window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa Haval H6 terjual 54 ribu unit lebih banyak daripada Geely Bo Yue (Proton X70) di China?

Mersita · Nov 30, 2020 10:00 AM

Kenapa Haval H6 terjual 54 ribu unit lebih banyak daripada Geely Bo Yue (Proton X70) di China? 01

Di China, SUV segmen C iaitu Haval H6 ini amat digemari dan dianggap seperti lagenda seperti kereta-kereta hebat lain seperti Porsche 911, VW Golf, ataupun BMW M5. Ini disebabkan oleh populariti yang sangat besar untuk H6 dan ia juga merupakan SUV segmen C terlaris di China – mengalahkan yang lain seperti Geely Bo Yue yang kita kenali sebagai Proton X70 dan juga Honda CR-V.

Kenapa Haval H6 terjual 54 ribu unit lebih banyak daripada Geely Bo Yue (Proton X70) di China? 02

Kami tak main-main bila kami katakan yang Haval H6 dianggap sebagai kereta lagenda di negara Tanah Besar itu. Sejak dilancarkan pada tahun 2011, SUV tersebut menjadi kereta paling laris bagi Great Wall Motor sampaikan mereka merancang untuk memberi Haval penjenamaannya yang tersendiri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ramai orang terpikat dengan pelbagai kelebihan H6 seperti ruang dalamannya yang luas, rupanya yang cantik, dan penaiktarafan sistemnya yang kerap dilakukan supaya kereta itu sentiasa mengikut peredaran teknologi terkini. Ini membolehkan Haval H6 untuk menawan hati ramai pembeli yang kebanyakannya golongan muda yang gemarkan teknologi terbaru.

Kenapa Haval H6 terjual 54 ribu unit lebih banyak daripada Geely Bo Yue (Proton X70) di China? 01

Semenjak H6 dijual di pasaran, syarikat tersebut telah mengeluarkan versi Coupe sambil memperkenalkan pelbagai kemasan dan aksesori istimewa untuk memikat pelanggan dengan kemahuan yang berbeza-beza.

Pada tahun 2019, Haval melancarkan H6 generasi ketiga yang dikuasakan oleh enjin berpengecas turbo 1.5 liter yang menghasilkan 169 PS dan 285 Nm. Ia juga didatangkan dengan kemaskini Firmware Over the Air (FOTA) supaya SUV tersebut boleh mendapatkan teknologi terkini pada setiap masa.

Kenapa Haval H6 terjual 54 ribu unit lebih banyak daripada Geely Bo Yue (Proton X70) di China? 02

Haval H6 generasi ketiga dengan enjin turbo 1.5 liter

Kereta yang anda boleh lihat di sini ialah satu penambahan baru kepada barisan varian yang dilancarkan oleh Haval di Guangzhou Auto Show 2020.

Ia dikuasakan oleh enjin Haval berpengecas turbo 2.0 liter yang mampu menjana 227 PS dan 327 Nm. Enjin ini dipadankan dengan DCT 7 kelajuan dan kuasa memacu keempat-empat tayar. Dari kajian kami, enjin H6 berpengecas turbo 2.0 liter ini ialah satu-satunya versi dengan tetapan pacuan semua roda (4WD).

Kenapa Haval H6 terjual 54 ribu unit lebih banyak daripada Geely Bo Yue (Proton X70) di China? 03

Di ruang dalamannya, varian 2.0 liter sama saja dengan varian H6 1.5 liter standard. Pemandunya dapat kluster instrument LCD bersaiz 10.5 inci bersama dengan paparan atas-kepala. Unit infotainmennya pula ialah skrin sentuh 12.3 inci yang boleh dikawal menggunakan Android.

Satu-satunya tambahan pada varian 2.0 liter yang baru ini ialah kamera undur 360 darjah.

Kenapa Haval H6 terjual 54 ribu unit lebih banyak daripada Geely Bo Yue (Proton X70) di China? 04

Walaupun ia SUV segmen C, H6 sememangnya lebih besar daripada segmen C bagi kategorinya yang dijual di pasaran kita.

Dimensi Haval H6 vs Proton X70
Ukuran Haval H6 Proton X70 Perbezaan
Panjang (mm) 4,653 4,519 134
Lebar (mm)  1,886 1,831 55
Tinggi (mm) 1,730 1,694 36
Jarak Roda (mm) 2,738 2,670 68

Kenapa Haval H6 terjual 54 ribu unit lebih banyak daripada Geely Bo Yue (Proton X70) di China? 05

Mungkin inilah sebabnya mengapa H6 kekal menjadi ‘raja SUV’ di China – mengalahkan Geely Bo Yue dengan beza 54,000 unit antara Januari 2020 sehingga September 2020.

Jualan SUV Segmen C di China Januari - September 2020
Carta Model Unit Terjual
1 Haval H6 213,873
2 Geely Bo Yue 159,547
3 Honda CR-V 156,166
4 Toyota RAV4 123,227
5 Changan CS75 118,050

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda