Kenapa cermin Proton X50 ada nama Geely? Apa makna label yang ada pada tingkap kereta?

Haris · May 22, 2021 02:00 PM

Kenapa cermin Proton X50 ada nama Geely? Apa makna label yang ada pada tingkap kereta? 01

Kredit gambar: PX50CM

Sesetengah pemilik Proton X50 mungkin perasan benda ni. Jenama Geely ada pada cermin hadapan dan cermin bumbung suria Proton X50. Ini bukanlah suatu isu yang besar, malah di sini kami akan memberitahu secara teknikal mengenai apa maksud label yang terpampang pada cermin kenderaan anda.

Cop jenama kereta dan pengeluar kaca

Kenapa cermin Proton X50 ada nama Geely? Apa makna label yang ada pada tingkap kereta? 02

Biasanya terletak di sudut bawah tingkap kereta, antara perincian yang paling jelas kelihatan adalah sekumpulan teks dan logo jenama kereta. Bergantung pada jenama kereta, tidak semua kereta memaparkan logo jenama kereta tersebut pada tingkap, seperti kes Proton X50 tadi.

Kenapa cermin Proton X50 ada nama Geely? Apa makna label yang ada pada tingkap kereta? 03

Foto

Seterusnya adalah logo pengeluar kaca. Untuk logo ini, anda akan menemui nama seperti Saint Gobain yang berpusat di Perancis, Pilkington yang berpusat di UK, AGC dan Nippon dari Jepun, Schott dari Jerman dan Xinyi Glass dari China.

Walaupun anda mungkin tidak menjumpai logo jenama kereta anda pada label tingkap, nama jenama pengeluar kaca automotif mesti ada.

Standard buatan

Kenapa cermin Proton X50 ada nama Geely? Apa makna label yang ada pada tingkap kereta? 01

Selain itu, terdapat juga label piawaian keselamatan, dengan menunjukkan piawaian Eropah, AS menunjukkan piawaian Amerika, JIS menunjukkan piawaian Jepun, dan CCC menunjukkan piawaian keselamatan China.

Biasanya terdapat lebih daripada satu label standard serantau yang ada pada tingkap kereta anda.

Kenapa cermin Proton X50 ada nama Geely? Apa makna label yang ada pada tingkap kereta? 02

Foto

Oh, dan sekiranya anda tertanya-tanya, DOT adalah singkatan daripada Department of Transportation (Jabatan Pengangkutan). Oleh itu, tanda DOT-563 bermaksud kaca tersebut sesuai dengan standard DOT-563 Amerika.

Untuk standard Eropah, standard berbeza dengan E1 mewakili standard Jerman, E2 mewakili standard Perancis, E3 mewakili standard Itali dan seterusnya.

Nombor di sebelah kanan logo "E" (mis., 43R-000055) adalah kesinambungan dari penetapan standard.

Contoh standard cermin automotif Eropah
E1 Germany
E2 France
E3 Italy
E4 Netherlands
E5 Sweden
E6 Belgium
E7 Hungary
E8 Czech Republic
E9 Spain
E10 Serbia

Malah negara-negara bukan Eropah juga mempunyai huruf "E" dengan Malaysia diwakili oleh E52 dan Thailand diwakili oleh E53. Ini satu senarai panjang yang boleh anda google sahaja.

Jenis kaca

Kenapa cermin Proton X50 ada nama Geely? Apa makna label yang ada pada tingkap kereta? 03

Jenis kaca juga ditunjukkan pada cermin, dengan "I" untuk kaca depan yang diperkuat, "II" untuk kaca depan berlapis standard, "III" untuk kaca depan berlapis dengan lapisan istimewa dan "IV" untuk kaca plastik.

Kenapa cermin Proton X50 ada nama Geely? Apa makna label yang ada pada tingkap kereta? 04

Terdapat juga "V" untuk kaca lain (bukan cermin hadapan) dengan tembusan cahaya yang rendah daripada 70%.

Beberapa tingkap mempunyai "T" atau "TP" untuk mewakili tempered glass dan "L" untuk mewakili kaca berlapis (laminated), sementara yang lain hanya "Laminated" atau "Tempered" dieja secara jelas.

Perkataan seperti "Lamisafe", adalah produk khusus untuk jenama pengeluar cermin. "Lamisafe" misalnya, adalah produk Asahi Glass Co. (AGC).

Bagaimana dengan tarikh pengeluaran?

Kenapa cermin Proton X50 ada nama Geely? Apa makna label yang ada pada tingkap kereta? 05

Jun 2002

 

Aspek ini sedikit rumit kerana pengeluar berbeza mempunyai cara yang berbeza untuk meletakkan tarikh pengeluaran. Setiap pengeluar mempunyai kod spesifik masing-masing.

Kenapa cermin Proton X50 ada nama Geely? Apa makna label yang ada pada tingkap kereta? 06

Julai 2009

Ambil conton nombor ini pada cermin dari FuYao Glass Industry. Nombor "9" menunjukkan tahun 2009 sementara satu titik selepas itu menunjukkan ("1" + 6) bulan pembuatan. Berdasarkan perkiraan, tarikh pengeluaran adalah Julai 2009.

Kenapa cermin Proton X50 ada nama Geely? Apa makna label yang ada pada tingkap kereta? 07

April 2015

Jika titik diletakkan sebelum nombor, jumlah titik sama dengan bulan pembuatan. Jadi, jika ada 4 titik sebelum angka "15", ia menandakan tarikh pengeluaran pada April 2015.

Dalam contoh lain yang ditunjukkan oleh cermin tingkap ini oleh XinYi Glass, angka “9” pada baris pertama menunjukkan tahun 2009.

Kenapa cermin Proton X50 ada nama Geely? Apa makna label yang ada pada tingkap kereta? 08

Angka baris kedua berjumlah 11 (kerana 1 + 2 + 8) mewakili November manakala baris ketiga bertambah kerana mewakili hari dalam bulan tersebut. Dalam kes ini, 10 + 2 + 1 + 4 = 17. Oleh itu, kaca tersebut dikeluarkan pada 17 November 2009.

Konklusi

Kenapa cermin Proton X50 ada nama Geely? Apa makna label yang ada pada tingkap kereta? 09

Maka begitulah panduan label yang ada pada cermin dan tingkap kereta anda. Sekarang anda boleh memberitahu beberapa maklumat asas seperti jenama, jenis gelas dan jenis buatan, hanya dengan melihat label-label ini. Sekurang-kurangnya, tidaklah termangu-mangu apabila melihat kaca tingkap Proton dengan logo Geely selepas ini?

Panduan Lain:

Dot kuning dan merah pada tayar baru anda - apa fungsinya?

Dot kuning dan merah pada tayar baru anda - apa fungsinya?

Takut bateri kereta anda kong ketika PKP 3.0? Inilah cara mengelakkannya!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru