window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenaikan kadar tarif elektrik 566 peratus mengejut, harga kereta mungkin naik mendadak!

Haris · Dec 30, 2022 01:00 PM

Kenaikan kadar tarif elektrik 566 peratus mengejut, harga kereta mungkin naik mendadak! 01

Pelaksanaan mengejut tarif elektrik yang meningkat sehingga 566 peratus kepada 20 sen dan 27.7 sen/kWh pada 1 Januari 2023 daripada kadar 3 sen/kWh sekarang berisiko untuk meletakkan harga kenderaan lebih tinggi daripada biasa.

Presiden Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) Helmi Sheikh Mahmood peningkatan ini "akan memberi impak mendalam kepada seluruh industri di negara ini, besar ataupun kecil kerana kesannya akan dirasai oleh semua”.

Kenaikan kadar tarif elektrik 566 peratus mengejut, harga kereta mungkin naik mendadak! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Helmi berkata demikian dalam satu kenyataan bersama bagi pihak Persatuan Vendor Proton (PVA), Kelab Pembekal Toyota (TSC), Kelab Pembekal Honda Malaysia (HMSC) dan Persatuan Pembuat Alat Komponen Kereta (MACPMA).

Helmi berkata pengeluar-pengeluar komponen automotif tempatan memahami objektif kerajaan untuk menghapuskan subsidi kepada industri yang menggunakan voltan sederhana dan voltan tinggi demi mengurangkan impak kos akibat peningkatan harga arang kepada sektor tenaga negara.

Kenaikan kadar tarif elektrik 566 peratus mengejut, harga kereta mungkin naik mendadak! 01

"Walaupun begitu, kesan tarif yang bakal diperkenalkan dan impak pindaan Akta Pekerja 1955 (Pindaan 2022) terlalu berat untuk kami pikul,” kata Helmi dalam kenyataan bersama itu.

Beliau berkata pindaan akta itu yang memberi kesan tinggi kepada kos operasi industri ini meningkatkan tahap gaji minimum sebanyak 25 peratus kepada RM1,500 daripada RM1,200 sebelum ini, dan menurunkan jumlah bekerja kepada 45 jam seminggu daripada 48 jam sebelum ini, mengakibatkan peningkatan kos lebih masa.

Kenaikan kadar tarif elektrik 566 peratus mengejut, harga kereta mungkin naik mendadak! 02

"Kedua-dua faktor ini (peningkatan tarif dan pindaan Akta Pekerja 1955 (Pindaan 2022)) kos ini tidak dapat diserapkan oleh ahli-ahli kami dan kami akan terpaksa menurunkan peningkatan kos ini kepada para pelanggan.

"Ini akan memberi kesan yang negatif kepada industi automotif kerana ia akan meningkatkan harga kenderaan secara mendadak,” kata Helmi.

Kenaikan kadar tarif elektrik 566 peratus mengejut, harga kereta mungkin naik mendadak! 03

"Kami juga ingin berbakti demi negara dan kami memohon pihak kerajaan untuk menangguhkan perlaksanaan kenaikan tarif elektrik serta bekerjasama dengan kami demi memastikan sebarang perubahan polisi, undang-undang, insentif, tarif atau/dan initiatif lain akan memberikan kesan yang diingini," tambahnya lagi.

Sumber: Bernama

Baca: Perodua - kekurangan komponen & pekerja satu cabaran tapi sasaran jualan 247k untuk 2022 kekal

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda