window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an

Mersita · Aug 12, 2020 08:00 PM

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 01

Kereta Kei adalah salah satu segmen kereta yang paling menarik dalam dunia automotif. Walaupun ia terpaksa patuh kepada undang-undang yang spesifik, tetapi zaman 90-an diwarnai dengan kemunculan beberapa kereta sport kecil yang unik lagi ‘kawaii’ (comel dalam Bahasa Jepun).

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 02

Dimensi kereta Kei

Sejak ia diperkenalkan pada tahun 1949, kereta ‘keijidosha’ atau ‘Kei’ sepatutnya menjadi kereta rakyat Jepun dan segmen ini mempunyai undang-undang yang ketat – merangkumi ukuran panjang kereta hinggalah ke saiz enjinnya.

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 03

Pada tahun 1990, undang-undang bagi enjin kereta Kei dinaikkan kepada 660 cc dengan janaan kuasa maksima 64 PS. Secara kebetulannya, keadaan ekonomi Jepun berkembang pesat; mewujudkan satu tempoh yang dikenali sebagai ‘Bubble Era’ yang juga menyaksikan peningkatan dalam inovasi teknologi Jepun terutama sekali dalam industri kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 01

Macam kenal je...

Seperti yang kami pernah nyatakan, beberapa kereta aneh tapi menarik membuat kemunculan pada era ini. Kereta Kei bertubuh kecil juga termasuk sekali dalam trend ini.

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 02

Bagi kami, kelima-lima kereta yang akan kami paparkan dalam artikel ini agak signifikan dalam mewakili falsafah kereta sport Kei yang moden. Kereta-kereta yang dimaksudkan adalah Autozam AZ-1, Honda Beat, Suzuki Cappuccino, Daihatsu Leeza Spider, dan Subaru Vivio T-top.

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 03

Kelima-lima kereta sport ini mengambil kesempatan dalam peluang undang-undang enjin lebih besar (dari 550 cc ke 660 cc) dan juga ekonomi ‘bubble’ ketika itu. Semua kereta ini mempunyai kapasiti enjin yang sama – 660 cc dengan janaan kuasa 64 PS. Selain daripada ini, perbezaan antara mereka semakin ketara.

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 04

1. Autozam AZ-1

Jom mulakan dengan AZ-1. Ia dibina oleh Mazda dan dilencanakan dibawah barisan kereta Mazda yang baharu. Jenama Autozam sepatutnya berfokus kepada kereta bandar yang kecil dan juga kereta Kei. Enjinnya yang terletak di tengah-tengah diambil daripada Suzuki dan ia dipadankan dengan kotak gear manual 5 kelajuan yang memacu tayar belakang.

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 05

Antara aspek menarik kereta ini adalah pintunya. Sama seperti Sera, AZ-1 mempunyai pintu ‘gullwing’ yang cukup mengancam dan membuatkannya tampak sangat futuristik. AZ-1 juga dilencanakan sebagai Suzuki yang dipanggil Cara. Malangnya, AZ-1 adalah salah satu kereta sport Kei yang paling susah didapati dengan hanya 5,000 unit dihasilkan sepanjang tempoh produksinya yang berlangsung selama 3 tahun.

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 06

2. Honda Beat

Honda Beat ialah kereta terakhir yang diluluskan oleh Soichiro Honda sebelum beliau meninggal dunia. Ia juga boleh jadi kereta sport Kei yang paling seronok untuk dipandu, lengkap dengan tempat duduk dengan kemasan corak kuda belang!

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 07

Di bawah bonetnya, Honda Beat dipasang dengan enjin 660 cc yang memacu tayar belakang. Memandangkan ia lebih berfokuskan pada pemandu, ia hanya didatangkan dengan transmisi manual 5 kelajuan. Ia juga menjadi kereta sport Kei yang paling laris dengan lebih kurang 33,600 unit terjual dari 1991 hingga 1996.

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 08

3. Suzuki Cappuccino

Secara teknikalnya, Suzuki sepatutnya ada 2 kereta dalam senarai ini, kedua-duanya mempunyai nama yang bermula dengan huruf ‘C’. Tapi, kali ini kami ingin bincangkan tentang Suzuki Cappuccino, kereta yang tampak paling konvensional dan paling comel dalam banyak-banyak kereta sport Kei.

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 09

Ia didatangkan dengan transmisi automatik 4 kelajuan dan juga manual 5 kelajuan. Sama seperti AZ-1 dan Beat, Cappuccino mempunyai enjin yang diletakkan di tengah-tengah dan juga pacuan roda belakang. Dengan 28,010 unit terjual, Cappuccino boleh dikatakan satu kejayaan. Ia juga kekal dalam produksi paling lama, dibina dan dihasilkan selama 7 tahun bermula 1991 hingga 1998. Ia juga dijual secara rasmi di pasaran UK dan beberapa pasaran Eropah – membuatkannya satu-satunya kereta sport Kei yang dijual secara rasmi di luar negara asalnya.

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 10

4. Daihatsu Leeza Spider

Kereta yang kami senaraikan ini semakin lama semakin pelik. Daihatsu Leeza Spider adalah salah satu kereta sport Kei yang jarang sekali diingati. Leeza Spider dibina berdasarkan Leeza, yang juga dibina berdasarkan L70 Mira.

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 11

Ia adalah salah satu kereta Kei pertama yang dilancarkan dengan undang-undang baru pada tahun 1990. Ia juga dipasang dengan turbo! Tapi, memandangkan ia pacuan roda hadapan dan mempunyai enjin di hadapan, ramai yang tidak menganggapnya sebagai kereta sport yang sebenar berbanding kereta-kereta lain yang kami nyatakan tadi.

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 12

5. Subaru Vivio T-top

Manakala bagi Subaru Vivio T-top pula, ia boleh jadi dianggap sebagai kereta sport khas. Ia mempunyai stail badan Targa yang ‘cool’ yang dibina oleh Takada Kogyo, yang juga pernah membina sebuah kereta unik dipanggil Nissan Silvia Varietta.

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 13

Berbeza daripada yang lain, ia dikuasakan dengan enjin 4 silinder dan bukannya 3 silinder, walaupun mempunyai kapasiti 660 cc yang sama. Ia pernah didatangkan dengan ‘supercharger’ tapi janaannya dihadkan kepada 64 PS untuk kekal patuh kepada undang-undang kereta Kei di Jepun.

Kenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an 14

Walaupun ekonomi ‘bubble’ di Jepun berakhir dengan tragis, falsafah kereta sport Kei tidak pernah luntur. Pewaris modennya seperti Daihatsu Copen dan Honda S660 mungkin tidak akan menjadi realiti kalau bukan kerana 5 kereta sport ‘kawaii’ ini dari 30 tahun yang lalu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda