window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kempunan teruk, lelaki curi jeep polis untuk jalan-jalan makan angin sampai 112 km jauh!

Mersita ยท Feb 12, 2022 06:00 PM

Kempunan teruk, lelaki curi jeep polis untuk jalan-jalan makan angin sampai 112 km jauh! 01

Maruti Suzuki Gypsy ditunjukkan - gambar utama sebagai hiasan

Seorang lelaki berusia 45 tahun telah berjaya ditahan oleh polis Dharwad pada Rabu lalu kerana melarikan sebuah jip polis dan memandunya sejauh 112 km sepanjang malam.

Nagappa Hadapad, seorang pemandu syarikat logistik dan menetap di Annigeri, India mendakwa dia mencuri jip tersebut hanya kerana ingin memenuhi impiannya yang disimpan sejak sekian lama untuk memandu kenderaan polis.

Kempunan teruk, lelaki curi jeep polis untuk jalan-jalan makan angin sampai 112 km jauh! 02

Menurut laporan Hindustan Times, pada pagi Selasa sekitar jam 3.30 pagi, Hadapad menemui sebuah jip polis yang diparkir di luar balai polis Annigeri. Pegawai yang bertugas pada ketika itu berada di dalam balai dan meninggalkan kunci di dalam jip berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hadapad kemudiannya mengambil peluang itu untuk melarikan jip berkenaan dan memandunya sepanjang malam. Apabila sampai di daerah Motebennur Haveri setelah memandu sejauh 112 km, dia memarkir jip polis berkenaan di tepi jalan dan tidur di dalamnya.

Kempunan teruk, lelaki curi jeep polis untuk jalan-jalan makan angin sampai 112 km jauh! 01

Mahindra Bolero. Kredit foto: gomechanic

Penduduk sekitar yang terlihat seorang orang awam tanpa baju seragam polis sedang tidur di dalam jip polis itu mula curiga lalu menghubungi balai polis berdekatan. Hadapad ditahan dan diserahkan kepada polis Dharwad.

Supt. P Krishnakant dari balai polis Dharwad berkata jip berkenaan mempunyai minyak yang mencukupi untuk dipandu lebih jauh lagi, namun suspek membuat keputusan untuk berhenti setelah impiannya tercapai. Lebih menghairankan, suspek tiada sebarang rekod jenayah lampau, disyaki mempunyai masalah mental.

“Siasatan masih berjalan,” jelasnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda