window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kemelut 'rider' p-hailing wajib lesen GDL, persatuan bantah, banyak lagi isu lain!

Khairil ยท Aug 10, 2022 12:00 PM

Kemelut 'rider' p-hailing wajib lesen GDL, persatuan bantah, banyak lagi isu lain! 01

Ketika ini, heboh arena p-hailing apabila kerajaan melakukan pindaan tiga akta pengangkutan menyaksikan penunggang motosikal khidmat penghantaran akan diwajibkan memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL).

Menurut Kementerian Pengangkutan, GDL amat penting kerana ia membolehkan kementerian itu mengawal selia ekonomi gig dengan baik.

Kemelut 'rider' p-hailing wajib lesen GDL, persatuan bantah, banyak lagi isu lain! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi mengikut Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), syarat berkenaan sebenarnya membebankan penghantar atas pelbagai sebab.

Juga baca: Lambakan syarikat p-hailing, 'income' penunggang penghantar jadi susut?

Kemelut 'rider' p-hailing wajib lesen GDL, persatuan bantah, banyak lagi isu lain! 01

Presiden PENGHANTAR, Zulhelmi Mansor. Sumber - Utusan

Antara yang diutarakan oleh Presiden PENGHANTAR, Zulhelmi Mansor memetik laporan BHarian adalah:

  • Karenah birokrasi kerana Motosikal penghantar p-hailing akan diwajibkan menjalani proses pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
  • Motosikal penghantar akan dikategorikan sebagai kenderaan perdagangan dan akan menyebabkan kos penghantar menjadi lebih tinggi kerana membabitkan Polisi Insurans Kenderaan Perdagangan.
  • Motosikal penghantar p-hailing juga akan mengalami susut nilai apabila hendak dijual semula.
  • Proses untuk menukar semula status kenderaan perdagangan ke status kenderaan peribadi adalah rumit.

Kemelut 'rider' p-hailing wajib lesen GDL, persatuan bantah, banyak lagi isu lain! 02

Mengulas kata-kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menyatakan GDL penting untuk kementerian itu mengawal ekonomi gig p-hailing dengan baik, Zulhelmi tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

"Industri sektor ekonomi gig p-hailing adalah sebuah industri pekerjaan bebas dan fleksibel, serta tidak mengganggu industri sektor lain seperti sektor ekonomi gig e-hailing yang mengganggu eko-sistem industri teksi dan kereta sewa.

Kemelut 'rider' p-hailing wajib lesen GDL, persatuan bantah, banyak lagi isu lain! 03

"Kerajaan seharusnya memandang isu-isu yang lebih besar iaitu isu ketidakstabilan kadar upah pembayaran perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pesanan dan isu diskriminasi yang dilakukan syarikat penyedia perkhidmatan terhadap penghantar p-hailing," katanya.

Zulhelmi menambah, kerajaan seharusnya menjiwai denyut nadi rakan-rakan penghantar yang juga sebahagian daripada Keluarga Malaysia dan turut terbeban dengan ketidakstabilan ekonomi masa kini.

Juga baca: Video: Penunggang p-hailing langgar sesama sendiri, ‘netizen’ tepuk tangan!

Kemelut 'rider' p-hailing wajib lesen GDL, persatuan bantah, banyak lagi isu lain! 04

"Kerajaan juga seharusnya memberi penghargaan kepada penghantar p-hailing yang juga adalah sebahagian daripada petugas barisan hadapan negara dalam membantu kerajaan dan rakyat ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19," katanya.

Menurut Zulhelmi, PENGHANTAR yang mewakili rakan-rakan penghantar p-hailing membantah keputusan itu dan berhasrat mengadakan sesi pertemuan bersama Kementerian Pengangkutan selain berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan dalam isu berkenaan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda