window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia

Mersita · Sep 25, 2020 05:00 PM

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 01

Kereta jenis MPV sememangnya laku keras di Indonesia, lebih-lebih lagi bagi segmen Low-Multipurpose Vehicle (LVMP) yang mendominasi pasaran kenderaan awam di negara itu. Mitsubishi Xpander yang dilancarkan di sana sejak tahun 2017 menjadi salah satu bukti kejayaan kenderaan 7 tempat duduk itu – 30 ribu unit terjual kali pertama ia diperkenalkan.

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 02

Mitsubishi Xpander 2020 facelift yang memasuki pasaran Indonesia pada bulan Mac lalu dijual pada harga sekitar IDR 218 juta – 292 juta (~RM 61,160.79 – RM 81,921.80). Ada 5 model berbeza yang terbahagi kepada 11 varian dengan transmisi berbeza untuk dipadankan dengan enjin 1.5 liternya di pasaran mereka.

Pandu uji Mitsubishi New Xpander 2020

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakan kami di Indonesia, Autofun.co.id, telah memandu uji sendiri model Mitsubishi Xpander Ultimate A/T beberapa bulan lalu. Ini pandangan mereka.

Reka bentuk luaran lebih agresif dan garang

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 01

Seperti yang sudah kita lihat di Malaysia, Xpander sememangnya mempunyai muka yang lebih agresif dan sasa dengan rekaan gril seakan-akan trak pikap Mitsubishi Triton.

Lampu hadapan LEDnya juga diberi jarak pencahayaan yang lebih luas dengan sudut pancaran cahaya yang tidak terlalu tinggi sehingga mengganggu pengguna jalanraya lain. Namun, lampu kabusnya masih lagi menggunakan jenis halogen - berbeza dengan model Xpander Cross yang menggunakan LED.

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 02

Xpander juga cukup tinggi dengan jarak pelepasan tanah seluas 205 mm. Walaupun tinggi, pasukan Autofun mendapati yang MPV berketinggian 1,700 mm ini “bekerja dengan baik saat dipacu sehingga tanpa terasa efek limbung (membuai).” Mereka berpendapat yang ini barangkali disebabkan oleh fungsi kawalan keseimbangan aktif (ASC) yang didatangkan dengannya.

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 03

Kelengkapan dan sistem keselamatan

Pada model terdahulu di Indonesia, sistem tanpa kunci pada pemegang pintu kereta hanya diberi pada pintu pemandu. Namun, ‘facelift’ kali ini juga telah melengkapkan pintu penumpang dengan fungsi moden ini.

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 04

Bagi aspek keselamatan pula, Mitsubishi Xpander di pasaran sana dilengkapi dengan ‘Dual SRS-Airbags’, ABS, EBD, ‘Cruise Control’, ‘active stability control’ (ASC), dan ‘hill assist’. Ia juga didatangkan dengan ‘Emergency Stop Signal’ (ESS) serta ‘Reinforced Impact Safety Evolution’ (RISE) iaitu teknologi rangka badan yang menggunakan logam tegangan tinggi untuk menyerap tenaga impak bagi menjaga penumpang di dalam kabin.

Ruang dalaman – kabin makin selesa

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 05

Seperti yang sudah sedia maklum, previu Mitsubishi Xpander yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini hanya menunjukkan sebahagian kecil badan kereta, apatah lagi ruang dalamannya yang terlindung rapi. Memandangkan pasaran Indonesia mempunyai banyak varian, apa yang pasti kemasan dan perincian di dalamnya telah dipertingkatkan.

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 06

Model pasaran mereka mempunyai unit kepala skrin sentuh bersaiz 7 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Mereka mendapati sistem infotainmen ini mudah untuk digunakan dan amat responsif.

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 07

Tambahan pula, tempat duduk pemandu mempunyai fungsi pelarasan yang pelbagai dipadankan pula dengan stereng teleskopik bagi memudahkan pemandu untuk mendapatkan posisi yang selesa dan ergonomik. Namun, mereka mendapati yang brek tangannya tidak diposisikan dengan betul sehingga mengganggu pandangan dan ia patut disembunyikan sedikit untuk memberi ruang yang lebih luas.

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 08

Selain dari itu, ruang dalamannya memang cukup luas dan tempat duduk baris ketiga dan kedua sememangnya boleh dilipat rata untuk memaksimakan kapasiti. Ruang-ruang simpanan kecil seperti pemegang cawan juga boleh didapati di bahagian belakang dan setiap sisi ruang kabin.

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 09

Ruang kaki bagi penumpang di dalam Xpander juga cukup luas dan selesa, ditambah lagi dengan penghawa dingin ‘double blower’ dan soket 12V yang disediakan untuk setiap baris tempat duduk.

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 10

Enjin Mitsubishi Xpander

Memandangkan enjin selalunya berlainan antara satu negara dengan negara yang lain, enjin yang dipadatkan di dalam model Xpander pasaran Indonesia ialah enjin MIVEC 4A91 berkapasiti 1.5 liter yang boleh menjana 102 PS dan 141 Nm. Ini dipadankan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan.

Adakah enjin Mitsubishi Xpander pasaran Malaysia akan diberi yang sama atau yang lebih berkuasa lagi? Kena tunggu dan lihat.

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 11

Dalam reviu Autofun di jalanraya Indonesia, penggunaan bahan api di jalanraya bandar (di Indonesia) merekodkan 16.5 km/liter dan dalam keadaan lalu lintas pada waktu petang ialah 12 km/liter.

Xpander Ultimate ‘facelift’ di pasaran negara itu juga menggunakan brek cakera (disc brake) pada roda depan dan brek dram (drum brake) untuk roda belakang.

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 12

Kesimpulan pandu uji Mitsubishi Xpander Ultimate

Pasukan Autofun.co.id berpendapat yang bagi mereka yang mahukan kenderaan yang tampak lebih mewah dan dilengkapi dengan pelbagai fungsi-fungsi seperti model dari Eropah, Mitsubishi Xpander ialah pilihan tepat. Walaupun harganya lebih mahal daripada pesaingnya iaitu Toyota Avanza, jualannya di Indonesia pada suku pertama agak memuaskan.

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 13

Pendapat kami pula, Mitsubishi Xpander cukup menarik dari segi rupa dan sesuai bagi keluarga - ia sememangnya “people mover”. Dengan tork yang tinggi sedikit berbanding Avanza, jarak pelepasan tanah yang lebih luas, praktikaliti dan ditambah pula dengan kelengkapannya, tak hairanlah jika Xpander berjaya mencapai angka jualan yang tinggi di sana.

Kenapa Mitsubishi Xpander begitu popular? Ini pandangan media Indonesia 14

Pelanggan di Malaysia pula boleh menjangkakan kehadiran Mitsubishi Xpander di sini pada bulan Oktober 2020. Berdasarkan reviu di atas, apa pendapat anda? Adakah Xpander cukup berkuasa dan gagah padan dengan rupanya?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda