window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Faisal ยท Jan 15, 2021 03:00 PM

Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya 01

Dengan zaman yang berteknologi tinggi pada hari ini, kita sering bergantung pada telefon pintar. Kini, ia diibarat seperti nyawa kedua buat pengguna. Bukan setakat alat berhubung semata-mata, telefon pintar turut digunakan sebagai sumber hiburan dan maklumat. Malah ia juga digunakan sebagai pemandu arah buat urusan harian anda.

Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya 02

Imej: Cumulations

Bercakap mengenai urusan harian, sudah tentu ramai menggunakan kereta untuk ke destinasi yang dituju. Seperti yang anda tahu, menggunakan telefon ketika memandu boleh menyebabkan anda cuai. Maka itu, wujudlah skrin infotainment di dalam kereta dimana ia direka untuk mengurangkan gangguan telefon terhadap pemandu. Namun begitu, membangunkan sistem infotainment yang rapi bukanlah sesuatu yang mudah sehinggalah terhasilnya penyambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk maklumat anda, teknologi ini membolehkan pemandu berinteraksi dengan telefon tetapi dengan hanya menggunakan skrin infotainment. Dengan menyambungkan kabel telefon ke port USB kereta, Apple CarPlay dan Android Auto membolehkan pengguna mengakses aplikasi kegemaran mereka di skrin infotainment. Dengan adanya skrin infotainment yang lebih dekat dengan visual tumpuan pemandu, keselamatan juga lebih terjamin.

Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya 01

Selain itu, Android Auto dan Apple CarPlay juga mempunyai arahan suara dimana anda boleh mengawal fungsi yang terdapat pada telefon pintar anda. Tambahan pula, anda boleh melihat dan membalas mesej Whatsapp yang boleh dipampang pada skrin infotainment dengan hanya menggunakan suara sahaja.

Apa beza Android Auto dan Apple CarPlay?

Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya 02

Ia sebenarnya bergantung pada telefon pintar yang anda gunakan. Untuk telefon jenis Android, ia akan dipadankan dengan Android Auto tetapi ciri ini hanya serasi dengan Android versi 10 dan keatas. Untuk telefon yang masih gunakan Android versi 9 dan kebawah, anda boleh memuat turun aplikasi Android Auto di Google Play Store.

Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya 03

Seperti namanya, Apple CarPlay dihasilkan untuk anda yang menggunakan iPhone. Namun begitu, penyambungan ini hanya serasi dengan versi iOS 7.1 dan keatas.

Kereta apa yang ada Apple CarPlay dan Android Auto?

Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya 04

Nissan Almera hanya ada sokongan Apple CarPlay buat masa ini

Kebanyakan kereta keluaran terkini (dari Lamborghini ke Mitsubishi) sudah hadir dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Namun begitu, sesentengah jenama agak kelewatan dalam aspek ini. Sesetengah kereta pula hanya mempunyai salah satu daripada kedua-dua sokongan ini. Oleh itu, anda harus teliti dengan jurujual mengenai ciri yang hadir pada kereta tersebut.

Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya 05

Volkswagen Passat Elegance adalah antara kereta pertama di Malaysia yang hadir dengan Apple CarPlay tanpa wayar

Untuk pengetahuan anda, teknologi kini lebih tertumpu kepada sambungan tanpa wayar. Contohnya, pengecas telefon jenis wireless. Begitu juga dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Pengguna kini hanya perlu menyambung telefon pintar secara Bluetooth sahaja untuk menikmati fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya 06

BMW adalah antara jenama pertama di dunia yang hadir dengan Android Auto tanpa wayar

Walau apapun, anda harus prihatin dengan jurujual kereta tersebut sama ada sokongan ini adalah jenis biasa atau wireless.

Konklusi

Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya 07

Dengan adanya sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, anda kini boleh berinteraksi dengan fungsi telefon tanpa menjejaskan tumpuan terhadap keselamatan di jalan raya. Malah anda boleh membalas mesej Whatsapp dengan hanya menggunakan arahan suara sahaja.

Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya 08

Tidak cukup dengan itu, anda boleh ke destinasi dengan panduan peta Waze/Google Maps sambil mendengar lagu kegemaran di aplikasi musik. Semuanya di skrin infotainment kereta anda. Sempurna kan?

Untuk anda yang berancang untuk membeli Proton X50, mungkin anda sudah tahu bahawa SUV segmen B tersebut tidak hadir dengan sokongan Apple CarPlay mahupun Android Auto. Walau apapun, anda boleh ikut petua rakan kami di dalam video ini untuk mengetahui alternatifnya. Selamat mencuba!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda