window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa pemilik Honda di Malaysia kekal setia dengan lambang H? Ini kisah mereka.

Mersita · Mar 26, 2021 08:00 PM

Kenapa pemilik Honda di Malaysia kekal setia dengan lambang H? Ini kisah mereka. 01

Sejuta impian, sejuta pemandu. Inilah sentimen Honda Malaysia bagi meraikan pencapaian mereka dalam jualan unit kesejuta di Malaysia. Sempena kempen 1 Million Dreams anjuran Honda Malaysia yang sedang berlangsung, empat pemilik setia kereta Honda telah dijemput untuk menceritakan tentang pengalaman pemilikan mereka dan sebab mengapa mereka kekal setia dengan Honda.

Kenapa pemilik Honda di Malaysia kekal setia dengan lambang H? Ini kisah mereka. 02

Peminat tegar Honda, En. Badrul, 58, mula-mula sekali membeli Honda City bagi arwah isterinya pada 2015, sebelum menambah lagi Civic pada 2018. Tahun lalu, barisan kereta Honda keluarga itu semakin panjang apabila salah seorang dari anak beliau membeli sebuah HR-V.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kini, beliau memasang angan-angan untuk membeli Accord pula. Beliau amat gemarkan rekaannya yang bergaya dan binaannya yang berkualiti. Ruang kabinnya yang luas juga satu bonus bagi keluarga beliau.

Kenapa pemilik Honda di Malaysia kekal setia dengan lambang H? Ini kisah mereka. 01

Namun, City jugalah yang kekal istimewa bagi beliau. Bekerja di dalam industri IT memaksa beliau untuk ‘outstation’ ke merata-rata tempat, dan City ialah teman terbaiknya ketika itu. Beliau kagum dengan kecekapan minyaknya serta ketahanan sedan tersebut.

Perjalanan beliau sekitar Malaysia pernah mencapai jarak-tempuh lebih dari 5,000 km dalam masa sebulan dan beliau tidak mengalami sebarang masalah. City inilah yang digunakan beliau untuk membawa arwah isteri beliau kesana kemari dan kenangan inilah yang paling berharga.

“Memiliki kereta Honda sudah menjadi impian saya sejak dulu lagi. Ia sememangnya mimpi jadi kenyataan apabila kami memiliki tiga buah kereta Honda, setiap satu dengan ciri-ciri unik yang tersendiri. Memang seronok setiap kali melihat ketiga-tiga kereta dengan lambang ‘H’ diparkir di depan rumah,” ujar Badrul.

Kenapa pemilik Honda di Malaysia kekal setia dengan lambang H? Ini kisah mereka. 02

Memori bersama keluarga dengan kereta Honda juga dikongsi oleh En. Lim Qi Hong, 31, pemilik Honda Civic generasi ke-10 sejak 2016 jatuh cinta dengan Honda miliknya yang diberi nama “Victoria” – sempena nama isteri kepada pemain bola idolanya, David Beckham. Qi Hong yang juga seorang juruterbang menceritakan bagaimana keluarganya yang setia dengan jenama kereta itu sejak sebelum beliau lahir lagi.

Keluarga beliau pernah memiliki model ikonik Honda S2000. Seperti tradisi dalam keluarga, kereta pertama ayah kepada Qi Hong juga merupakan model Honda Civic iaitu Civic generasi pertama pada zaman 80-an dahulu.

Kenapa pemilik Honda di Malaysia kekal setia dengan lambang H? Ini kisah mereka. 03

Sentimen serupa juga dikongsi oleh ramai pemilik Honda, antaranya duo ayah dan anak iaitu En. Achu, 74, dan En. Khaviraj, 47, peminat tegar Honda sejak lebih dari sedekad lalu. Achu, peminat setia Honda sejak usianya 30-an lagi, jatuh cinta kali pertama terhadap Honda ketika beliau memandu sebuah Honda Accord yang disewanya.

Beliau amat kagum dengan keselesaan serta prestasi kereta tersebut dan mula memasang niat untuk membelinya untuk keluarga beliau. “Memang seronok apabila kami beli kereta Honda pertama kami, Accord pada 2008,” seloroh Khaviraj.

Kenapa pemilik Honda di Malaysia kekal setia dengan lambang H? Ini kisah mereka. 04

Cinta terhadap kereta Honda diturunkan pada generasi muda keluarga itu, dan Khaviraj memilih Honda CR-V untuk keluarganya pula.

“Saya gemar membawa isteri dan anak perempuan saya bersiar-siar dengan CR-V. Saya sukakan keluasan CR-V, dan bagi saya, ia paling luas dalam kelasnya. Anda akan sedar betapa hebatnya kereta ini terutama sekali apabila anda mengambil saudara-mara di lapangan terbang dengan bagasi yang banyak,” kata Khaviraj.

Kenapa pemilik Honda di Malaysia kekal setia dengan lambang H? Ini kisah mereka. 05

Bagi pemilik-pemilik Honda yang setia, memiliki dan memandu Honda telah menjadi sesuatu yang istimewa dan membuatkan mereka rasa bertuah. Lambang ‘H’ sememangnya sudah mendapat tempat istimewa di dalam hati rakyat Malaysia. Oleh itu, tak hairanlah jika Honda menjadi jenama kereta bukan nasional No. 1 di Malaysia!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda