Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor

Mersita · Aug 16, 2021 02:00 PM

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 01

Ramai yang sudah sedia maklum bahawa keluarga diRaja Johor mempunyaai koleksi kereta yang hebat-hebat semuanya – dari Mercedes-Benz G-Class 6x6 sehinggalah ke trak Mack ditempah dan dibina khas. Walaubagaimanapun, gambar tular baru-baru ini menunjukkan si kacak Genesis G90 Limousine menarik minat ramai rakyat Malaysia dan ada yang tertanya, “Apa jenis/jenama kereta baru Sultan Johor tu?”

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 02

Mungkin juga ada yang bertanya, mengapa Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memilih limosin mewah Korea berbanding kereta lain? Ada apa dengan Genesis?

Baca juga: Kenderaan rasmi Sultan Johor dipuji ada 'taste', Genesis G90 Limousine berharga dari RM 584k!

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 01

Ya, kereta baru dalam koleksi Sultan Johor datang dari koleksi model mewah milik Hyundai. Han dari filem Fast and Furious kena ‘makan’ dialognya sendiri yang memperlekehkan Hyundai kerana Genesis bukanlah pembuat kereta Korea yang calang-calang statusnya.

 

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 02

Ruang dalaman G90 ditunjukkan

Barisan kereta Genesis cukup berseni dan mengagumkan. Jenama itu juga mahu menaiktaraf persepsi yang sering dikaitkan dengan kereta-kereta Korea terdahulu. Ia mahu membuktikan pada dunia yang kereta mewah Korea boleh setaraf dan sama hebat dengan jenama-jenama Jerman dan Jepun yang terkenal.

Baca juga: Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 03

Dengan harga hampir RM 400,000, tak ramai orang Malaysia yang mahu berbelanja sebegitu banyak untuk kereta Hyundai

Malah, Genesis sebenarnya bermula sebagai model Hyundai – secara ringkasnya dipanggil Hyundai Genesis dan buat sementara waktu, ia pernah dijual di pasaran Malaysia. Apa yang hebatnya dengan Genesis dan betapa mewahnya kereta ini?

Asal-usul jenama kereta Genesis

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 04

Hyundai Genesis yang asal bermula sebagai sebuah kereta konsep pada 2007 sebelum ia masuk produksi setahun selepas itu dan ia ditanda-araskan dengan BMW. Pada mulanya, Genesis dipasarkan sebagai kereta yang menawarkan prestasi seperti 5 Series, pakej dalaman seperti 7 Series, dan dengan harga seperti 3 Series.

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 05

Hyundai Genesis Coupe pacuan roda belakang (RWD)

Walaupun ia tidak memiliki pengaruh seperti Lexus, Genesis asal cukup berjaya untuk diteruskan dengan keluaran generasi kedua dan kemudiannya sebagai jenama sendiri / ‘standalone’ pada 2015. Rasional disebalik penubuhan jenama Genesis ialah kerana kejayaan model Genesis itu sendiri serta permintaan memberangsangkan dari pelanggan.

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 06

Mengasingkan Genesis sebagai jenamanya sendiri nampak gayanya satu langkah yang bijak memandangkan betapa menonjolnya model ini dalam barisan kereta-kereta Hyundai yang lain. Memandangkan ia lebih menjurus kepada kemewahan, dua model tahap tinggi Hyundai – Genesis dan Equus – masing-masing telah dijenamakan semula sebagai G80 dan G90.

Genesis G90 – saloon ‘flagship’

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 07

G90 merupakan model pertama Genesis dan ia merupakan sedan ‘flagship’ mereka. Ia didatangkan dengan pilihan 3 jenis enjin dan kereta yang dilihat membawa DYMM Sultan Johor itu adalah model G90 Limousine berjarak-roda panjang. Kereta itu dikuasakan oleh enjin V8 5.0 liter (425 PS/504 Nm) yang dipadankan dengan kotak gear automatik 8 kelajuan.

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 08

Dua lagi jenis enjin yang ditawarkan ialah enjin V6 berpengecas turbo 3.3 liter (370 PS/514 Nm) dan enjin V6 ‘naturally aspirated’ 3.8 liter (315 PS/397 Nm). Kedua-dua enjin ini dipadankan bersama kotak gear automatik 8 kelajuan yang sama dan memacu samada roda belakang sahaja ataupun keempat-empat roda.

Genesis G80 – pesaing 5 Series

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 09

Yang seterusnya ialah Genesis G80 dan berbeza dengaan model-model Genesis lain, G80 terkini sedang dalam generasi keduanya yang baru dilancarkan pada tahun 2020.

Baca juga: Spyshot: Genesis G80, versi sedan GV80 ini akan dilancarkan di Malaysia ke?

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 10

Model G80 disasarkan untuk bersaing dengan Mercedes-Benz E-Class dan BMW 5 Series, dan ia ditawarkan dengan 4 trenkuasa:

  • Enjin petrol ‘inline-4’ berpengecas turbo 2.5 liter (304 PS/422 Nm)
  • Enjin petrol V6 berpengecas turbo 3.5 liter (380 PS/530 Nm)
  • Enjin diesel ‘inline-4’ ‘common rail’ 2.2 liter (210 PS/441 Nm)
  • Enjin elektrik dwi-motor (370 PS/700 Nm)

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 11

Electrified G80 mula-mula ditampilkan di Shanghai Auto Show 2021 dan ia didatangkan dengan ruang dalaman yang diperbuat daripada bahan dikitar-semula, termasuklah kulit yang diperbuat daripada pewarna asli, kemasan diperbuat daripada kayu buangan, dan benang dipintal dari botol plastik.

Baca juga: SPYSHOT: Hyundai Palisade & Genesis GV80 2021 di Malaysia tanpa sebarang samaran!

Genesis G70 – model lebih ‘cool’

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 12

Jika anda anggap yang Genesis hanyalah tentang kemewahan, model G70 boleh mengubah tanggapan ini. Ia merupakan model asas (entry) tapi dengan tumpuan pada prestasi – serupa dengan BMW 3 Series dan Lexus IS.

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 13

G70 ialah satu-satunya model Genesis yang didatangkan dengan kotak gear manual 6 kelajuan dan dipadankan dengan enjin petrol berpengecas turbo 2.0 liter – menjana kuasa kuda 255 PS dan tork 353 Nm. Janaan ini 3 PS lebih tinggi daripada varian automatik 8 kelajuan tadi.

Tapi malangnya, sama seperti kebanyakan kereta moden manual, ia bertemu penghujung jalannya lebih awal. Genesis telah menamatkan penghasilan model MT G70 pada tahun ini.

Baca juga: Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 14

Selain daripada enjin petrol 2.0 liter, G70 juga ditawarkan dengan enjin petrol V6 3.3 liter (370 PS/510 Nm) dan enjin diesel 2.2 liter (202 PS/441 Nm). G70 juga boleh didapati dengan pengayaan badan ‘shooting brake/wagon’ yang cukup menawan.

Genesis GV70 dan GV80 – SUV

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 15

Sampai ‘part’ menarik bagi peminat SUV yang semakin ramai masa kini – model-model SUV Genesis. Lagipun, pembuat kereta mewah akan susah untuk bertahan jika mereka tidak menawarkan sekurang-kurangnya satu model SUV. GV70 lebih kompak berbanding model yang satu lagi dan kedua-duanya bersaing dengan Mercedes-Benz GLC dan BMW X3.

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 16

Trenkuasa yang ditawarkan sama dengan trenkuasa ditawarkan dalam Genesis G80, kecuali penambahan motor elektrik.

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 17

Disamping itu, Genesis GV80 ialah SUV ‘flagship’ jenama ini dan ia mendapat banyak perhatian apabila ia didedahkan sebagai SUV yang terlibat dalam kemalangan serius membabitkan pemain golf terkenal, Tiger Woods.

Apa-apa pun, model GV80 ini dianugerahkan skor tinggi dalam ujian pelanggaran dengan skor penilaian 5 bintang dalam ujian dijalankan Euro NCAP dan ANCAP Australia.

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 18

GV80 dikuasakan oleh enjin petrol yang sama seperti enjin ‘adik’nya iaitu GV70, tapi enjin dieselnya lebih besar – CRDi 3.0 liter (278 PS/588 Nm). Semua enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik 8 kelajuan.

Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor 19

Baru-baru ini, jenama Korea ini mengembangkan sayapnya ke Eropah dan mereka juga menyasarkan Malaysia untuk eksport masa hadapan. Oleh itu, mampukah Genesis berjaya di Malaysia dan bolehkah ia mengubah persepsi umum yang masih tersemat terhadap kereta-kereta Korea di sini?

Baca juga: Jualan Genesis cecah 500,000 unit dalam masa 5 tahun, boleh tapau pasaran Malaysia?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Corolla Cross 1.8G

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru