window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kembar Perodua Axia tak laku di Afrika, kedudukan jualan Toyota Agya hanya di tangga 23/50

Faisal Β· Jan 3, 2023 02:00 PM

Kembar Perodua Axia tak laku di Afrika, kedudukan jualan Toyota Agya hanya di tangga 23/50 01

Selain Indonesia, kembar Perodua Axia yang ada di pasaran lain iaitu Toyota Agya turut dieksport ke pasaran Afrika Selatan.

Model ini sebenarnya sudah ada di pasaran sana sejak akhir 2020 dan ia menggantikan Toyota Agyo. Kalau anda nak tahu, pesaing di benua tersebut terdiri daripada Kia Picanto, Hyundai Grand i10, VW Polo Vivo dan Renault Kwid.

Kembar Perodua Axia tak laku di Afrika, kedudukan jualan Toyota Agya hanya di tangga 23/50 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apapun, menurut laporan IOL Motoring, Toyota Agya di Afrika Selatan pada November lalu hanya terjual sebanyak 585 unit. Sebagai perbandingan, jualan hatchback segmen A ini pada Oktober sebelumnya hanya setakat 395 unit dan 594 unit pada September lepas.

Kembar Perodua Axia tak laku di Afrika, kedudukan jualan Toyota Agya hanya di tangga 23/50 01

Malah dari segi kedudukan jualan, ia hanya berada di tangga 23 daripada 50 teratas. Untuk pengetahuan anda, kereta paling laku di Afrika selatan untuk November 2022 adalah Toyota Hilux (3,048 unit), diikuti dengan Toyota Corolla Cross (2,109 unit), Ford Ranger (1,979 unit), Toyota Hiace (1,944 unit) dan Suzuki Swift (1,759 unit).

Kembar Perodua Axia tak laku di Afrika, kedudukan jualan Toyota Agya hanya di tangga 23/50 02

Kalau dilihat secara menyeluruh, perkara ini mungkin disebabkan oleh usia produk itu sendiri yang mana teknologi yang dilengkapkan adalah dari tahun 2014. Malah, kelengkapan sistem bantuan keselamatan ADAS pun tiada. Yang ada hanya brek ABS, beg udara dan kawalan kestabilan.

Di Afrika Selatan, Toyota Agya ditawarkan bermula 196,100 rand (~RM 50.8k) ke 215,600 rand (~RM 55.8k).

Juga baca: Spekulasi: Perodua Axia baharu D74A debut Feb 2023 - 6 beg udara, D-CVT dan DNGA!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda