Kenapa Proton X50 2020 tak sesuai untuk wanita atau awek anda? Ini sebabnya.

Mersita · Dec 11, 2020 01:00 PM

Kenapa Proton X50 2020 tak sesuai untuk wanita atau awek anda? Ini sebabnya. 01

Kita pasti dah dengar betapa orang ramai memuji Proton X50 2020 – ia lebih murah berbanding abangnya, Proton X70, dan ia juga dipadatkan dengan enjin 1.5 liter TGDi dan MPi berpengecas turbo dengan 3 silinder yang juga enjin generasi baru.

Ia juga menawarkan pelbagai kelengkapan lain seperti sistem infotainmen GKUI baharu yang mengalahkan sistem di dalam pesaingnya, Honda HR-V. Ya, semuanya nampak hebat, tapi satu perkara yang membuatkan SUV ini tidak begitu sesuai untuk para wanita dan gadis-gadis ialah kemasan kerusi kulitnya yang kasar.

Kenapa Proton X50 2020 tak sesuai untuk wanita atau awek anda? Ini sebabnya. 02

Walaupun X50 dilengkapi dengan kerusi kulit, material kulitnya tidak terasa seperti kulit langsung. Malah, kemasannya terasa seperti plastik dan kasar bila disentuh. Disebabkan oleh permukaannya yang tidak begitu lembut dan halus disentuh, para wanita pasti akan rasa sukar untuk beralih dan ‘slide’ keluar-masuk kereta.

Kenapa Proton X50 2020 tak sesuai untuk wanita atau awek anda? Ini sebabnya. 01

Bukan apa, kami dah cuba. Tempat duduk kulit yang bagus sepatutnya terasa lembut dan licin pada kulit dan fabrik pakaian. Ia sepatutnya cukup licin untuk melancarkan pergerakan tanpa rasa kurang selesa. Yang pastinya tahap kelicinannya haruslah sedang-sedang saja supaya anda tidak tergelungsur semasa memandu.

Kenapa Proton X50 2020 tak sesuai untuk wanita atau awek anda? Ini sebabnya. 02

Walaupun bila dibandingkan dengan Perodua Myvi, yang dikenali dengan kerusinya yang kurang selesa, kerusinya tidak sekasar kemasan kulit kerusi X50. Ia tidak terasa seperti ada ‘grip’ atau cengkaman pada pakaian anda yang mengehadkan pergerakan.

Kenapa Proton X50 2020 tak sesuai untuk wanita atau awek anda? Ini sebabnya. 03

Kerusi Perodua Myvi terasa lebih lembut berbanding Proton X50

Inilah satu kekurangan yang kita jarang sekali perasan sehinggalah kita temui dan rasai perbezaannya. Mungkin ramai yang tak kisah dengan kekurangan ini memandangkan kelengkapan X50 yang lainnya masih lagi boleh menebus satu kekurangan kecil ini, tapi bagi para wanita dan gadis-gadis, kekurangan ini akan terasa lebih ketara dan melecehkan.

Kenapa Proton X50 2020 tak sesuai untuk wanita atau awek anda? Ini sebabnya. 04

Ya, ini bukanlah satu kekurangan yang besar. Tapi, bayangkan apabila anda dah bersiap cantik-cantik dengan OOTD ‘girls’ night out’ anda, terutama sekali dengan pakaian ketat, proses keluar-masuk SUV baru ini akan jadi sukar dan gegirls kena control terlebih ayu.

Kenapa Proton X50 2020 tak sesuai untuk wanita atau awek anda? Ini sebabnya. 05

Memandangkan anda tak dapat nak ‘slide’ masuk untuk duduk, anda terpaksa mengangkat badan dan mengengsot sambil mengangkat punggung sedikit demi sedikit. Bagi kaum lelaki yang tak faham, perkara ini menyukarkan dan gadis-gadis kena berhati-hati jika pakaian ketat dan singkat.

Malah, tak kisahlah pakaian apa sekalipun, baju kurung chiffon atau renda pun lagi lah melekat. Permukaan kerusi yang kasar boleh menarik baju dan kejadian tak diingini boleh berlaku.

Tambahan pula, X50 ini lebih tinggi berbanding sedan dan hatchback. Gadis-gadis kenit dan comel mungkin kena berusaha sikit untuk masuk ke dalam SUV ini.

Kenapa Proton X50 2020 tak sesuai untuk wanita atau awek anda? Ini sebabnya. 06

Sekurang-kurangnya kami dapat cermin berhias yang berlampu untuk ‘touch-up’ dalam kereta

Oleh itu, kami nasihatkan jika anda merancang untuk keluar dengan geng bawang atau 'girl gang' anda dengan OOTD cantik-cantik, tinggalkan sajalah X50 anda di rumah dan minta orang lain (dengan kereta lain) untuk bawa anda kesana kemari.

Ladies, tak percaya? Pergi dulu ke bilik pameran X50 dan rasakan kemasan kerusinya sendiri.

Kenapa Proton X50 2020 tak sesuai untuk wanita atau awek anda? Ini sebabnya. 07

Seperti yang kami pernah katakan, walaupun Proton X50 mungkin kurang selesa untuk perjalanan jauh, tapi dengan harganya yang lebih mampu milik (bermula dari RM 79,200) dan pelbagai kelengkapan moden serta pilihan enjin yang lebih berkuasa, kelebihan-kelebihan yang ada pada X50 membuatkannya satu pilihan yang lebih menarik berbanding Honda HR-V walaupun ia tidak sepraktikal SUV Honda tersebut.

Jom baca lebih banyak lagi kelebihan serta kekurangan Proton X50 di sini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru