window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kembar Ativa; Daihatsu Rocky dan Toyota Raize akan dilancarkan di Indonesia hari ini!

Mersita · Apr 30, 2021 11:59 AM

Kembar Ativa; Daihatsu Rocky dan Toyota Raize akan dilancarkan di Indonesia hari ini! 01

Sebahagian daripada perkongsian antara Toyota dan Daihatsu, Indonesia akan menyaksikan pelancaran Toyota Raize dan Daihatsu Rocky di negara itu hari ini.

Kembar Ativa; Daihatsu Rocky dan Toyota Raize akan dilancarkan di Indonesia hari ini! 02

Risalah yang terbocor di internet menyatakan enjin 1.2 liter akan dipadatkan di dalam varian asas, dan varian GR Sport juga akan diperkenalkan.

Bagi pasaran Indonesia, duo ini akan diberi dua pilihan enjin. Pilihan pertama adalah enjin petrol 1.0 liter berpengecas turbo dengan 3 silinder (1KR-VET) yang menjana kuasa 98 PS dan tork 140 Nm. Enjin kedua pula ialah enjin baru; 1.2 liter beraspirasi natural (NA) dengan 3 silinder yang mampu menjana 88 PS dan 112 Nm.

Baca juga: Bocor! Enjin 1.2 liter NA baharu untuk Raize-Rocky jadi petanda model baru Toyota-Daihatsu akan menyusul?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun Rocky dan Raize pasaran Jepun serta Ativa di Malaysia cuma ada kotak gear jenis CVT, duo bagi pasaran Indonesia ini diberi pilihan kotak gear manual 5 kelajuan. Tombol gear ini boleh didapati di dalam Rocky dan Raize varian spesifikasi bawahan dan tengah, namun bukan untuk GR Sport.

Kembar Ativa; Daihatsu Rocky dan Toyota Raize akan dilancarkan di Indonesia hari ini! 01

Khabar tentang pilihan Toyota Raize GR Sport di Indonesia agak mengujakan. Namun, perbezaannya dengan varian lain kebanyakannya hanyalah dari aspek kosmetik merangkumi ‘body kit’ di sekitar badan kereta, stiker dan lencana GR Sport, serta rim 17 inci dengan kemasan hitam berkilat. Raize GR-S juga ditambah dengan ‘paddle shifters’.

Kembar Ativa; Daihatsu Rocky dan Toyota Raize akan dilancarkan di Indonesia hari ini! 02

Raize GR-S iaitu varian spesifikasi paling tinggi ditambah lagi dengan suite ADAS Toyota Safety Sense (TSS) – hampir sama dengan suite ADAS Smart Drive Assist di dalam Perodua Ativa.

Baca juga: Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!

Kembar Ativa; Daihatsu Rocky dan Toyota Raize akan dilancarkan di Indonesia hari ini! 03

Tetapi, ia bukan untuk Indonesia sahaja

Kembar Ativa; Daihatsu Rocky dan Toyota Raize akan dilancarkan di Indonesia hari ini! 04

Raize dan Rocky mempunyai rekaan jeriji hadapan yang berbeza

Menurut Yoichi Miyazaki, Ketua Pegawai Eksekutif Toyota Motor Corporation Rantau Asia berkata yang Toyota Raize buatan Indonesia itu akan diekspot ke hampir 50 negara di seluruh dunia.

Toyota dan Daihatsu akan melancarkan Raize dan Rocky hari ini, oleh itu nantikan pengumumannya!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda