window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Kenapa tayar kereta boleh meletup?" Ini sebabnya

Faisal · Jan 16, 2021 12:00 PM

Imej: andywins
  • Melebihi had laju
  • Terlebih tekanan angin
  • Tarikh sudah luput
  • Roda yang tidak seimbang

Pernah tak anda terfikir kenapa tayar kereta boleh meletup? Kalau berlaku waktu pandu perlahan, boleh tahan lagi. Kalau berlaku waktu tengah laju, boleh hilang kawalan dibuatnya.

Imej: AudiQ3forum

Untuk anda yang belum tahu, setiap tayar ada had yang tersendiri. Antaranya seperti had laju, had tekanan angin, had penggunaan sebelum tarikh luput, dan had untuk menampung roda yang tidak seimbang. Oleh itu, mari kita kupaskan satu persatu.

Had laju yang berlebihan

Selain saiz yang betul, adalah penting untuk anda mengetahui had bebanan (load rating) dan had kelajuan (speed rating) tayar kereta anda

Setiap tayar mempunyai had laju yang telah ditetapkan oleh syarikat masing-masing. Kebiasaannya, tayar yang lebih berprestasi mempunyai had kelajuan yang lebih tinggi. Walau apapun, anda boleh merujuk jadual di bawah supaya lebih mudah untuk anda patuh pada had kelajuan tayar yang ditetapkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Had laju tayar mengikut rating
Huruf (rating) Kelajuan maksimum (km/j)
K 110
M 130
P 150
R 170
T 190
H 210
V 240
Z 240+
W 270
Y 300

Tayar ganti pula kebiasaannya mempunyai had laju sekitar 70 km/j. Walau apapun, anda boleh lihat arahan yang ditetapkan di ruang tayar ganti pada kereta anda.

Tekanan tayar yang melampau

Imej: tyresonthedrive

Hal ini berkait rapat dengan berat yang ditampung serta tekanan angin yang diisi pada tayar kereta anda. Mengenai berat, ia diklasifikasikan oleh bacaan load rating pada tayar kereta.

Berat maksimum yang boleh ditampung mengikut rating
Nombor (rating) Berat (kg)
85 515
87 545
89 580
91 615
93 650
95 690
97 730
99 775
101 825
103 875

Anda boleh merujuk jadual di atas untuk mengetahui berat maksimum yang boleh ditampung oleh tayar kereta anda supaya tekanan yang diterima tidak keterlaluan.

Mengenai tekanan angin pula, kompaun atau molekul pada struktur getah tayar mempunyai had yang tersendiri. Sebab itulah anda tidak digalakkan untuk mengisi angin secara berlebihan daripada apa yang disyorkan untuk kereta anda. Anda boleh merujuk lampiran di tepi pintu pemandu ataupun di pintu tempat mengisi minyak untuk mengisi tekanan angin yang sesuai.

Tarikh sudah luput

Seperti makanan dan minuman, tayar juga mempunyai tarikh luput (expiry date). Kebiasaannya, tayar baharu boleh digunakan selama 4 – 6 tahun sebelum tarikh luputnya sampai.

Empat digit (1417) yang menandakan bahawa tayar ini dihasilkan pada minggu ke-14 di tahun 2017

Selepas dari tempoh itu, struktur getah tayar menjadi lemah. Disebabkan ini, tayar yang berusia melepasi jangka hayatnya lebih berpotensi untuk pancit ataupun pecah terus.

Roda yang tidak seimbang

Imej: Tyrepoint

Pernah tak anda dengar istilah “balancing”? Inilah yang dimaksudkan dengan keseimbangan roda. Roda yang tidak seimbang boleh dikesan apabila pemanduan terasa bergegar terutama pada kelajuan tinggi.

Imej: Tyreshop

Teori ini boleh diibarat seperti bangunan yang runtuh akibat gempa bumi. Apabila gegaran yang ditampung oleh bangunan terlalu kuat, struktur konkrit oleh bangunan itu sendiri akan menjadi lemah dan mengakibatkan keretakan. Sebab inilah ia boleh runtuh. Begitu juga dengan struktur tayar.

Imej: CarTreatments

Roda yang tidak balance akan menjejaskan struktur getah tayar akibat gegaran yang ditampung. Lama-kelamaan, ia boleh pecah dengan begitu sahaja.

Konklusi

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk sentiasa menjaga tekanan angin dan balancing & alignment supaya tayar sentiasa berada di dalam keadaan yang baik. Pada masa yang sama, ketahuilah expiry date buat tayar kereta anda supaya sebarang kecelakaan boleh dielakkan sebelum terlambat. Selamat beramal!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda