Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara?

Mersita · Aug 26, 2020 07:00 PM

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 01

Sebelum anda buat kesimpulan yang artikel ini satu lagi kritik bagi produk domestik kita sendiri, anda silap. Perodua Myvi barangkali kereta yang terbaik untuk pemanduan harian yang ada di pasaran setakat ini.

Sebagai kereta harian, Perodua Myvi hampir sempurna. Ia cukup cemerlang sampaikan Honda Jazz pun nampak biasa. Jazz ada Smart Tag bina-dalam atau AEB? Tak kan? Ultra Seats yang ada pada Honda Jazz cukup menarik untuk dimiliki, tapi berapa kali je anda nak kena lipat kerusi belakang?

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 02

Tak banyak kereta yang sama padan dengan pakej keseluruhan Myvi – harga murah, kos penyelenggaraan rendah, sangat boleh diharap, cekap minyak, cukup luas.

Jadi, apa masalahnya? Sebagus-bagus Perodua Myvi di Malaysia, bila ia keluar saja dari sempadan negara prestasi jualannya tidak begitu memberangsangkan. Ini dilihat sebagai satu masalah yang perlu ditangani.

Antara Proton dan Perodua, pembuat kereta nasional kedua itu lebih berjaya dalam pengekspotan produknya. Tahun lepas, Proton mengekspot hanya lebih sedikit daripada 1,100 buah kereta manakala Perodua berjaya menghantar 2,825 buah kereta ke luar negara.

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 01

Indonesia adalah pasaran ekspot terbesar bagi Perodua, dimana mereka membeli hampir 65 peratus daripada ekspot Perodua. Semuanya adalah Perodua Myvi, yang dijual di sana sebagai Daihatsu Sirion, hanya boleh didapati dengan enjin 1.3 liter. Varian 1.5 liter tidak dijual di sana kerana ia tidak dapat dijual dengan harga yang cukup kompetitif dengan pesaingnya.

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 02

Pada tahun 2019, Perodua mengekspot sekitar 1,800 buah Myvi (Sirion) ke Indonesia, satu peningkatan berbanding tahun sebelumnya (1,327 unit). Ini dikira satu berita baik tapi ia bukanlah satu pencapaian cukup besar untuk diraikan.

Model Perodua yang lain Axia dan Bezza juga dijual di Brunei, Sri Lanka, dan beberapa lagi negara Pasifik kecil.

Oleh itu, kenapa Perodua Myvi tidak begitu laku di Indonesia. Lagipun, ia dijual di bawah nama Daihatsu Sirion, bukan?

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 03

Sebelum ini, kami pernah bincangkan tentang sebab ekspot Proton X70 tidak lama lagi akan menemui jalan buntu di Indonesia – had kuota impot dan samada ia akan mempunyai bahan bersumberkan rantau ASEAN yang mencukupi untuk terlepas daripada duti impot 50 peratus.

Masalah yang dihadapi oleh Perodua Myvi lebih rumit daripada ini.

Jumlah impot Perodua Myvi ke Indonesia juga agak terhad. Tahun lepas, ia dihadkan kepada sekitar 100 lebih unit sebulan.

Dengan jumlah bahagian yang 95 peratus buatan Malaysia, Perodua Myvi terkecuali daripada duti impot dibawah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN. Tapi, sebagai kereta impot, ia masih lagi kalah dengan kereta yang dipasang tempatan dari segi pengecualian cukai yang lain – kaedah sama yang digunakan oleh kerajaan Malaysia. Cuma kali ini, Perodua yang menjadi mangsanya.

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 04

Tak semua orang mahukan kereta 7 tempat duduk, dan Sirion ada kelab peminatnya sendiri walaupun kecil

Tiada yang tak elok dengan Daihatsu Sirion di mata rakyat Indonesia. Ia cuma menjadi pilihan yang kurang popular di sana. Sirion bersaing di dalam segmen pasaran yang sangat sensitif dengan harga, dikelilingi oleh MPV 7 tempat duduk yang diberi insentif cukai serta juara hatchback tempatan 1.2 liter yang digelar sebagai LCGC (Low Cost City Car) oleh orang Indonesia – jenis kereta yang sepatutnya menjadi fokus utama Perodua.

Dengan harga bagi sebuah Sirion, orang Indonesia boleh membeli Daihatsu Xenia – secara amnya sebuah Toyota Avanza yang dilencanakan semula (sebenarnya terbalik, Avanza dihasilkan oleh Daihatsu).

Jika ada wang lebih sedikit, mereka boleh membeli Daihatsu Terios, iaitu Perodua Aruz dengan nama lain. Perlu diingatkan yang Sirion yang kami maksudkan di sini adalah varian 1.3 liter, manakala Terios ialah SUV 7 tempat duduk 1.5 liter. Kalaulah anda berada di tempat mereka, anda pasti dah tahu mana satu yang lebih berbaloi untuk dibeli, bukan?

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 05

Perodua Aruz dalam bentuk asalnya – Daihatsu Terios

Selain daripada itu, Sirion terpaksa bersaing dengan Daihatsu Sigra dan Toyota Calya iaitu Perodua Bezza/Axia versi 7 tempat duduk. Walaupun rupanya buruk, tapi harganya separuh lebih murah berbanding Sirion yang baru. Cukup murah untuk lupakan rupa bentuknya, bukan?

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 06

Daihatsu Sigra – sekilas pandang, ia nampak seperti kereta yang tak menarik langsung. Tapi, bila tengok harga yang separuh daripada harga Myvi, tiba-tiba nampak cantik pulak.

Dalam hal ini, Sirion disaingi oleh Honda Brio yang lebih murah pada satu sisi, manakala sisi yang satu lagi dihimpit oleh Toyota Yaris dan Honda Jazz yang lebih mahal tapi lebih berbaloi.

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 07

Honda Brio 1.2 liter segmen A diberi harga yang 25 peratus lebih murah daripada Daihatsu Sirion segmen B. Tapi, bagi pembeli di Indonesia, kereta Honda tersebut sama prestasinya dengan Sirion dan ia lebih murah untuk dijaga.

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 08

Pada sisi yang lain pula adalah Toyota Yaris/Honda Jazz. Dua-dua kereta ini harganya lebih mahal, tapi dengan enjin 1.5 liternya yang lebih besar dengan pakej keseluruhan yang lebih premium kedua-duanya lebih berbaloi untuk dibeli berbanding Sirion.

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 09

Oleh itu, Sirion tersekat di dalam pasaran Indonesia. Pembeli Indonesia perlukan lebih banyak sebab yang bagus untuk memilih Sirion. Sirion terpulau dalam pasaran tersebut, dikelilingi oleh SUV/MPV 7 tempat duduk yang lebih berbaloi untuk dibeli, hatchback 1.2 liter segmen A yang mampu-milik, dan juga juara hatchback 1.5 liter segmen B dengan jenama yang popular.

Inilah cara yang digunakan oleh kerajaan Indonesia untuk melindungi industri kereta domestik mereka. Indonesia tiada kereta nasional sendiri tapi dalam berdekad lamanya, mereka memberi mesej yang konsisten kepada pelabur dari Jepun – memperlihatkan Indonesia sebagai negara yang besar, muda, dan pesat yang memerlukan kereta 7 tempat duduk. Bagi memacu perkembangan automotif, mereka akan membuat polisi yang memenangkan kereta 7 tempat duduk.

Bangunkan dan bina kereta 7 tempat duduk di sini dan kerajaannya akan memastikan adanya pasaran sedia untuk kereta tersebut – lebih 1 juta kereta setahun berbanding 600,000 di Malaysia – dan model saingan yang lain tidak akan dapat bersaing dengannya.

Memandangkan polisi tersebut tidak memenangkan mana-mana pemain tempatan yang tidak mempunyai kelebihan, pembuat kereta Jepun merebut peluang ini sepenuh hati.

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 10

Daihatsu Xenia/Toyota Avanza menggerakkan Indonesia – orang Indonesia memanggilnya “Mobil Sejuta Umat”

Toyota adalah jenama pertama yang memasuki pasaran mereka dengan Kijang (Unser/Innova), diikuti dengan Daihatsu Xenia dan Terios (Toyota Avanza dan Rush). Honda, Nissan, Mitsubishi mengikut jejak langkah ini dan sejak itu, mereka telah menjadikan Indonesia sebagai hab ekspot mereka untuk kenderaan 7 tempat duduk.

Honda Mobilio dan rakan SUVnya iaitu Honda BR-V dibangunkan di Indonesia oleh P.T. Honda R&D Indonesia, bersama-sama Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. milik Thailand. Oleh itu, polisi ini memang memberi keuntungan bagi negara tersebut.

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 11

Mereka telah beransur kepada kereta bandar, iaitu LCGC yang kami nyatakan tadi. Kereta ini boleh jadi samada hatchback 1.2 liter ataupun kereta 7 tempat duduk 1.2 liter.

Daihatsu sendiri telah mengaut keuntungan yang besar daripada aturan ini dan mereka tidak rasa yang Sirion patut ditolak lebih lagi ke pasaran itu.

Ya, sememangnya Sirion ada kuota impotnya sendiri, tapi tiada sebab yang kukuh untuk meningkatkan kuota tersebut. Oleh itu, sebab utama mengapa Perodua Myvi mempunyai prestasi ekspot yang teruk adalah kerana Daihatsu sendiri tidak mempunyai sebab kukuh untuk membuatkannya lebih berjaya lagi, dan inilah hakikat pedih bagi Perodua Myvi kita.

Yang pasti, Daihatsu menentukan nasib Perodua. Ia adalah keputusan perniagaan yang masuk akal. Melainkan pasaran berkembang, mempromosikan Sirion hanya akan mengalihkan perhatian ramai daripada kereta 7 tempat duduk yang diusahakan dengan gigih oleh Daihatsu dalam pembuatan dan ekspotnya dari Indonesia.

Kenapa Perodua tak ekspot model lain saja ke Indonesia? Tapi, Alza tak berkesan di sana. Orang Indonesia sukakan MPV/SUV dengan jarak ruang bawah kereta yang besar yang lebih sesuai dengan bentuk muka bumi negara mereka dan banjir kilat.

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 12

Axia sudahpun dihasilkan di sana (Ayla) manakala Bezza pula tak berkesan di sana kerana Indonesia mengenakan cukai yang lebih tinggi bagi sedan.

Kenapa Perodua tak pergi ke pasaran lain selain daripada Indonesia? Ini kerana Daihatsu telah menarik diri daripada hampir semua pasaran kereta lain selain daripada Indonesia. Agak payah untuk masuk balik ke pasaran baru.

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 13

Daihatsu Ayla – asal-usul Perodua Axia

Lebih pembangunan juga harus dilakukan bagi mematuhi undang-undang pelepasan gas rumah hijau di negara-negara maju lain. Tambahan pula, Daihatsu memiliki hakmilik intelektual ke atas kereta-kereta tersebut. Oleh itu, Perodua tidak dapat membuat keputusan sendiri.

Bagi Daihatsu, Sirion sebaiknya dibiarkan sebagai model ceruk, buat apa yang patut dengan jumlah impot yang cukup-cukup saja untuk mengekalkan nama Malaysia dengan jenama Perodua.

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 14

Perodua Myvi/Daihatsu Sirion – produk yang hebat tapi ia hanya berjaya di Malaysia, dan ini bukan silap produk itu sendiri

Inilah sebabnya mengapa Perodua Myvi tidak akan berjaya di negara lain. Potensi Perodua Myvi terhad dengan pelan Daihatsu yang lebih besar lagi dan bukannya disebabkan oleh sifat produk itu sendiri.

Jika Malaysia mahu kekal kompetitif, ia mesti tingkatkan usahanya dan fikirkan semula polisi automotifnya. Mana-mana insentif berdasarkan cukai yang kita gunakan untuk melindungi Proton dan Perodua, kini digunakan keatas kita sendiri apabila kita mahu mengembangkan sayap di luar negara. Ini adalah salah satu perkara yang harus dicapai oleh Proton dan Perodua.

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara? 15

Di atas kertas, Malaysia tidak lagi memberi layanan berat sebelah kepada Proton dan Perodua, tapi jika anda lihat dengan lebih dekat lagi, ada muslihatnya. Kebiasaannya, pengecualian cukai adalah berdasarkan nilai kerja-kerja pembangunan tempatan dan bahagian yang dibeli, oleh itu ‘status quo’ bagi Proton dan Perodua kekal sama. Pengilang mana yang mahu jalankan kerja-kerja R&D di dalam pasaran yang menghasilkan 600,000 kereta setahun, separuh daripadanya dikawal oleh buatan semi-nasional?

Kita tak boleh harapkan keuntungan daripada pasaran yang lebih besar dan lebih menguntungkan seperti Indonesia jika kita tak benarkan orang lain untung dalam pasaran kita sendiri.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru