloz ini akan dikeluarkan oleh Perodua, bersama Perodua Alza 2022 D27A serba baharu.

Baca juga: HANGAT: Perodua: 2 facelift dan 1 model baharu akan datang, Perodua Alza 2022 serba baharu disahkan!

Kembar Alza, Toyota Veloz dengan Toyota Safety Sense mendapat skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP 06

Avanza / Veloz generasi ini juga akan menghentikan penggunaan transmisi pacuan roda belakang automatik 4-kelajuan model sebelumnya untuk pacuan roda hadapan automatik jenis CVT yang lebih jimat bahan api.

Enjin akan kekal sama – blok aluminium 2NR-VE 1.5 liter Dual VVT-i 4-silinder, enjin yang sama yang memacu Toyota Vios dan Toyota Yaris, dan juga Perodua Myvi, walaupun dengan akhiran 2NR-FE yang berbeza.

Kembar Alza, Toyota Veloz dengan Toyota Safety Sense mendapat skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP 07

The Toyota Avanza's siblings. D27A 2022 Perodua Alza to mirror Daihatsu Xenia's styling

UMW Toyota Motor dijangka melancarkan Toyota Veloz 2022 pada separuh kedua 2022.

Baca juga: UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Veloz 1.5 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda